March 27, 2010


selasa: seorang lelaki awal 20an menaiki motorsikal di suatu petang..menolong menjaga lembu peliharaan ayahnya

rabu: bunyi siren ambulans membingitkan suasana kampung halamanku yang damai di tengah malam

khamis: seorang lelaki telah meninggal akibat kemalangan jalan raya..dan lelaki itu adalah lelaki yang sama yang menaiki motorsikal pada petang selasa

bila tiba saatnya..tidak pernah terlambat mahupun tercepat..tak mungkin kita dapat menghalangnya..bersediakah kita menghadapinya??? tak kira muda, tua, sihat atau sakit..kita semua pasti akan melaluinya..

kita insan biasa..sentiasa cuba untuk menjadi insan yang baik..perbaiki segala kelemahan dan kekurangan diri agar ajal yang tiba tidak kita sesali...

dan begitu jua dengan segala yang berlaku dalam hidup kita..tidak pernah TERLAMBAT atau TERCEPAT..semuanya telah diaturkan oleh Allah..bila tiba saatnya ia pasti hadir dalam hidup kita..kematian..perkahwinan..kejayaan..cukupkan ilmu di dada..bersiap sedia untuk menghadapinya..bila tiba saatnya ia pasti hadir......

jadilah ikan di lautan yang masin..hidupnya tidak pernah lemas dengan air yg masin..namun jika ikan itu mati..jadilah ia ikan goreng, ikan gulai, ikan masak tempoyak dan segala jenis menu masakan ikan..^_^ begitu jua hati kita..hidupkan hati agar kita bisa menjadi ikan di lautan yang masin..tidak mudah goyah..namun jika hati kita mati..sesiapun mampu merubah kita..

renungkanlah~~

March 21, 2010

AKU BUKAN SUMAYYAHMU!

Suami ku bunga semalam telah layu
Gugur dari jambangannya
Mujur cinta dan perjuangan kita
Bukan itu lambangnya

Mulut ku kaku untuk merayu
Hati ku malu untuk terus cemburu
Tidak seperti dulu
Kerana kini kau mujahid
Yang rindu memburu syahid

Maaf kiranya tutur dan tingkah
Senyum dan seri wajah
Pudar dan hambar di mata mu
Pada ku yang baru belajar
Menjadi seorang mujahidah

Aku kini hanya mendoakan
Agar kau menjadi Yassir
Walau kiranya… bukan aku Sumayyahmu

Dalam tangis ku cuba senyum ketika kau bermusafir
Sepertinya Siti Hajar
Sewaktu ditinggalkan Ibrahim

Biar selalu kita berpisah
Selalu derita kerap susah
Kerana syurga menagih ujian berat
Sedangkan neraka dipagari nikmat!

ilham Ustaz Pahrol

March 10, 2010

Indahnya hidup andai bahagia sering bertamu..manisnya hubungan jika bahagia berpanjangan..siapa yg tidak inginkan bahagia..semua berharap untuk mengecapinya..namun tahukah kita apa itu bahagia??? Macam mana agaknya rupa bahagia..bagaimana perasaan tika bahagia menyapa..sedarkah kita bila bahagia hadir dalam hidup kita..mana datangnya bahagia..

Bahagia dan derita..ada bahagia muncul la derita..ada derita terbitlah bahagia..andai kita tidak pernah kenal erti derita..erti sedih..erti susah..erti perit..erti pedih..bilakah kita akan rasai erti bahagia..bahagia hadir tatkala segala penderitaan dan kesusahan berakhir..usah takut menghadapi kesulitan andai ingin mengecapi kebahagiaan..mohonlah pertolongan dan petunjuk dari Allah..Allah tahu apa yang terbaik buat kita..segala yang dihadapi pasti ada hikmah yang tersembunyi..walau sekarang segalanya kabur..segalanya nampak payah..kelak pasti muncul yang terbaik dariNya..namun lumrah manusia terkadang sukar menerima apa yang telah ditakdirkan..sedih dan kecewa pasti menjerat diri..bersangka baik pada Allah agar bahagia dunia dan akhirat milik kita..terkadang kita minta apa yang kita inginkan tapi Allah beri apa yang kita perlukan..dan itu adalah yang terbaik untuk kita..tanda “Sayang” Allah buat kita yang sering mengharap rahmat dariNya..

