December 24, 2010

cetusan rasa..~~


emm beberapa hari lagi 2010 bakal melabuhkan tirainya..nampaknya banyak impianku di tahun 2010 ni tidak kesampaian..namun itu semua tidak mematahkan semangatku untuk terus berjuang..selagi hayat dikandung badan..hidup perlu diteruskan..

kejayaan dan kegagalan lumrah dalam kehidupan..begitu jua kegembiraan dan kesedihan..datang dan pergi silih berganti dalam hidup kita..doa itu senjata kita..jangan berputus asa dan jangan kecewa..Allah pasti kabulkan permintaan kita bila saatnya tiba..percayalah hati..~~

rasanya coretan ini coretan terakhir untuk tahun 2010 ni..maafkan segala kekhilafan diri ini..smoga bersua lagi di tahun depan..insyaAllah...

December 22, 2010

(Gambar Hiasan)

Baru2 ni sy naik beca seorang pakcik yg dh agak tua..sy agak2 umur die lingkungan 80an..namun dia masih lg kuat utk mengayuh beca..apakan daya..hanya itu mata pencarian die..kalo x ada org naik masakan dia akan dpt duit kan..jd sy mmg suke naik beca sbb boleh tlg mereka..lgpun sy xdela berat sgt kot..hehe..kwn2 yg datang Terengganu pasti sy bw mereka naik beca..kecuali gha sbb gha dtg skjap sgt..x smpat nk bawa jln2..sorry ye cik gha..lenkali kita naik ye..hehe..org Terengganu panggil beca ni teksi..agaknya sbb zaman dulu hanya ada beca sbagai kemudahan pengangkutan..sy sndiri pn ssh nak bezakan sama ada teksi tu org maksudkan beca atau teksi kereta..

Em sambil2 mengayuh 2 banyak la yg pakcik tu brcerita..kdg2 x dgr sgt dia ckp apa sbb bising bunyi knderaan2 lain..bila kita ckp lg la die x dgr..maklumla org tua..gegendang telinga dh kurang kenyal..namun yg pasti pakcik tu sntiasa berzikir mengingati Allah..bila nak berhenti, nak melintas, nak mula mengayuh..sume yg die nak buat die mulakan dgn zikrullah..kagum seketika dgn pakcik tu..spatutnya begitula kita sebagai hamba Yang Maha Esa..

Tiba-tiba pakcik tu ckap dia susah hati..byk kali die ulang ayat yg sama..tp sy cume mendiamkan diri..pastu pakcik tu ckp nanti lps mati kita sume akan dihidupkan kembali..bukannya terus mati selama2nya..itu yg menggusarkan pakcik beca tu..ckupkah amalan die..layakkah die menjadi penghuni syurga..hanya itu difikiran die..emm pada saya banyak dah jasa pakcik tu pd org ramai..die mmbantu org membawa brg dan memberi keselesaan kpd ramai org..itulah rutin harian die smbil memberi nasihat kpd pelanggan2nya..ku doakan smoga pakcik beca diberi kesihatan yg baik dan mendapat rahmat dari Allah..

Hati2 membawa diri smntara kita masih di sini..sntiasa syukuri nikmat dari Ilahi…~~

December 21, 2010

Acar timun..~~

(sekadar gambar hiasan..resipi ini x akan jadi seperti gambar di atas ye..)


Dh lama btol x update resipi kat sini..ok kali ni resipinya ckp snang..masakan org zaman dulu2..acar timun ni ayah sy suka makan..gambar x ada la plak nak tampal..sorry ye..


Bahan-bahan

Timun 1 batang
Telur rebus 3 biji (kalo nk mkn byk ltak la byk)
Bawang merah-4ulas+putih-2ulas (blend skali)
Lada yg tlh dikisar
Bawang besar 1 labu
Garam, gula dan cuka secukup rasa
Sedikit halia
Sedikit air
Cili utk hiasan

Cara membuatnya

1. Potong timun dulu kecik2 lbh kurang 2inci pnjang stengah inci lebar. Goreng telur yg tlh direbus tadi shingga kekuningan.

2. Panaskan sdikit minyak. Masukkan bawang yg tlh dikisar shingga naik bau. Masukkan 2 sudu cili kisar. Kacau sebati. Masukkan sedikit halia.

3. Masukkan sedikit air. Pastu masukkan timun, garam, gula dan cuka secukup rasa.

4. Masukkan bawang besar yg telah dipotong dan juga cili hiasan.

5. Akhir sekali masukkan telur yg telah digoreng. Dah siap dan boleh makan..

p/s: Maaf ye kalo ada sesape yg x faham..sy x reti sangat nak tulis2 resipi ni..tp anda bole la mncubanya ok..biasenya acar timun ni sy masak bila byk sgt dpt telur dari kenduri kahwin..jadi snang sket x pyh rebus telur dan telur tu pun x membazir..selamat mencuba..^_^

December 20, 2010

snap snap snap

Update lagi??hehe..ok kali ni x payah baca byk2..Cuma tgk gambar je ok..gambar ni amek masa knduri kahwin jo a.k.a. nuzuliana..jo ni kawan ms skolah dulu dan kebetulan plak sepupu ain kwn kat upsi..jom layannn…




