July 17, 2012

Kenapa saya..??


Dah lama tak bercerita di sini..sebetulnya banyak perkara yang ingin dikongsi bersama..tapi entah kenapa jari-jemari terasa kaku untuk menaip sebarang kata-kata..

Kadang-kadang kita bertanya kenapa sesuatu perkara tu berlaku pada kita..??kenapa bukan pada orang lain..dalam ramai orang kenapa kita yang kena..kita salahkan takdir..tapi kita tidak pernah bertanya adakah kita yang salah??

Baru-baru ni saya berkursus di sebuah hotel di utara tanah air..ramai yang hadir dan sebetulnya wanita mengandung tidak dibenarkan hadir ke kursus tersebut..tapi terdapat 3orang wanita mengandung yang turut menyertai kami..mereka dikehendaki menulis surat menyatakan pihak penganjur tidak bertanggungjawab jika ada apa-apa perkara yang berlaku kepada mereka dan mereka juga perlu menyatakan berapa usia kandungan masing-masing..

Di hari kedua kecoh satu hotel tentang kehilangan wang..jumlah keseluruhan hampir RM1000..bukan satu jumlah yang sedikit..mereka yang kehilangan duit menyatakan “pencuri” tersebut mengambil separuh daripada wang yang mereka ada..sebagai contoh, si A mempunyai RM100 di dalam beg duitnya dan duit yang hilang berjumlah RM50 dan begitulah seterusnya..tetapi salah seorang daripada wanita yang mengandung tadi kehilangan kesemua duit yang dia ada iaitu berjumlah RM250..nasib baik makan minum semua ditanggung oleh pihak penganjur..kalau tidak terpaksa la dia keluarkan duit lain atau pinjam daripada sesiapa..

Semiggu selepas tamat berkursus kami dikhabarkan yang wanita mengandung yang kehilangan duit telah pun selamat bersalin..alhamdulillah, nasib baik kursus telah tamat..kami ingatkan dia bersalin tidak cukup bulan rupanya memang dia dah sarat sewaktu kursus tempoh hari..masa berkursus dia nyatakan yang kandungannya baru mencecah 7 bulan walhal dah pun masuk 9 bulan..

Saya terfikir..kadang-kadang Allah terus bagi kita balasan di atas dosa yang kita lakukan..untung lah jika ketika mendapat suatu bencana kita teringat semua yang berlaku adalah sebagai balasan di atas perbuatan kita dan kita menyesal dengan perbuatan tersebut..tapi malangnya jika kita asyik bertanya kenapa saya yang kena??kenapa semua ni berlaku pada saya??

Semoga kita tergolong di dalam golongan orang yang sentiasa ingin perbaiki diri..Salam Ramadhan buat semua..~~

May 26, 2012

Bulan lepas kecoh dengan kejadian gempa bumi..Di luar Negara ada yang cedera dan juga meninggal kerana terkejut dengan kejadian tersebut..di Malaysia tak kurang juga kecohnya..beberapa buah negeri termasuk tempat ku mencari rezeki juga dilanda kejadian yang sama..
Pertama kali dalam hidup saya hadapi kejadian ni..kerusi yang saya duduk bergoncang dengan sendiri..mulanya ingat ada “benda” yang kacau..namun bila jiran dan kawan-kawan kecoh bertanya baru la saya tahu rupanya bumi yang menggoncang kerusi saya..nasib baik berlaku di siang hari..kalau berlaku waktu malam mesti dah fikir macam-macam..hehe..
Petang tu juga saya dan beberapa orang kawan keluar makan jauh di seberang tengah..sebab dah lama rancang nak makan kat tempat tu kami pergi juga..waktu tengah makan hampir semua pelanggan di gerai kecoh dengan berita jambatan akan ditutup pukul 9 malam hingga ke pukul 2 pagi..kami yang sedang makan pun rasa macam tak tertelan makanan..masing-masing dah panik..macam mana nak balik nanti..ada yang nak minta off esok la, nak balik kampung la, nak pergi tidur kat masjid la dan macam-macam lagi..
Tetiba saya teringat untuk telefon seorang kawan..katanya “mengarut lah, mana ada tutup, laluan feri tak tutup..jambatan pun tak tutup..pergi balik tidur!!” haha tak pasal-pasal kena marah..lepas tu kami terus balik..memang tersangat lenggang jambatan waktu kami lalu.. boleh bilang berapa buah je kereta yang lalu kat jambatan tu..memang hampir semua orang percaya yang jambatan akan ditutup..entah angkara siapalah yang sebarkan berita tersebut..kami pun nyaris terpedaya..
Masa perjalanan balik ke rumah kami nampak penuh deretan kereta di tepi jalan di atas bukit..ada yang berbaju tidur dan nampak gelisah.. dulu, beberapa kampung di sini juga pernah dilanda tsunami..mungkin masih terkenang memori lama mereka buat persediaan awal untuk berada di atas bukit..
Rancangan Allah tiada siapa yang tahu..mungkin selama ni kita terlalu alpa dan leka..Allah ingin kita bermuhasabah diri kembali..sedikit peringatan dariNya untuk kita kembali dari terus dibuai mimpi indah..semoga kita sentiasa ingat tujuan hidup kita di sini..insyaAllah..~~

