May 31, 2010

kisah berbeda..

kami berkawan baik..sama sedarjah..belajar bersama..main bersama..lalalala..[sila sambung sendiri rangkap seterusnya=)] aku dan fifi..kami mula berkenalan sjak di tingkatan 1 lagi..dan alhamdulillah persahabatan kami terjalin hingga sekarang..pelbagai ragam dan memori indah tlh kami ukirkan sepjg bersama menempuhi alam remaja..suka duka..tawa dan air mata..dan semua itu kemas tersimpan dilipatan kenangan yg x mungkin dilupakan..

selepas tamat SPM fifi menerima tawaran sbg pelajar kejururawatan di HUKM dan aku ke pusat matrikulasi..walau jarak memisahkan namun kami setia berhubungan..berkongsi segala cerita terasa mndekatkan kami yg jauh dimata..dan sterusnya diriku tercampak ke bumi USIM dan fifi msih di HUKM..terasa sekejap masa berlalu..tika diriku msih bertatih di USIM fifi tlh pun mnamatkan kursusnya dan bkrja di HUKM..

tahun 2008..fifi tlh bertemu DrAzrul sbg pelengkap hdupnya tika aku br bertatih memasuki alam pkrjaan..dan kini..jatuh bangunku di UPSI mencoretkan warna warni dlm diari hidupku..
20052010..fifi tlh pun slamat mlahirkan seorang putera sbg permata hati mereka berdua..terasa lengkap hidupnya yg kini bergelar isteri dan ibu..

walau dulu kami bersama menyulam pelbagai impian..namun perancangan Allah mengatasi segalanya..tika ini aku masih sendiri menanti Drhatiku..dan perancangan Allah adalah yang terbaik~~

“Ya Allah, aku tidak nampak lagi di mana hikmah-Mu menetapkan demikian. Ilmuku yang terbatas tidak mampu menjangkau ilmu-Mu yang Maha Luas. Tetapi aku tetap yakin… Engkau Maha Benar ya Allah. Syariat-Mu tetap benar, betul dan baik.”

Yakin dengan Allah~~


(Muhammad Afiq Fyrdaus..permata hati fifi & azrul)

May 27, 2010


setelah pelbagai perkara ku hadapi sepanjang bulan ni akhirnya hari ni memberiku sedikit warna ceria..tetibe semangat yang hilang kembali ke pangkal jalan..ku tahu..aku tidak keseorangan menempuhi segala cabaran..ramai insan-insan yang empati dan simpati dengan diri ini..dan yang paling penting..Allah sentiasa ada bersama orang-orang yang bersabar...

beberapa hari lepas Yus my rumet tanya.."sejak bile Nor jd malas ni..sejak bila Nor pandai tangguhkan kerja ni..sejak bile Nor pandai itu..sejak bile Nor pandai ini.." tetibe hatiku tertanya-tanya..begitukah aku skrg..teruk sgt ke dugaan yg ku hadapi smp menjejaskan pelakuan diri..namun yang aku pasti memang semangatku kian hilang..dan x kan ku biarkan diriku terus hanyut dengan segala macam dugaan yang datang..aku harus kuat!!!

hari ni pepagi lagi tanganku terluka terkena besi kat penyapu [bukan utk memberitahu aku rajin ye..=)] terkena pulak kat ibu jari..dan baru hari ni aku tahu yang aku sukar utk melakukan segala kerja tanpa bantuan ibu jari..baru je nak sembuh berdarah kembali..dalam x sedar rupanya banyak aktiviti yg memerlukan ibu jari..sokongan dari ibu jari lah yg memudahkan segala aktiviti..namun begitulah manusia..mencari bila tiada..lupa menghargai bila ada..dan jari-jari lain juga begitu..saling memerlukan antara satu sama lain..

begitu jua dengan hidup ini...tanpa sokongan dan dorongan dari yang lain mungkin sukar untuk kita berjaya..dan orang yang paling banyak memberikan sokongan selama ini semestinyalah Ibuku..tidak kira apa yang berlaku..Ibu sentiasa ada menemani..walau jauh di mata namun doa Ibu sentiasa mendekatkan..terasa nyaman dan terbang segala gundah bila mendengar suara Ibu..nasihat yang dicurahkan menusuk kalbu dan terus meresap ke serata urat saraf..seolah-olah tersedar dari mimpi ngeri yang sekian lama merajai diri..

bukan jua sesama manusia..malah segala yang ada di alam ini saling memerlukan..pokok perlukan kita untuk mengambil carbon dioxide..dan kita perlukan pokok utk menghirup oxygen...bila kita melukai alam ini..sukar utk kita hidup seperti sediakala..alam ini seolah merajuk dan terluka dengan manusia yang kian rakus melukai dan mengkhianati mereka..dan akibatnya kita jua yang merana..bahananya kita yang merasainya bila cuaca melangkaui paras normal..

tidak kira apa..siapa..dan bagaimana..hargailah setiap peluang yang ada..jangan kita melukai jika tak ingin dilukai..hiduplah dengan penuh kasih sayang...ibu jari..Ibu..atau alam ini..kita hanya ada itu..pilihan di tangan kita.. menghargai atau melukai..~~

May 21, 2010


setiap kesulitan pasti ada kemudahan..mana mungkin kita tahu kita kuat..kita tabah jika kita tidak diuji..ujian dan dugaan mematangkan diri menempuhi segala onak dan duri kehidupan..hidup masih panjang..hadapi kegagalan dengan kecekalan agar ada kenangan indah diukirkan buat masa depan..usaha dan terus berusaha..Allah tahu derita kita..pasti ada penyelesaian bagi semua kepayahan..

