February 11, 2010

mencari kekuatan..



bila tiba hari siang
matahari muncul dengan senyuman
zikrullah berkumandang tanda ingatan
pada Tuhan pencipta alam

pagi ditempuhi dengan tenang
berharap mendapat secebis kekuatan
menongkah perjalanan yang bukan calang
setiap kesusahan terbit keinsafan

pantas benar masa berlalu
meninggalkan aku yang sedang termangu
bila malam mula bertamu
setiap nadiku berdenyut laju

kipas berputar seiring hatiku
dilanda gundah menangis pilu
ku menadah pada Yang Satu
mengharapkan yang terbaik
buat diriku....

~~Yakin dengan Allah~~



February 7, 2010

perjalanan


petang ni abg ku yg ketiga abg ki berangkat ke tanah suci dgn kwn2 die untuk mengerjakan umrah..tadi aku juga ada bacakan surah yasin untuk dia..smoga perjalanannya di rahmati dan segala ibadah yg dilakukan diterima oleh Allah..perancangan asal kami skeluarga akan menunaikan umrah bersama-sama..tapi disebabkan kekangan waktu dan beberapa halangan yg x dapat dielakkan..terpaksa la yg lain menangguhkan dulu hasrat di hati..insyaAllah jika diizinkan olehNya kami jua akan ke sana...

~~mencari redha Allah~~

February 6, 2010

ayam goreng

baru-baru ni masa balik umah banyak la menu yg aku masak..sjeje sbb dah lama x balik mesti mak n ayah nak merasa masakan anak kesayangan diorang ni..hehe

selain koktail n air buah yg memang mnjadi makanan "wajib" kalo aku ada kat umah tu..bebaru ni aku buat la ayam goreng..ni resipi dari mak sebenarnya..aku buatkan je..ini resipinya..

Bahan A

ayam
lada hitam (ditumbuk halus)
halia (dihiris halus)
sos tiram
garam

Bahan B

daun kesum (dihiris halus)
tepung jagung
tepung gadum
baking powder
garam
kuning telur (sebiji)

tu je kot..ingat2 lupa dah ni..hehe...caranya perapkan ayam bersama bahan A selama 10 minit..pastu gaulkan ksemua bahan B..celupkan ayam yg diperap td ke dlm bahan B dan goreng..dah siap n bole makan..selamat mencuba..=)

February 3, 2010


assalamualaikum buat semua pembaca setia blog ni..hehe..dan juga buat semua pembaca yang sudi membaca...em selama seminggu aku balik ke kampung halaman...puas hati dapat jumpa mak ayah n famili..sume dah rindukan aku sbb dh lama x balik..tp ikutkan hati aku nak je duk umah tu lama2 lagi..x payah dh datang sini..tapi sape plak nak siapkan aku punye research ni..huhu..

petang semalam dlm pukul 5pm aku n gha smp kat TM ni..sepatutnya kul 2pm dh sampai..tp di sebabkan kitorang lupa diri bershopping sakan kat tesco rawang lambat la sampai..dan hari ni pulak kul 10am aku g skolah methodist nak buat pilot test(kajian rintis)..sebelum ni aku dah buat untuk pelajar Biologi..tp skrg ni buat utk pelajar sains tingkatan 5..mulanya aku cuak juga bila cikgu yang ajar kelas tu bagitahu yg pelajar dlm kelas tu nakal2..lagi nakal dari kls Bio dulu..huhu..yg dulu pun aku rasa mmg dah nakal...

dan tepat kul 10.45am mula la kelas amali..mmg betol la apa yg aku sangka..dah la majoriti pelajar lelaki..sume macam "gengster" je..namun ku kuatkan semangat menghadapi segalanya..memang sakit tekak aku terjerit2 kat diorang..bukan jerit sbb marah tapi sbb nak explain apa yg perlu diorang buat..disebabkan diorang terlalu bising aku kena la kuatkan volume suara aku ni..dah la aku mmg x suke menjerit2 n cakap kuat2 ni..huhu..namun akhirnya berjaya jua aku mengawal kelas tu..kelas tamat kul 11.55am..alhamdulillah akhirnya selesai juga sesi amali untuk hari ni..

kul 12.30pm aku ada temujanji dgn dr. ong pulak..bincang punya bincang x sedar masa berlalu..kul 2pm baru kami selesai berdiskusi..tp mcm besela..lepas jumpa dr mesti banyak lagi yg perlu aku buat..dan tetibe aku rasa mcm sakit tekak je..ni la penangan terjerit2 dlm kelas tadi..huhu..akan ku cuba sedaya yg boleh untuk habiskan sesi pembelajaran di UPSI ni..disebabkan pengumuman dr hasyimah bebaru ni la aku bertungkus lumus menyiapkan segalanya..tarikh kena hantar kajian aku ni di awalkan ke bulan 3..yg sebelum ni sepatutnya bulan 5...

jangan mengalah sebelum mencuba..akan ku cuba sehabis baik untuk siapkan segalanya pada masanya...doa kalian bisa menguatkan diri ku yang kepenatan mengharungi hidup ini..

jangan tangisi nasib diri..pasti ada hikmah yang tersembunyi..Yakin dengan Allah!!!


 

blogger templates | Make Money Online