March 11, 2012

al-Ikhlas..~~

minggu lepas boleh dikatakan minggu paling sibuk..semalam (sabtu) pun tetap kena kerja sebab "Food Alert"..slogan KKM "kami sedia membantu"..jadi walau di hujung minggu, tanggungjawab perlu dilaksanakan..bak kata Prof. Dr. Muhaya; daripada kita kata "banyaknya kerja" lebih baik kita kata "banyaknya ibadah"...=)

okay itu cerita hari semalam..ini pula kisahnya hari khamis lepas..waktu pagi saya hanya sempat minum secawan milo..kira okay la kalau nak dibandingkan dengan seteguk milo kan..hehe..lepas tu saya kena buat kerja luar..balik pejabat sekejap dan keluar lagi..nak dijadikan cerita cuaca hari tu sangat la mendung..hujan tersangat lah lebat..kat atas bukit memang berkabus..semua kereta bergerak perlahan je..

dan akhirnya saya tiba jua ke destinasi..dalam keadaan lapar, ditambah lagi dengan hujan sudah pasti berganda-ganda terasa lapar..dengan keadaan yang serba tak kena, saya teringat untuk membaca surah al-Ikhlas..sebelum ni saya ada terbaca (betulkan saya andai saya silap) untuk menahan rasa lapar di bulan puasa, baca surah al-Ikhlas dan niat..insyaAllah akan rasa kurang lapar..sambil berjalan ke dewan saya baca surah tersebut...

setibanya di dewan saya nampak begitu ramai orang..dengan langkah kanan saya masuk ke dalam dewan tersebut..dan tanpa disangka saya nampak ada makanan dihidangkan..nasi minyak+ayam masak merah+dalca+sambal ikan bilis+papadom+dan banyak lagi..ALHAMDULILLAH..tanpa disangka rezeki terbentang luas di depan mata..=)

saya terfikir..mungkin Allah "sengaja biarkan" saya di sini sendirian..jauh dari keluarga dan saudara mara..Allah ingin saya bergantung hanya padaNya..Dia ingin saya berharap dan berserah hanya padaNya..bukan pada manusia atau sesiapa sahaja..

cukuplah Allah sebagai Pelindung, cukuplah Allah sebagai Penolong..terima kasih Ya Allah..~~

March 6, 2012

(Balik Pulau di pandangan Anjung Indah)

"kalau awak takut sampai bila awak nak improve driving skill awak? okay lah kali ni je saya benarkan awak guna kenderaan jabatan."

kata-kata tu masih terngiang-ngiang di telinga saya..kata-kata dari seorang ketua yang agak banyak peraturan dan pantang larangnya..banyak perubahan yang telah dilakukan, dan yang pasti perubahan tersebut adalah untuk kebaikan kami semua..

tidak dinafikan memandu di sini banyak cabarannya..sesiapa yang pernah datang ke Pulau Pinang pasti tahu betapa "dasyatnya" lalu lintas di sini terutamanya di tengah bandar..seingat saya jika ke George Town tidak pernah sekali pun saya tak di "marah" oleh kenderaan lain..=)

Balik Pulau pula lain ceritanya..walau jalan di sini kurang sesak, tapi untuk ke sini perlu melalui bukit..rakan lain selalu cakap "wah hebatlah boleh ulang-alik dari Balik Pulau.." itu apa yang orang kata..walhal dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu..dulu waktu pertama kali menjejakkan kaki ke sini sepupu saya pernah cakap, "nampaknya setahun sekali la baru Nor akan keluar dari Balik Pulau.." itulah kata-kata ikhlas dari dia selepas melihat cara pemanduan saya..hehe

hari bertukar hari..bulan berganti bulan..walau apa cara sekalipun hidup harus diteruskan..kerja perlu disiapkan..pahit, getir, sukar, payah..semua itu harus ditelan sendiri demi sebuah kehidupan..alah bisa, tegal biasa..insyaAllah semoga saya terus diberi kekuatan...~~

February 1, 2012


sehari dua ni saya kembali aktif menerobos facebook..dah agak lama facebook ditinggalkan..rasanya lebih kurang 4 atau 5 bulan jugalah..

facebook.semua orang tahu apa yang ada di dalamnya..tempat untuk kita tahu apa status terkini kawan-kawan..gambar mereka yang bahagia..kata-kata yang bahagia..apa yang mereka buat..pergi ke mana..makan apa..rasanya hampir semua perkara diceritakan di sana..

terkadang terbit jua rasa cemburu di hati..tapi segera dijauhkan agar tidak terus bermukim di hati..saya hanya mampu berdoa agar terus bersyukur dengan apa yang ada dan bersabar dengan apa yang tiada..berkat kesabaran besar manfaatnya..insyaAllah..memang bukan mudah untuk kita melakukannya..namun bukan susah pabila kita menginginkannya..~~

 

blogger templates | Make Money Online