yakin dengan Allah~~

May 18, 2010

kecewa lagi..

dugaan bagai tiada surutnya..bertali arus menimpa diriku yang kian lelah dan letih menongkah hidup..

teruskan meniti dengan berhati-hati
ukirkan senyuman walau pahit bagai peria
tabahkan hati ikhlaskan diri
yakin pasti ada hikmah yang tersembunyi
jgn direnung letihnya usaha, tetapi renunglah manisnya sebuah kejayaan

motivasi diri~~

May 7, 2010

air vs batu


alhamdulillah akhirnya hari ni dpt luangkan masa untuk membuang habuk-habuk di teratak usang ni..[mcm la byk sgt keje pun..hehe..]

em mlm2 sebelum tdo aku suke pandang luar tingkap bilik..nak tgk bulan..konon2 jiwang la..haha..tp sbnarnya nk tgk pintu pagar dh kunci ke belum..ada makhluk2 asing kat luar umah ke x..maklumla kami semua puteri-puteri yg perlu sentiasa menjaga diri..bila bulan x muncul tgk spotlight tiang lampu jalan pun jd la..tetibe teringat kisah zaman kecik2 dulu dan teringin utk menulis pengalaman itu...

masa tu arwah nenek ada lagi..bila tiba bulan ramadhan kami akan ke surau brjalan kaki brtemankan lampu suluh..dlm ramai2 tu hanya aku sorang je heroin..yg lain sume hero2..time balik tu la yg paling aku suke sbb leh main campak2 batu..bila campak seketul batu kecil kat atas jalan yg berbatu [sebelum di tar] akan kuar cahaya dari batu tersebut..dan sepjg perjalanan tu kitorang main campak2 batu..manisnya kenangan itu~~

seketul batu kecil bila dicampak ke atas batu yg lain akan mengeluarkan cahaya atau percikan api..namun jika seketul batu kecil yg sama dicampak ke dalam air akan terhasil suatu percikan yg indah..di sinilah segalanya perlu dirungkai..kekerasan x boleh di lawan dgn kekerasan..kelak akan timbul permusuhan..tp dengan kelembutan akan terhasilnya kedamaian...

untuk menasihati orang kita perlukan kesabaran dan kelembutan..bukan dengan kemarahan..insyaAllah lama kelamaan dia akan tersedar dari lamunannya yg panjang..jika kemarahan dibalas jua dgn kemarahan maka pincanglah suatu perhubungan..dalam kelembutan terselit ketegasan kerana air dicincang tidak akan putus [lari maksud ni..hehe] walau nampak lemah namun ia kuat..tidak seperti batu nampak kasar dan teguh namun mudah pecah bila diketuk..sekeras-keras batu jika air menitik ke atasnya akan lekuk jua ia akhirnya..

Abu Hurairah r.a. berkata, seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan meminta wasiat (nasihat) drpd baginda, lalu Baginda SAW: "janganlah kamu marah! (Baginda mengulangnya beberapa kali dgn pesanan yg sama: Janganlah kamu marah! Janganlah kamu marah! Janganlah kamu marah!" (Riwayat al-Bukhari)


islam itu mudah..mempermudahkannya itu salah ~~

May 3, 2010

di sini terdapat satu cerita yang cukup menyentuh perasaan...ingin dikongsikan buat semua agar kita sama2 muhasabah diri dan mengambil iktibar daripadanya....

kisah seorang wanita...

May 1, 2010

alhamdulillah..hari ni genap 35tahun usia perkahwinan ayahanda dan bonda tercinta..semoga kekal bahagia menyemai kasih dan cinta hingga ke syurga..barakallahulakuma..aminn..

ayah..seorang yang agak tegas namun sarat dengan kasih sayang..suka berjenaka menghiburkan kami walau penat mengulit diri..tempat kami adik-beradik mengadu susah dan senang..sering titipkan pesanan buat kami anak-anak yang terkadang hanyut dibuai kemewahan dunia..yang nyata hanya sementara..

emak..teguh berdiri di belakang ayah tika susah mahupun senang..seorang isteri dan ibu penyayang..sentiasa hadir tatkala kami memerlukan..hilang segala kesedihan dan keresahan kami tatkala emak mengukir senyuman..pernah menerima anugerah Ibu Mithali yang sememangnya berhak dimiliki..


....dan walau kami anak-anak jauh di mata..namun ayah dan bonda sentiasa diingati dan dekat dihati..titipan doa sentiasa mendekatkan kita..dalam sujud kami berharap..semoga kita semua mendapat rahmat..redha Allah matlamat kita..membina mahligai ibarat syurga..


khas buat ayahanda dan bonda tercinta..

DOA KITA BERDUA

Ya Allah,
Kekadang terasa belaian cinta-Mu
Bersama kurnia sekalung hidayah
Tapi kekadang terasa bahang murka-Mu
Seiring patahnya sebuah mujahadah
kami berdua…

Ya Allah,
Walau apa pun kami masih terus di sini …
Mengemis di tepian janji-Mu yang pasti
Di sini kami masih mendamba cinta
Kerna yakin cinta-Mu tak pernah sirna…
selama-lamanya!
… buat kami berdua

Kau dekat terlalu
tanpa senyum
tanpa suara
namun cinta-MU ketara jua!
Dalam doa…
kami berdua!

ilham uztaz pahrol

 

blogger templates | Make Money Online