Bila giliran sy ye..hehe..insyaAllah jika diizinkan olehNya saat itu pasti kan tiba jua..bkn menunggu putera raja..jauh skali putera katak..namun menunggu putera idaman hati yg dpt mnjaga diri ini hingga akhir hayat..dunia dan akhirat…~~

entri tahniah~~

Emm dh lama btol x membuat coretan di sini..maaf ye kalian sume yg sudi mnjengah di sini sbb dh lm x update entri baru…bkn x nak update tp keadaan x mengizinkan..jadi smntara peluang terbuka luas skrg sy akan update sebanyak yg boleh..jadi sila jgn jemu utk membacanya ok..hehe

Di sini sy nk amek peluang utk mengucapkan tahniah buat kita sume yg berjaya melangkah ke tahun strusnya..smoga tahun2 mendatang lebih baik utk kita..tahniah juga utk kwn sy suzila, maryam, mazlina dan nuzuliana yg tlh pn slamat melangkah ke alam perkahwinan..giliran sape plak pasni ye…x lupa juga tahniah buat yuhazlina dan adib a.k.a voltox yg tlh pn selamat mendapat ijazah sarjana pendidikan dan sarjana sains..smoga hari mendatang kalian lbh berjaya hendaknya..dan tahniah juga utk munira, chooi dan N yg bakal brgelar ibu x lama lagi..smoga mnjadi ibu yg terbaik utk anak2 kalian…

Tahniah juga utk diri sendiri yg msh dpt mnikmati hidup ini dgn tenang dan penuh kebahagiaan..Alhamdulillah..~~

October 23, 2010

mari baca..~~


Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?


Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?


Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?


Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.


Maaf andai entri kali ni agak terpanjang..ku ingin sekali mencoretkan pengalaman sepjg berada di bumi permai ini..Hampir dua tahun aku berkelana di bumi tanjung malim..pengalaman yang ku kutip di sini sememangnya tersangat berharga dan tiada nilainya..

Di sini ku kenal erti persahabatan..bertemu dengan kawan2 baru dan memulakan hidup baru bersama mereka..kalau dulu kawan2 ku semuanya hampir sebaya..tapi di sini kutemui mereka dalam pelbagai peringkat usia..sememangnya begitu ketara corak pemikiran aku dan mereka..pengalaman mereka dikongsi bersama agar hidup dilalui dengan jayanya..dan kawan2 sebaya..macam2 perkara dilakukan bersama..kekadang bergelak ketawa bersama, berbalah tak semena-mena dan jua berkongsi kisah suka dan duka..emm pasti ku rindukan kalian semua….

Di sini jua ku kenal perit jerih sebuah kehidupan..serasa baru kini ku kenal dunia yang penuh warna..jika dulu ku begitu gemarkan bihun sup..tidak pedas dan memenuhi seleraku..namun sejak di sini angin ku telah bertukar..aku tidak lagi gemarkan bihun sup yang tidak pedas sebaliknya aku memilih bihun tomyam yang semestinya cukup pedas..aku sendiri pun hairan bagaimana aku boleh bertukar citarasa..kalau dulu aku memang boikot makanan pedas..namun kini segalanya berbeda..aku sanggup menahan pedas dan menghabiskan semangkuk bihun tomyam..

Inilah kehidupan..alah bisa tegal biasa..cabaran hidup di sini menjadikan aku lebih berani..kini aku berjaya mengharungi “kepedasan” hidup..semoga hari-hari mendatang lebih mematangkan diri ini..

Hidup adalah ujian..hadapinya dgn KESABARAN dan KETABAHAN..bersabarlah duhai insan..~~

p/s: di sini ku kenal erti cinta..;)

October 21, 2010

award dari gha =)

terharu rasanya dpt award ni..1st time ada org bg award kat saya ni..hehe..so sape2 yg penah or slalu singgah di sini sila la bg award kat saya ye..haha..ni die award yg cantik dr cik gha...thanx ye gha..


p/s: sory gha x sempat amek tag..maklumla susah nk jmp internet skrg..hehe..award sempat amek la plak..=)

October 7, 2010

perhatian kepada semua pembaca yang sentiasa sudi singgah di sini..alamat blog saya diciplak..jadi saya harap anda semua berhati-hati ketika menulis alamat blog ni..alamat yang diciplak hanya tiada huruf B sahaja..cahaya-nurqaseh.logspot.com..

terima kasih kpd semua yg masih ingin membaca luahan hati saya..sama2 berkongsi apa yang ada..kerana matlamat hidup bukan di dunia semata..~~

October 5, 2010


em pagi2 aku suke gak dgr radio [dah mmg ada radio je kat umah tu..hoho]..pg td kisah psl keputusan peperiksaan..sperti biasa rmai la org hantar sms dan call utk berkongsi kisah masing2..dan aku tertarik dgn 1 kisah ni..cerita die cmni...