Jika kita mengejar akhirat..dunia akan datang pada kita..namun jika kita mengejar dunia..akhirat akan jauh dari kita..renungkanlah..

rasai derita untuk miliki bahagia~~

blog ni akan "berhibernate" buat seketika..owner blog ingin melepaskan rindu bersama keluarga dan menghadiri kenduri-kendara..harap bersabar yer..^_^

tahniah buat fida- bakal menamatkan zaman anak dara
tahniah buat ira- telah bertunang dan bakal mengikuti jejak fida
tahniah buat yus- bakal bertunang
cik gha n cik b..jangan nak langkah bendul yer..*_^

March 5, 2010

sabar.....


sabar~~ satu perkataan yg ringkas tapi bisa membuatkan jiwa yg gelisah menjadi tenang..sabar menempuhi segala ujian..sabar menunggu masa berjalan..sabar menanti seseorang..sabar sebahagian daripada iman..kemarahan bisa dikawal dengan kesabaran..hati yang melenting cepat terpujuk dek kesabaran..walau hebat dugaan mendatang tempuhi ia dengan kesabaran..tanamkan sifat sabar di dalam diri..biar ia bercambah dan menebal agar segala onak dan duri dapat diharungi..

kesedihan datang hanya seketika..kelak kegembiraan bakal menjelma..namun kesedihan bakal muncul semula menggantikan kegembiraan yang sekian lama beraja..dan kegembiraan kembali hadir tanpa disangka kerana itulah aturan hidup kita..bersedia hadapi segalanya kerana itu ketentuan dariNya...

~~bersyukur dengan apa yang ada..SABAR dengan apa yang tiada~~

Yakin dengan Allah!!


March 3, 2010

mari minum air

cuaca yg tidak menentu skrg menyebabkan ramai yg mengalami pelbagai masalah..ada yg demam, batuk, selsema dan tak kurang juga yg kena denggi (eh ada kaitan ke dgn denggi..hehe) em smoga sahabat yg kena denggi tu cpt sembuh...aminn..

kat TM skrg ni panas terik..tp petang2 je mesti hujan..ayah plak bagitahu kat Trg dh lama x hujan..rumput sume habis kering (wah mesti ayah suke x payah mesin rumput *_^)..dan kat umah sewa ni 24jam pasang kipas..nasib baik owner umah x pasang aircond..kalo x lagi la melambung bil letrik kitorang..bak kata ida my hosmet..suhu kat TM ni dh 38 celcius..kalo kuar umah mesti kena guna payung..kalo x rasa mcm rentung je..em ni baru panas kat dunia..kat akhirat nanti..huhu~~ marilah sama-sama kita memperbaiki segala amalan kita..

bila cuaca panas mcm skrg ni kita kena byk minum air..tp bukan AIS ye..AIR..air putih or air jarang or air masak or air suam..pape la..tp kalo air suam lagi bagus..dan nak minum air ni pun ada masa-masa tertentu agar selari dgn anggota dalaman tubuh kita..marilah sama-sama kita menjaga kesihatan dgn memperbanyakkan minum air..kalo badan sihat insyaAllah kita boleh beribadah dgn sempurna..kt sini ada panduan waktu sesuai utk minum air..di email oleh seorang kawan 2 hari lepas kot..credit to her~~

Correct timing to take water will maximize its effectiveness to Human body

Two (02) glass of water - After waking up - Helps activate internal organs


One (01) glasses of water - 30 minutes before meal - Help digestion

One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure

One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack


mula-mula mmg la kita trase ssh sket nak amalkannya..tp bila dah terbiasa ia akan jadi satu tabiat yg tidak boleh ditinggalkan...jadi marilah sama-sama kita minum air~~

March 1, 2010

alhamdulillah..hari baru..bulan baru dengan semangat baru..ku meniti hari-hari dgn tenang..setiap detik masa kugunakan dengan sepenuhnya..rindu pada ayahbonda ku pendam begitu sahaja..hampir kulupakan segalanya..penat lelah dan keperitan hampir tiada lagi dalam diari hidupku..

sabarlah hati..sikit je lagi..itulah bait-bait yg ku semat di hati agar melupakan kesedihan yg melanda diri..kesusahan dan pengorbanan..semuanya telah sebati semenjak ku membuat keputusan untuk berada di sini..dan hatiku bagai terpujuk..terus kaku dan membisu membiarkanku meneruskan perjuangan demi sebuah ilmu..

ku tahu..aku harus cekal dan tabah..siapala aku jika dibandingkan dgn kesusahan para da'ie..keperitanku hanya secebis jika dibandingkan dengan mereka..dan aku harus kuat meniti hari..melangkah dengan tenang..memohon kekuatan dari Allah..


~~Yakin dengan Allah~~






 

blogger templates | Make Money Online