October 10, 2011

tutup aurat

wah dah lama betul tak menjengah ke sini..maaf ye kepada sesiapa yang menunggu warkah seterusnya dari saya (ayat tak boleh blah ;p) emm hari ni terasa nak berkongsi sesuatu je..sudi-sudikanlah menjamu mata anda..

saya bukanlah terlalu baik..juga bukan terlalu alim..juga bukan terlalu pandai..saya cuma insan biasa yang ingin berkongsi sedikit cerita dengan semua..saya tau pasti semua orang tahu menutup aurat itu wajib..tapi mungkin ada sesetengah daripada kita sedikit kurang arif akan hal ini..menutup aurat bukan sahaja wajib dilakukan apabila keluar dari rumah..tapi menutup aurat itu adalah menjaga aurat kita dari pandangan yang bukan muhrim seperti sepupu, kawan lelaki, rakan sekerja lelaki dan ramai lagi..

jadi jika kita ingin menjemur baju di halaman rumah, membasuh kereta di depan rumah, membuang sampah berhampiran dengan rumah, membaca novel di koridor rumah (yang boleh orang nampak)..semua itu juga memerlukan kita untuk menutup aurat..bukan sahaja kita perlu memakai tudung untuk ke tempat kerja, hospital, pasaraya, pasar malam..kalau ada lelaki yang bukan mahram datang rumah sekalipun kita perlu menutup aurat..

buat semua kaum hawa..jaga diri hiasi peribadi..~~






 

blogger templates | Make Money Online