dulu time skola "caller" ni mmg hebat la dlm subjek bahasa malaysia..kira sume yg ada bahasa malaysia die la ketuanya..ketua persatuan bahasa malaysia..ketua itu ketua ini..cikgu2 kat sekolah tu pun mmg rujuk kat die la kalo membabitan bahasa malaysia..tp malangnya "caller" ni suke menggelakkan GURU BM die..guru trsebut ada la sedikit kecacatan..biase la manusia tiada yg sempurna..dan bila keputusan spm keluar..tup2 die dapat 7D utk subjek bahasa malaysia..cuba bayangkan..mahunya x nangis die..bila cikgu BM die tau cikgu tu ckp mcm ni.."tula awk suke sgt gelakkan saya.."

hati manusia sukar diduga..mungkin cikgu trsebut cuma trsenyum bila ditertawakan..namun hati die mana kita tahu..ibarat kata bidalan..rambut sama hitam..hati lain-lain..guru insan mulia..mendidik kita hingga berjaya..tegakah kita melukakan hati mereka..balasan dunia..akhirnya diri sndiri yg merana..usah lukakan hati sesiapa..kita pun manusia yg lemah dan hina..manusia mmg tiada yg sempurna..itu hakikat yg harus kita terima..setiap yg Allah jadikan sememangnya istimewa..terimalah dgn hati yg rela..~~

October 1, 2010


dh beberapa org tegur entri di sini sering bercerita "cerita sedih"..bukan niatku utk bercerita "cerita sedih"..namun terkadang apa yg ditulis sememangnya luahan hati diri ini..jadi utk tidak membuatkan reader2 sume menyampah dgn aku..akan ku cuba usir segala sendu yang berlagu..angin bawalah pergi segala lukaku...~~

sjak kebelakangan ni aku sering terbaca cerita gadis muda lari dari rumah..sedih aku melihat ahli keluarga yg gundah menunggu kepulangan mereka..selamatkah mereka..makankah mereka..tidurkah mereka..sebak hati seorang ibu bila memikirkan semua itu..dan kebetulan aku sempat berborak dgn seorang kakak yg punya anak remaja tingkatan 4..die meluahkan kebimbangannya padaku..aku hanya mampu mndengar dan menasihatinya serba sedikit..

kisah anaknya btol2 memeningkan kepala si ibu..anaknya kini sudah ada "pakwe"..1 skolah tp kls lain2..pmbelajaran pun entah ke mana..pg petang siang malam tangannya asyik dgn hp..ber"sms" x kire masa..akibat x tahan dgn sikap si anak ibunya pernah mncampakkan hp anak gadisnya sehingga berkecai..nasihat si ibu sdh tdk diendahkan lagi..namun si ibu bertambah bengang dan kecewa bila si anak mendapat hadiah hp baru dari "pakwe" anak gadisnya..wah sungguh "mulia" hati "pakwe" si anak..sanggup brhabis duit demi mempertahankan cinta suci mereka..dan hati si ibu terus terluka..

buat adik2 yg kusayangi..perjalananmu masih panjang..dunia di luar masih luas terbentang..usah sesekali dirimu hanyut dgn cinta rekaan..yg ternyata hanyalah dongenan..jadilah seperti kepompong..barulah lahir rama-rama yg cantik..sibukkan dirimu dgn pelajaran..penuhkan ilmu di dada barulah senang masa hadapan..carilah cinta Allah..pasti tidak sesekali kamu kecewa..jadilah muslimah solehah penyejuk mata ayah dan bonda..usah sakiti hati mereka..tanpa mereka siapalah kita..doa mereka mampu membuat hidup kita terus berjaya..yakinlah adik-adikku..cinta pasti kan hadir buatmu bila tiba saatnya..cinta suci yang tulus dari hati..hadiah dari Ilahi utk hamba-hambaNya yang solehah..~~

dulu ms aku skola rendah kot abang2ku pernah mnyanyikan sebuah lagu utkku..bimbang btol mereka dgn adik perempuan sorang ni..tp aku dh x berapa ingat lirik die..yg aku masih ingat bait2nya mcm ni.."wahai muda remaja..awasi bila melangkah..wajahmu manis bak gula..pasti ramai kan tergoda..tidak dilarang kau berkawan asalkan tahu batasnya"...pastu apa ntah..laz skali.."ingat abang tetap sayang"..terharu gak aku dgr mereka nyanyi..haha..terima kasih abang2 yang ku sayangi..jua ibu ayah yang sentiasa di hati selamanya..~~

September 29, 2010

kenapa ni??


ingin rasanya ku coret duka dihati..terasa diri ini terus diuji tanpa henti..namun haruskah ku terus mengeluh dan mengalah...tika menyelongkar kmbali titipan di sini terasa seakan hidupku dilingkari gelung kesedihan..cukuplah sudah segala penderitaan yg terlakar di sini..tiada kudrat utkku terus menangisi ujian ini..

ya Allah..andai semua ini baik utkku aku redha..smoga aku mndapat apa yg baik bagiMu..bkn apa yg baik dipandanganku..krn hanya Engkau Tahu apa yg terbaik buat diriku...berilah aku kekuatan dan kesabaran utk menghadapi segala ujian..~~

