July 31, 2010

hilang skill


fikiran lesu
lidahku kelu
deria membeku
hanya hati yang mampu
mengatakan sesuatu

tuk sahabat tersayang,
tabahkan hatimu
pasti kan sembuh luka itu
walau pahit bak hempedu
kan hadir madu
mengubati hirisan pilumu

angin,
hadirlah dirimu
bawa pergi
segala luka dihati temanku
mendung kelam itu
serasa berat
untuk dipikul

sahabatku,
walau kini dirimu derita
ketahuilah
aku kan sentiasa ada
untukmu
hingga akhir waktu...

July 23, 2010

Ada hikmahnya


Tok penghulu dgn anaknya membela seekor kuda. Mereka amat menyayangi kuda itu. Satu hari, kuda itu terlepas dan trus lari ke dlm hutan berhampiran. Orang kampung yg mengetahui hal trsebut brkata kpd Tok penghulu:

“Kami simpati atas kehilangan kuda kesayangan Tok. Tentu Tok sedih..” sebaliknya, Tok penghulu trsenyum lalu berkata, “Tak apalah, mesti ada hikmahnya.”

“Apa hikmahnya Tok?”

“Tok pun x tahu. Tapi pasti ada hikmahnya.”

Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok penghulu pulang semula dgn membawa beberapa ekor kuda liar. Orang kampung sgt kagum kerana skrg bilangan kuda kepunyaan Tok penghulu bertambah secara tiba-tiba. Sudah rezekinya.

“Tok bertuahlah, untung”, begitulah kata mereka. Tok penghulu sebaliknya berkata, “Belum tentu lagi. Tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya.”

Anak lelaki Tok penghulu begitu gembira dgn kuda-kudanya. Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil menggembala kuda-kuda liar yg lain. Begitu sibuk dan tangkas sekali. Entah bagaimana pada satu petang, anak Tok penghulu itu jatuh daripada kudanya lalu patah tangan kanannya. Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan Tok penghulu. Mereka datang menziarahi anak Tok penghulu yang terlantar.

“Malang benar nasib Tok. Baru dapat nikmat sekarang ditimpa musibah pula,” kata mereka. Tok penghulu tersenyum dan berkata: “Ini ujian Allah. Tentu ada hikmahnya.”

Tidak lama kemudian, kampung mereka didatangi oleh pegawai-pegawai atasan tentera negara itu. Orang kampung semuanya bimbang krn raja mereka memang trkenal zalim dan tdk berperikemanusiaan.

“Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan! Negara memerlukan tentera tambahan utk dihantar berperang!” arah ketua tentera.

Semua ibu bapa kampung itu risau dan sedih terpaksa berpisah dgn anak-anak lelaki mereka. Para remaja lelaki dibariskan di hadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki Tok penghulu yang patah tangan itu.

“Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa org yang patah tangan!” kata ketua tentera sambil menuding jarinya kepada anak lelaki Tok penghulu. Pada ketika itu, dalam hati orang kampung terngiang-ngiang kata-kata dari mulut penghulu mereka, “Mesti ada hikmahnya.”

Petikan majalah Solusi, Musibah: Pahit di dunia manis di akhirat.

Setiap apa yg berlaku ada buruk dan ada baiknya. Orang yang beriman sentiasa melihat sisi baik daripadanya. Mereka menerima yang buruk dgn sabar, namun di dalam hati sentiasa mengharap kebaikan di sebaliknya daripada Allah.

Hati itu umpama magnet. Ia mempunyai kuasa menarik sesuatu yg berada di luar diri ke dalam diri. Apa yang hati rasakan itulah yang akan diterima sebagai pantulan. Justeru, penting sekali bersangka baik, agar kebaikan dapat “ditarik” ke dalam diri. Berdoalah seperti yg dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w:

“Ya Allah, berilah pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti bagiku yang lebih baik daripadanya.”

(Riwayat Muslim no.2165).

Jauhi drpd prasangka dan dendam,krn itu jua yg akan diterima sebagai balasan. Hati umpama magnet, semaikan rasa yang baik-baik, pasti akan menuai kebaikan. Jangan sekali-kali menyemai badai, nanti terpaksa pula kita menuai taufan!

