Dah lama tak bercerita di sini..sebetulnya
banyak perkara yang ingin dikongsi bersama..tapi entah kenapa jari-jemari
terasa kaku untuk menaip sebarang kata-kata..
Kadang-kadang kita bertanya kenapa sesuatu
perkara tu berlaku pada kita..??kenapa bukan pada orang lain..dalam ramai orang
kenapa kita yang kena..kita salahkan takdir..tapi kita tidak pernah bertanya
adakah kita yang salah??
Baru-baru ni saya berkursus di sebuah hotel
di utara tanah air..ramai yang hadir dan sebetulnya wanita mengandung tidak
dibenarkan hadir ke kursus tersebut..tapi terdapat 3orang wanita mengandung
yang turut menyertai kami..mereka dikehendaki menulis surat menyatakan pihak
penganjur tidak bertanggungjawab jika ada apa-apa perkara yang berlaku kepada
mereka dan mereka juga perlu menyatakan berapa usia kandungan masing-masing..
Di hari kedua kecoh satu hotel tentang
kehilangan wang..jumlah keseluruhan hampir RM1000..bukan satu jumlah yang
sedikit..mereka yang kehilangan duit menyatakan “pencuri” tersebut mengambil
separuh daripada wang yang mereka ada..sebagai contoh, si A mempunyai RM100 di
dalam beg duitnya dan duit yang hilang berjumlah RM50 dan begitulah
seterusnya..tetapi salah seorang daripada wanita yang mengandung tadi
kehilangan kesemua duit yang dia ada iaitu berjumlah RM250..nasib baik makan
minum semua ditanggung oleh pihak penganjur..kalau tidak terpaksa la dia
keluarkan duit lain atau pinjam daripada sesiapa..
Semiggu selepas tamat berkursus kami
dikhabarkan yang wanita mengandung yang kehilangan duit telah pun selamat
bersalin..alhamdulillah, nasib baik kursus telah tamat..kami ingatkan dia
bersalin tidak cukup bulan rupanya memang dia dah sarat sewaktu kursus tempoh
hari..masa berkursus dia nyatakan yang kandungannya baru mencecah 7 bulan
walhal dah pun masuk 9 bulan..
Saya terfikir..kadang-kadang Allah terus
bagi kita balasan di atas dosa yang kita lakukan..untung lah jika ketika
mendapat suatu bencana kita teringat semua yang berlaku adalah sebagai balasan
di atas perbuatan kita dan kita menyesal dengan perbuatan tersebut..tapi
malangnya jika kita asyik bertanya kenapa saya yang kena??kenapa semua ni
berlaku pada saya??
Semoga kita tergolong di dalam golongan
orang yang sentiasa ingin perbaiki diri..Salam Ramadhan buat semua..~~
1 comments:
nasib baik sy tidak mengandung... tak perlu tulis surat dan tak perlu kehilangan duit.
bukan perut die jer yg sarat, tp cerita ini juga sarat dengan pengajaran.
tahniah.
Post a Comment