March 27, 2010
rabu: bunyi siren ambulans membingitkan suasana kampung halamanku yang damai di tengah malam
khamis: seorang lelaki telah meninggal akibat kemalangan jalan raya..dan lelaki itu adalah lelaki yang sama yang menaiki motorsikal pada petang selasa
bila tiba saatnya..tidak pernah terlambat mahupun tercepat..tak mungkin kita dapat menghalangnya..bersediakah kita menghadapinya??? tak kira muda, tua, sihat atau sakit..kita semua pasti akan melaluinya..
kita insan biasa..sentiasa cuba untuk menjadi insan yang baik..perbaiki segala kelemahan dan kekurangan diri agar ajal yang tiba tidak kita sesali...
dan begitu jua dengan segala yang berlaku dalam hidup kita..tidak pernah TERLAMBAT atau TERCEPAT..semuanya telah diaturkan oleh Allah..bila tiba saatnya ia pasti hadir dalam hidup kita..kematian..perkahwinan..kejayaan..cukupkan ilmu di dada..bersiap sedia untuk menghadapinya..bila tiba saatnya ia pasti hadir......
jadilah ikan di lautan yang masin..hidupnya tidak pernah lemas dengan air yg masin..namun jika ikan itu mati..jadilah ia ikan goreng, ikan gulai, ikan masak tempoyak dan segala jenis menu masakan ikan..^_^ begitu jua hati kita..hidupkan hati agar kita bisa menjadi ikan di lautan yang masin..tidak mudah goyah..namun jika hati kita mati..sesiapun mampu merubah kita..
renungkanlah~~
Labels: TELADAN
March 21, 2010
AKU BUKAN SUMAYYAHMU!
Suami ku bunga semalam telah layu
Gugur dari jambangannya
Mujur cinta dan perjuangan kita
Bukan itu lambangnya
Mulut ku kaku untuk merayu
Hati ku malu untuk terus cemburu
Tidak seperti dulu
Kerana kini kau mujahid
Yang rindu memburu syahid
Maaf kiranya tutur dan tingkah
Senyum dan seri wajah
Pudar dan hambar di mata mu
Pada ku yang baru belajar
Menjadi seorang mujahidah
Aku kini hanya mendoakan
Agar kau menjadi Yassir
Walau kiranya… bukan aku Sumayyahmu
Dalam tangis ku cuba senyum ketika kau bermusafir
Sepertinya Siti Hajar
Sewaktu ditinggalkan Ibrahim
Biar selalu kita berpisah
Selalu derita kerap susah
Kerana syurga menagih ujian berat
Sedangkan neraka dipagari nikmat!
ilham Ustaz Pahrol
Labels: HATI BERBISIK
March 10, 2010
Bahagia dan derita..ada bahagia muncul la derita..ada derita terbitlah bahagia..andai kita tidak pernah kenal erti derita..erti sedih..erti susah..erti perit..erti pedih..bilakah kita akan rasai erti bahagia..bahagia hadir tatkala segala penderitaan dan kesusahan berakhir..usah takut menghadapi kesulitan andai ingin mengecapi kebahagiaan..mohonlah pertolongan dan petunjuk dari Allah..Allah tahu apa yang terbaik buat kita..segala yang dihadapi pasti ada hikmah yang tersembunyi..walau sekarang segalanya kabur..segalanya nampak payah..kelak pasti muncul yang terbaik dariNya..namun lumrah manusia terkadang sukar menerima apa yang telah ditakdirkan..sedih dan kecewa pasti menjerat diri..bersangka baik pada Allah agar bahagia dunia dan akhirat milik kita..terkadang kita minta apa yang kita inginkan tapi Allah beri apa yang kita perlukan..dan itu adalah yang terbaik untuk kita..tanda “Sayang” Allah buat kita yang sering mengharap rahmat dariNya..
rasai derita untuk miliki bahagia~~
blog ni akan "berhibernate" buat seketika..owner blog ingin melepaskan rindu bersama keluarga dan menghadiri kenduri-kendara..harap bersabar yer..^_^
tahniah buat fida- bakal menamatkan zaman anak dara
tahniah buat ira- telah bertunang dan bakal mengikuti jejak fida
tahniah buat yus- bakal bertunang
cik gha n cik b..jangan nak langkah bendul yer..*_^
Labels: TELADAN
March 5, 2010
kesedihan datang hanya seketika..kelak kegembiraan bakal menjelma..namun kesedihan bakal muncul semula menggantikan kegembiraan yang sekian lama beraja..dan kegembiraan kembali hadir tanpa disangka kerana itulah aturan hidup kita..bersedia hadapi segalanya kerana itu ketentuan dariNya...
Labels: TELADAN
March 3, 2010
kat TM skrg ni panas terik..tp petang2 je mesti hujan..ayah plak bagitahu kat Trg dh lama x hujan..rumput sume habis kering (wah mesti ayah suke x payah mesin rumput *_^)..dan kat umah sewa ni 24jam pasang kipas..nasib baik owner umah x pasang aircond..kalo x lagi la melambung bil letrik kitorang..bak kata ida my hosmet..suhu kat TM ni dh 38 celcius..kalo kuar umah mesti kena guna payung..kalo x rasa mcm rentung je..em ni baru panas kat dunia..kat akhirat nanti..huhu~~ marilah sama-sama kita memperbaiki segala amalan kita..
bila cuaca panas mcm skrg ni kita kena byk minum air..tp bukan AIS ye..AIR..air putih or air jarang or air masak or air suam..pape la..tp kalo air suam lagi bagus..dan nak minum air ni pun ada masa-masa tertentu agar selari dgn anggota dalaman tubuh kita..marilah sama-sama kita menjaga kesihatan dgn memperbanyakkan minum air..kalo badan sihat insyaAllah kita boleh beribadah dgn sempurna..kt sini ada panduan waktu sesuai utk minum air..di email oleh seorang kawan 2 hari lepas kot..credit to her~~
Correct timing to take water will maximize its effectiveness to Human body
Two (02) glass of water - After waking up - Helps activate internal organs
One (01) glasses of water - 30 minutes before meal - Help digestion
One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure
One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack
mula-mula mmg la kita trase ssh sket nak amalkannya..tp bila dah terbiasa ia akan jadi satu tabiat yg tidak boleh ditinggalkan...jadi marilah sama-sama kita minum air~~
Labels: TELADAN
March 1, 2010
sabarlah hati..sikit je lagi..itulah bait-bait yg ku semat di hati agar melupakan kesedihan yg melanda diri..kesusahan dan pengorbanan..semuanya telah sebati semenjak ku membuat keputusan untuk berada di sini..dan hatiku bagai terpujuk..terus kaku dan membisu membiarkanku meneruskan perjuangan demi sebuah ilmu..
ku tahu..aku harus cekal dan tabah..siapala aku jika dibandingkan dgn kesusahan para da'ie..keperitanku hanya secebis jika dibandingkan dengan mereka..dan aku harus kuat meniti hari..melangkah dengan tenang..memohon kekuatan dari Allah..
~~Yakin dengan Allah~~
Labels: INI KISAHKU