September 28, 2010

em dh lama x update resipi kan..walaupun sy x la pandai msk tp nk jugak ltak resipi2 yg pnh sy buat..sesape yg berminat nk buat bole la cuba ye..^_^

bahan-bahannya:

telur 10biji
gula 1 cawan
susu cair 1 tin
secubit garam

cara-caranya:

amek sedikit gula utk dijadikan gula hangus
kacau telur dan gula sehingga sebati
masukkan susu dan kacau lagi
laz skali masukkan garam [sikit je tau..nantikan masin plak]

bila gula hangus dh sejuk..sila la tuangkan adunan di atas ke atas gula hangus tersebut...
kukus hingga masak [lbh kurang 15minit]

ok dh bole makan..sedaaaap sangat..senang dan mudah utk dibuat..enak dimakan..selamat mencuba...=)

p/s: gambo x sempat nk capture ari tu..tp mmg sedaaap..hehe

September 22, 2010

alhamdulillah setelah lama bercuti raya aku kembali ke TM..kembali meneruskan rutin2 harian di sini..hari raya pertama agak penat sbb ramai tetamu yg hadir..dr pagi smp ke malam..masa kami sekeluarga tiba di rumah selepas solat sunat raya dh ada beberapa tetamu yg tiba dulu sblm kami..menunggu utk mnjamu slera..masakan mak mmg femes 1 kampung..^_^

dan raya tahun ni juga membawa mzke dan adiknya ke rumahku..mzke ni kwn skerja masa kat usim dl..tp aku hanya menghidangkan kuih raya dan air minuman sahaja..dh la prtama kali dtg..mesti mzke dh xnak dtg thn dpn..hoho..kebetulan ms die dtg ada mak n ayah je..dan mereka bersembang seolah2 dh lm knl..aku plak trasa dipinggirkan..pndai gak mzke n adiknya amek hati org tua ni..hehe [mzke, thn dpn dtg lg ye]

oke hbs cite raya..dan mlm td aku n niza [kwn upsi] naik bas ke TM..pg td smp TM dlm pukul 6.30am..slalunya pukul 4.30am or 5am dh smp..waktu bertolak mlm td jam 9pm..tp br 15min perjalanan tayar bas pancit..nsb baik ms tu bas x laju sangat..pastu trpaksa la kami naik bas lain..tggu punya tggu jam 10pm br bas lain smp..aku n niza mulanya ingat dh nk tdo..tp punya la laju driver tu bw bas..mmg rs gerun yg teramat..aku dh mula pening2 sbb bas terhuyung hayang je..kami hanya mampu berdoa moga2 selamat smp..

dlm sdar x sdar skali lagi bas berhenti..aku tgk jam hampir pkul 1am..kami skali lagi diarahkan utk naik bas lain..nasib baik la aku x bw brg byk sgt..kalo x maunya rs nak mengamuk..hoho..alhamdulillah bas kali ni x laju lagi mcm bas sebelum ni..dan aku n niza dpt la juga tdo..akhirnya kami tiba ke TM dgn selamat..amin..

iktibarnya fikirla sndiri..hehe..dlm kita mnempuh hidup ini ujian itu pastikan tiba..bukan hanya skali bahkan berkali-kali..terkadang kita rs kita x mampu utk menghadapinya namun percayalah..setiap kesulitan pasti ada kemudahan..Allah sentiasa bersama org-org yg bersabar..~~

September 2, 2010


hampir dua bulan aku menanti..menanti dan terus menanti..sehingga pagi td aku masih lg berharap..namun ternyata harapanku punah..niat utk bersemuka dgn Dr H terus berkubur..die mengukir janji..aku memegang janji..die punya rencana tersendiri..aku jua punya rancangan tersendiri..namun ternyata perancangan kami tak seiring dgn perancangan Allah..dan perancangan Allah tentulah lebih baik utk setiap hambaNya..

hari semalam aku masih menanti..walau berkali ditegur oleh Dr S namun aku tetap di situ..berharap dirinya kan muncul membawa penawar buat diri ini.. namun ternyata semuanya hampa..marah..kecewa..terkilan..sedih..derita..tertekan..sengsara..pedih..semuanya bergelojak di dalam hatiku..apa yg kulakukan serasa ada pincangnya..tapi siapa aku utk melawan takdir..puas kupujuk diri agar sabar dgn musibah..semoga aku tabah hadapi dugaan di bulan yg mulia ini..kalo la anim yg hadapi sume ni mesti dh terberanak die skrg sbb stress yg teramat sgt..hehe

musibah yg melanda..pahit di dunia manis di akhirat..dan aku terus berusaha memujuk diri ini..duhai hati..bersabarlah~~

dikesempatan yg ada ni ingin ku susun sepuluh jari memohon maaf andai ada bicaraku yg menghiris kalbu..andai pincang tingkahku..andai terbit rasa hempedu..terima kasih buat kalian yg sudi bertamu di sini..ku doakan kalian sentiasa bahagia..selamat hari raya buat semua..

