July 17, 2012

Kenapa saya..??


Dah lama tak bercerita di sini..sebetulnya banyak perkara yang ingin dikongsi bersama..tapi entah kenapa jari-jemari terasa kaku untuk menaip sebarang kata-kata..

Kadang-kadang kita bertanya kenapa sesuatu perkara tu berlaku pada kita..??kenapa bukan pada orang lain..dalam ramai orang kenapa kita yang kena..kita salahkan takdir..tapi kita tidak pernah bertanya adakah kita yang salah??

Baru-baru ni saya berkursus di sebuah hotel di utara tanah air..ramai yang hadir dan sebetulnya wanita mengandung tidak dibenarkan hadir ke kursus tersebut..tapi terdapat 3orang wanita mengandung yang turut menyertai kami..mereka dikehendaki menulis surat menyatakan pihak penganjur tidak bertanggungjawab jika ada apa-apa perkara yang berlaku kepada mereka dan mereka juga perlu menyatakan berapa usia kandungan masing-masing..

Di hari kedua kecoh satu hotel tentang kehilangan wang..jumlah keseluruhan hampir RM1000..bukan satu jumlah yang sedikit..mereka yang kehilangan duit menyatakan “pencuri” tersebut mengambil separuh daripada wang yang mereka ada..sebagai contoh, si A mempunyai RM100 di dalam beg duitnya dan duit yang hilang berjumlah RM50 dan begitulah seterusnya..tetapi salah seorang daripada wanita yang mengandung tadi kehilangan kesemua duit yang dia ada iaitu berjumlah RM250..nasib baik makan minum semua ditanggung oleh pihak penganjur..kalau tidak terpaksa la dia keluarkan duit lain atau pinjam daripada sesiapa..

Semiggu selepas tamat berkursus kami dikhabarkan yang wanita mengandung yang kehilangan duit telah pun selamat bersalin..alhamdulillah, nasib baik kursus telah tamat..kami ingatkan dia bersalin tidak cukup bulan rupanya memang dia dah sarat sewaktu kursus tempoh hari..masa berkursus dia nyatakan yang kandungannya baru mencecah 7 bulan walhal dah pun masuk 9 bulan..

Saya terfikir..kadang-kadang Allah terus bagi kita balasan di atas dosa yang kita lakukan..untung lah jika ketika mendapat suatu bencana kita teringat semua yang berlaku adalah sebagai balasan di atas perbuatan kita dan kita menyesal dengan perbuatan tersebut..tapi malangnya jika kita asyik bertanya kenapa saya yang kena??kenapa semua ni berlaku pada saya??

Semoga kita tergolong di dalam golongan orang yang sentiasa ingin perbaiki diri..Salam Ramadhan buat semua..~~

1 comments:

aku mozu said...

nasib baik sy tidak mengandung... tak perlu tulis surat dan tak perlu kehilangan duit.

bukan perut die jer yg sarat, tp cerita ini juga sarat dengan pengajaran.

tahniah.

 

blogger templates | Make Money Online