September 1, 2010


alhamdulillah hari ni masuk penggal ke tiga kita berpuasa..mcm mana ibadah kita stakat ni?? tanya hati..adakah banyak yg tlh kita lakukan atau sebaliknya..jgn bila smp di penghujung ramadhan baru kita tersedar dari lamunan yg panjang..kelak walau menangis selautan.. ramadhan tetap kan berlalu meninggalkan kita..

thn ni aku berpeluang berterawih di surau kat tmn perumahan..thn lps berterawih di surau kampus..so sume yg dtg adalah pelajar yg muda belia belaka..bila terawih di surau tmn perumahan ni mcm2 peringkat umur ada..tua, muda, kanak2..bila tgk org2 yg telah berusia ni solat rs mcm kesian pulak..nk berjalan pun terhinjut2 tp msh mampu solat berdiri..ada juga yg solat atas kerusi..pastu aku tgk ada yg merah je mata..agaknya tahan mengantuk..namun itulah mereka..masih terus bertahan utk beribadat kpd Allah..dan mereka la juga insan2 yg memenuhi surau tersebut..di manakah mereka yg muda belia..

bila tgk mereka..aku terfikir mampukah aku seperti mereka di hujung usia..sekiranya umur ku panjang mampukah aku..semoga Allah memudahkan dan meringankan aku untuk terus beribadat hingga ke hujung nyawa..sementara masih diberi nikmat sihat..gunakanlah sebaiknya..mungkin inilah yg dinamakan sihat sebelum sakit..namun terkadang kita alpa dgn nikmat sihat yg diberi..semoga kita terus istikamah melakukan segala amal ibadah..wahai hati..bersyukurlah~~

p/s: tidak hanya di bulan ramadhan kita beribadat..teruskannya selagi hayat dikandung badan..

August 26, 2010


mlm td masa nk lintas jalan aku hampir2 dilanggar sebuah kete..hoho rs mcm terkejut gak sbnarnya..ntah apa yg aku tgh fikirkan ms tu..sebenarnya aku ni mmg tersangat la takut nak lintas jln..kalo nak lintas pun mesti aku pegang kwn sebelah..kalo sorang2 lak aku akn pastikan btol2 xde kenderaan dulu baru aku lintas..[penakutnya aku kan?? hoho] sian kete tu trpaksa brek mengejut..aku pun x pasti die trkejut tgk tetibe ada org melintas atau die trkejut tetibe ada objek putih lintas dpn die..masa tu aku pakai telekung sbb nk g terawih..hehe

byk btol perkara yg bersarang kt kepala skrg..mmg tersangat la menyerabutkan..dan mlm td aku mimpi tetibe rambut xde sblh..hoho tersangat la menggerunkan..teruk sgt ke keadaan yg aku alami skrg??? berat je rasa kepala ni..org ckp kalo byk sgt berfikir nanti rambut makin kurang..emm kena ubah persepsi ni..sabar sabar dan teruskan bersabar..sesudah kesulitan pasti ada kemudahan..yakin dan percayalah duhai insan~~

oo lupa nk cerita..ari sabtu lps sblm masuk bulan ramadan aku naik moto g pasar malam..masa tu hujan tapi aku n dayah nk jugak pergi pasar malam tu..masa pergi ok je lagi sbb br stat hujan..tp ms nak balik punyalah kuat angin..mmg rasa terhuyung-hayang je motor..dan tetibe aku terasa mcm nak terjatuh kebelakang sbb helmet berat sgt..jadi kepala aku nak terkebelakang..nasib baik aku sempat pegang dayah..kalo x..nauzubillah..

angin..lembut menyapa dan mendamaikan kita..namun terkadang angin jua mampu memusnahkan harta benda..tanda kekuasaan dan kebesaran Allah~~

August 25, 2010

alhamdulillah ari ni dah 15hari umat islam berpuasa..dengan cuaca yg agak tidak menentu terkadang boleh menggugat iman sesiapa sahaja utk tidak berpuasa..namun kita tahu..kita berpuasa kerana Allah dan Dia tahu dan tidak pernah alpa dgn apa yg kita lakukan..aku yg duk terperap kat dlm umah ni pun terasa bahang panasnya sang mentari..inikan pula si pekerja buruh binaan dan org2 yg bekerja di bwh teriknya matahari..hanya Allah sahaja yg tahu hati dan perasan mereka..namun aku harap mereka tabah menghadapinya kerana ganjaran Allah tidak terhitung banyaknya..

yang telah berlalu biarkan ia berlalu..jadikan pengajaran utk menempuhi hari seterusnya..dan hari muka usah terlampau difikirkan..kelak hari yg sedang dilalui kini kan banyak lompangnya..namun lumrah aku sebagai manusia sering terfikir akan masa depan..warna apakah masa depanku nanti..bagaimanakah coraknya..

masa depan boleh difikirkan..tapi usah khuatir..kerana kita ada Allah yg menentukan warna dan coraknya..yg perlu kita buat adalah berusaha dan berdoa..

fikir tapi jgn khuatir~~

p/s: jumlah entri blog berkadar langsung dgn mood aku..kalo mood ok banyakla entri kan menyusul..tp kini mood x berapa ok disbbkan beberapa prkara..hohoho..T_T

August 23, 2010

sabtu lepas aku meronggeng ke putrajaya..rs mcm dh lama je x keluar dari "penjara" TM ni..hehe..kali ni pun keluar sbb teman ira shopping brg2 kahwin..lg sorang kwn aku nk kahwin ni..hoho..2 thn lps aku pnh gak tmn kwn shopping brg2 kahwin..shopping brg2 sndiri bila la agak2nya ye..^_^

aku naik komuter smp bangi je sbb apir n ira dtg amek naik kete baru apir..then kitorang g jalan2 kat nilai..sbb byk barang nak dibeli jadi kami stay smp mlm..buke pose kat restoren nusasa..pastu g tumpang solat kat umah k.chik n melencong ke umah syamsul..sory ye kwn2 kat nilai..x sempat nak jumpa korang sume..hehe..

esoknya kami ke serdang (poh kong kat jusco) utk beli gelang perkahwinan..aku rasa mcm aku je yg nk kahwin ni..haha..pastu g survey kat bangi plak..tp sbb ira x berkenan yg kat bangi kena la patah balik ke jusco..nasib baik la apir tu baik..ditambah plak bulan pose ni..demi bakal isteri tercinta ikutkan jela..aku xdela ikut diorg masuk poh kong tp g tgk2 sandal n handbag utk raya..tp x jd beli pun..tgk je..pastu g bangi blk sbb apir nk blnje bukak pose di restoren kat bangi..

ari isnin ira ponteng keje..tetibe je die EL sbb aku x nak blk TM lg..hehe..disebabkan apir bg tunang die guna kete maka aku n ira pun decide la jln2 ke puchong (tmpat apir keje)..pastu g klinik utk buat ujian HIV..mulanya aku ingt nak buat gak..tp rupanya hanya bole buat 6 bln sblm kahwin je..aku nak kahwin bila pun xtau lagi..hehe

ms bangun sahur pagi selase tetibe aku decide nak blk trg..xnak blk TM..memang aku suke buat keputusan mengejut ni..haha..semalam baru aku smp ke TM ni..puas hati dpt balik pose n terawih kat umah..kpd mzke..jgn jeles ok..^_*

p/s: thn lepas elly n chooi kahwin..thn ni fida n ira..thn dpn mungkinkah cik gha n cik b??
tulang rusuk siapa...

x kira siapa pun kita..walau berbeza warna kulit..berbeza taraf hidup..berbeza pemikiran..namun warna kuku kita ttp sama..hawa dijadikan dari tulang rusuk adam..kita semua adalah sama kerana kita keturunan Nabi Adam a.s..~~

August 11, 2010

Ramadhan~~

alhamdulillah hari ni permulaan ramadhan 1431H.. selamat menyambut ramadhan buat semua.. semoga ramadhan kali ni lebih baik utk kita..

buat diri ini..smoga kisah 4ramadhan dan 8ramadhan lepas tidak lagi berulang..berharap ramadhan kali ni kan membawa sinar yang gemilang..insyaAllah..

berusahalah melakukan ibadat selagi terdaya dan berharap segalanya diterima olehNya..berdoalah agar segala dosa diampunkan oleh Allah dan kita melangkah keluar dari ramadhan dgn diri dan hati yang bersih sesuci embun pagi..


p/s: rindunya nak balik pose kat umah..huhu

August 8, 2010

kalian temanku~~

Entah kenapa entri “Hidup kita” semacam mengguris hati insan-insan yang kusayangi..tiada niat di hati untuk melukakan..hanya sekadar berkongsi kisah seseorang dan membangkitkan kembali kegilaan lama yang hampir berkubur..

Rumah baru..tiada apa yang dapat dilakukan..tiada hiburan..tiada keseronokan..jauh dari teman-teman..yang ada hanyalah sebuah radio pengubat sunyi..dan aku sendiri terkadang sudah jelak mendengar radio..ada ketika kokokan ayam , salakan anjing jiran dan kicauan burung seusai sore jauh lebih membahagiakan..dan sememangnya hanya itu yang menjadi halwa telingaku saban waktu..

Pabila sunyi jemari bergerak mengalunkan suara hati..kala diri letih mengadap kerja..ditambah pula bebanan yang melanda..pelbagai rasa bergelojak di jiwa..ku hanya meminjam idea untuk melakar secebis rasa..dan tanpa sedar hampir membawa malapetaka..seharusnya kalian tahu.. kasihku tak seperti embun dihujung rumput..sayangku tak seperti pelangi sesudah hujan..


Kalian,
Hadir tika ku memerlukan
Mengerti apa yang terbuku di hati
Fahami apa yang tersirat di jiwa
Sedari apa yang bersarang di dada
Mana mungkin kalian kuhindari

Kalian,
Temanku yang teristimewa
Kita memuji dan mengeji
Kita ketawa untuk benda yang tak pasti
Kita berkongsi rahsia hati
Mana mungkin kalian kulupai

Kalian,
Temanku yang disayangi
Segala kepayahan sama diharungi
Segala kegelisahan sama dirasai
Segala kegembiraan sama dikecapi
Mana mungkin kalian kulukai

Kalian,
Maafkan diriku
Andai lumpuh perilaku ku
Andai terbit rasa hempedu
Kerana kalian telah ku panggil temanku….

August 4, 2010

Hidup kita~~


Kita ,

Bertemu tanpa dipinta

Berkenalan tanpa disangka

Berkawan tanpa dipaksa

Berhubung tanpa bersua


Telah kita,

Cuba sedaya upaya

Untuk tidak melanggar batas

Dan syariat yang digariskan

Agar hubungan yang bakal dibina

Sentiasa di atas landasan

Yang diredhai Ilahi


Kita tahu,

Jodoh pertemuan

Bukan kita yang tentukan

Dalam doa kita berharap

Semoga hubungan ini

Mendapat rahmat

Dan semoga sentiasa utuh

Tautan hati antara kita


Biarkan mereka,

Terus pertikai hubungan kita

Berkata apa yang dirasa

Ini bukan kehendakku

Dan bukan jua keinginanmu

Tapi siapa kita

Untuk melawan takdir


Hidup kita,

Bukan aturan kita

Bukan jua aturan mereka

Tapi aturan Yang Maha Kuasa

Pencipta kita dan mereka


Walau kita,

Terus diluka

Doa itu pengubat segala

Jika diizinkanNya

Saat itu pasti kan tiba

Untuk kita berdua menuju bahagia...

August 1, 2010


cerita 1: kisah ni berlaku beberapa ari lepas sewaktu bersarapan pagi di sebuah restoren mamak dgn seorang kwn berbangsa cina


mamak: mau minum apa?
wong : teh tarik campur ais
aku : dlm hati aku ckp (wah mcm best je dgr air teh tarik campur ais ni) sy pun sama la.. nak teh tarik campur ais
mamak tu senyum semacam je kat aku..walau aku dh rasa mcm pelik tp aku buat-buat biasa je..then kami order makanan..

lps beberapa ketika datang la air teh tarik campur ais tu..trkejut aku bila yg datang tu rupa2nya hanyalah teh ais..huhu rasa nak nangis pun ada..malu btol..patutla mamak td senyum semacam je..mesti die ckp aku ni main hentam je..pastu aku explain la kat kwn aku tu bahawasanya yg die order tu adalah teh ais..die ckp kenapa sama je warna dgn teh tarik..sbb tu dia ckp teh tarik campur ais..hoho..akukah yg bersalah???


cerita 2: kisah ni berlaku semalam di pasar malam tanjung malim..aku pergi dgn gha, yus dan ct..kami berpecah sbb trlalu ramai org..aku dan gha, yus dan ct..masa dah nk blik tu aku terperasan ct mcm mencari-cari sesuatu..

aku: cari apa ct?
ct : cari dadih..
aku: oo dadih ada jual kat depan sana..

kami pun pergi la gerai yg aku maksudkan tu..tp ct mcm msih tercari-cari juga 'dadih' yg dia nak tu padahal dadih tu mmg ada dpn mata kami..

aku: ct ni la dadih
ct : bukan yang ni..dadih yg campur soya tu..
aku: la..tu bukan dadih..taufufa la..

aku nak tergelak pun ada..kesian pun ada..nak patah balik pun dh ramai sgt org..lagipun dh dkt pukul 7..lagi la ramai org..sesape yg pernah dtg cni mesti tau betapa sesaknya pasar malam kat cni..nak jalan pun ssh..konklusinya kami x jadi la beli 'dadih' yg ct nak tu..


kisah ini kisah biasa..tiada yg luar biasa..lumrah manusia..terkadang sukar menafsir apa yg dirasa..jika tidak kena pada tempatnya huru-hara la jadinya..tanpa gambaran sukar menjelaskan apa yg diinginkan..kita punya rasa yg berbeza..itulah uniknya manusia..

July 31, 2010

hilang skill


fikiran lesu
lidahku kelu
deria membeku
hanya hati yang mampu
mengatakan sesuatu

tuk sahabat tersayang,
tabahkan hatimu
pasti kan sembuh luka itu
walau pahit bak hempedu
kan hadir madu
mengubati hirisan pilumu

angin,
hadirlah dirimu
bawa pergi
segala luka dihati temanku
mendung kelam itu
serasa berat
untuk dipikul

sahabatku,
walau kini dirimu derita
ketahuilah
aku kan sentiasa ada
untukmu
hingga akhir waktu...

July 23, 2010

Ada hikmahnya


Tok penghulu dgn anaknya membela seekor kuda. Mereka amat menyayangi kuda itu. Satu hari, kuda itu terlepas dan trus lari ke dlm hutan berhampiran. Orang kampung yg mengetahui hal trsebut brkata kpd Tok penghulu:

“Kami simpati atas kehilangan kuda kesayangan Tok. Tentu Tok sedih..” sebaliknya, Tok penghulu trsenyum lalu berkata, “Tak apalah, mesti ada hikmahnya.”

“Apa hikmahnya Tok?”

“Tok pun x tahu. Tapi pasti ada hikmahnya.”

Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok penghulu pulang semula dgn membawa beberapa ekor kuda liar. Orang kampung sgt kagum kerana skrg bilangan kuda kepunyaan Tok penghulu bertambah secara tiba-tiba. Sudah rezekinya.

“Tok bertuahlah, untung”, begitulah kata mereka. Tok penghulu sebaliknya berkata, “Belum tentu lagi. Tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya.”

Anak lelaki Tok penghulu begitu gembira dgn kuda-kudanya. Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil menggembala kuda-kuda liar yg lain. Begitu sibuk dan tangkas sekali. Entah bagaimana pada satu petang, anak Tok penghulu itu jatuh daripada kudanya lalu patah tangan kanannya. Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan Tok penghulu. Mereka datang menziarahi anak Tok penghulu yang terlantar.

“Malang benar nasib Tok. Baru dapat nikmat sekarang ditimpa musibah pula,” kata mereka. Tok penghulu tersenyum dan berkata: “Ini ujian Allah. Tentu ada hikmahnya.”

Tidak lama kemudian, kampung mereka didatangi oleh pegawai-pegawai atasan tentera negara itu. Orang kampung semuanya bimbang krn raja mereka memang trkenal zalim dan tdk berperikemanusiaan.

“Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan! Negara memerlukan tentera tambahan utk dihantar berperang!” arah ketua tentera.

Semua ibu bapa kampung itu risau dan sedih terpaksa berpisah dgn anak-anak lelaki mereka. Para remaja lelaki dibariskan di hadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki Tok penghulu yang patah tangan itu.

“Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa org yang patah tangan!” kata ketua tentera sambil menuding jarinya kepada anak lelaki Tok penghulu. Pada ketika itu, dalam hati orang kampung terngiang-ngiang kata-kata dari mulut penghulu mereka, “Mesti ada hikmahnya.”

Petikan majalah Solusi, Musibah: Pahit di dunia manis di akhirat.

Setiap apa yg berlaku ada buruk dan ada baiknya. Orang yang beriman sentiasa melihat sisi baik daripadanya. Mereka menerima yang buruk dgn sabar, namun di dalam hati sentiasa mengharap kebaikan di sebaliknya daripada Allah.

Hati itu umpama magnet. Ia mempunyai kuasa menarik sesuatu yg berada di luar diri ke dalam diri. Apa yang hati rasakan itulah yang akan diterima sebagai pantulan. Justeru, penting sekali bersangka baik, agar kebaikan dapat “ditarik” ke dalam diri. Berdoalah seperti yg dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w:

“Ya Allah, berilah pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti bagiku yang lebih baik daripadanya.”

(Riwayat Muslim no.2165).

Jauhi drpd prasangka dan dendam,krn itu jua yg akan diterima sebagai balasan. Hati umpama magnet, semaikan rasa yang baik-baik, pasti akan menuai kebaikan. Jangan sekali-kali menyemai badai, nanti terpaksa pula kita menuai taufan!

July 19, 2010

Allah..Tuhan sekalian alam yang memiliki segala isi di langit dan bumi..Dia mampu mentadbir bumi yang luas..mana mungkin Dia lupakan kita dgn meninggalkan kita terus bermasalah..sebenarnya Allah ingin kita bersabar..sabar ibarat ubat..pahit namun mampu menambah kemanisan dalam hidup pabila sembuh segala luka dan terungkai segala cerita..

bersabarlah tika diri dilanda musibah, masalah dan segala kerenah dunia..Allah tahu derita kita..kita tak pernah bersendirian kerana kita ada teman..Allah sentiasa menemani kita walau seringkali kita mengabaikan Dia..

yakin dengan Allah~~

Allah tahu derita kita

July 14, 2010


sjak kecik lg aku mmg jarang naik motor..dan sbenarnya aku agak takut la nk naik motor..kalo stakat jln2 dlm kawasan kampung je bole la..tp kalo kat jalan raya..hoho memang menggerunkan je..dlm setahun tu bole dikira bape kali aku naik motor..atau xpenah langsung naik pun..

yg aku ingt aku naik motor kat USIM dl masa ktorg g program anak angkat di johor..family angkat tu ada motor je..so aku naik la motor..tu pun dlm kawasan felda tu je..then masa praktikal kat kelantan..duk umah member..kebetulan umah dia pun mmg ada motor je..dari umah dia nak ke jalan raya tunggu teksi agak jauh..jadi kena naik motor dulu..itulah antara pengalaman aku naik motorsikal..

tp skrg ni sjak berpindah umah baru..housemate aku hanya ada lori motor..nak x nak trpaksa la aku tumpang die..mmg itu jela caranya untuk aku bergerak ke mana2 termasuk ke kampus..nak dijadikan cerita..malam isnin bebaru ni aku, dayah (housemate baru), gha dan yus nk g mkn2..sbb aku mmg jarang naik motor jadi aku mmg x alert la kelengkapan yg perlu ada utk naik motor ni..dh agak jauh perjalanan aku dan dayah baru aku sedar yg aku x pakai kepala 'helmet'..terpaksa la kami berpatah balik ke umah..hoho..patutla aku terasa lain mcm je masa nk keluar tu..

skrg ni dh 3 ari aku membiasakan diri dgn keadaan baru..dayah pun slalu ingatkan aku jgn tinggal 'kepala'..rasanya skrg ni aku dh alert dgn barang yg perlu ada utk naik motor..dan sebenarnya naik motor ni xdela seteruk yg aku pernah sangka..cuma kadang2 aku cuak gak tetibe ada lori besar kat sbelah..huhu..part yg paling best naik motor ni mlm2..mmg best dpt menikmati suasana di waktu mlm yg sejuk dan nyaman..

sekian dl cerita motorku utk kali ni..banyak lg cerita best pengalaman aku naik motor yg akan dikongsi..alah bisa tegal biasa=)

 

blogger templates | Make Money Online