July 19, 2010

Allah..Tuhan sekalian alam yang memiliki segala isi di langit dan bumi..Dia mampu mentadbir bumi yang luas..mana mungkin Dia lupakan kita dgn meninggalkan kita terus bermasalah..sebenarnya Allah ingin kita bersabar..sabar ibarat ubat..pahit namun mampu menambah kemanisan dalam hidup pabila sembuh segala luka dan terungkai segala cerita..

bersabarlah tika diri dilanda musibah, masalah dan segala kerenah dunia..Allah tahu derita kita..kita tak pernah bersendirian kerana kita ada teman..Allah sentiasa menemani kita walau seringkali kita mengabaikan Dia..

yakin dengan Allah~~

Allah tahu derita kita

July 14, 2010


sjak kecik lg aku mmg jarang naik motor..dan sbenarnya aku agak takut la nk naik motor..kalo stakat jln2 dlm kawasan kampung je bole la..tp kalo kat jalan raya..hoho memang menggerunkan je..dlm setahun tu bole dikira bape kali aku naik motor..atau xpenah langsung naik pun..

yg aku ingt aku naik motor kat USIM dl masa ktorg g program anak angkat di johor..family angkat tu ada motor je..so aku naik la motor..tu pun dlm kawasan felda tu je..then masa praktikal kat kelantan..duk umah member..kebetulan umah dia pun mmg ada motor je..dari umah dia nak ke jalan raya tunggu teksi agak jauh..jadi kena naik motor dulu..itulah antara pengalaman aku naik motorsikal..

tp skrg ni sjak berpindah umah baru..housemate aku hanya ada lori motor..nak x nak trpaksa la aku tumpang die..mmg itu jela caranya untuk aku bergerak ke mana2 termasuk ke kampus..nak dijadikan cerita..malam isnin bebaru ni aku, dayah (housemate baru), gha dan yus nk g mkn2..sbb aku mmg jarang naik motor jadi aku mmg x alert la kelengkapan yg perlu ada utk naik motor ni..dh agak jauh perjalanan aku dan dayah baru aku sedar yg aku x pakai kepala 'helmet'..terpaksa la kami berpatah balik ke umah..hoho..patutla aku terasa lain mcm je masa nk keluar tu..

skrg ni dh 3 ari aku membiasakan diri dgn keadaan baru..dayah pun slalu ingatkan aku jgn tinggal 'kepala'..rasanya skrg ni aku dh alert dgn barang yg perlu ada utk naik motor..dan sebenarnya naik motor ni xdela seteruk yg aku pernah sangka..cuma kadang2 aku cuak gak tetibe ada lori besar kat sbelah..huhu..part yg paling best naik motor ni mlm2..mmg best dpt menikmati suasana di waktu mlm yg sejuk dan nyaman..

sekian dl cerita motorku utk kali ni..banyak lg cerita best pengalaman aku naik motor yg akan dikongsi..alah bisa tegal biasa=)

July 9, 2010

pasangan dijadikan untuk saling melengkapi..mana mungkin adanya siang andai tiada malam..mana mungkin adanya langit tanpa bumi..mana mungkin adanya taman andai tiada tanah gersang..mana mungkin adanya tanah tinggi andai tiada tanah rendah..mana mungkin adanya cas positif andai tiada cas negatif..dan mana mungkin adanya wanita tanpa lelaki..

begitulah indahnya ciptaan Tuhan..andai bumi ini sentiasa malam..andai bumi ini penuh tanah yang gersang..andai bumi ini tanpa lautan..indahkah hidup kita..dongaklah ke langit..malamnya ditemani bulan dan bintang..pandanglah ke bumi..tanahnya dipenuhi bunga dan taman..lihatlah ke dasar lautan...cantik dihuni pelbagai hidupan..

dengan adanya pasangan..dunia kelihatan indah dan sesungguhnya kejadian Allah ini tersangat indah..bersyukurlah kita dengan segala nikmat kurniaanNya..Subhanallah alhamdulillah Allahuakbar..memujaMu begitu indah..~~


July 8, 2010

rumah baru~~

[tempat yang jatuh lagikan dikenang........]


owh ni bkn cite psl aku nk bukak blog baru ye..blog yg ada ni pun kdg2 berhabuk x sempat nak update..mana mungkin aku akan tambah blog baru lagi..hehe

sbnarnya x lama lagi aku akan pindah umah..huhu sadis je rasa..maklumla sjak2 aku merantau kt TM ni umah ni jela yg aku diami smp ke saat ni..dh ramai ahli umah bertukar2..hanya aku yg msh setia di sini..org 1st yg aku knl adalah anim..pastu ahli umah yg lain..ijan, dah, yus, k.tiah, ct, sha, ida..dan yg terakhir gha..gha ni sbnrnya dh lm aku knl..sjak kt USIM dl lg..aku dtg cni pun die dtg cni gak..dl pun ktorang rumet..hehe...

namun panas yg ku sangka hingga ke petang rupanya hanyalah mimpi indah belaka..mggu dpn aku dh stat duk umah baru..sblm ni kalo nk g kampus je leh jln kaki x smp 5min pun..tp skrg kalo xde transport jgn hrp la leh g kampus..dan yg paling x beznya umah tu x de internet..huhuhuhuhu....bosannya hdup tanpa internet [ayat yg bese gha guna..hehe] ..em nmpaknya lagi la berhabuk dan bersesawang blog ni nt..tp jgn bimbang..demi pembaca setia blog ni..akan ku usahakan utk mengupdate blog seberapa kerap yg mungkin ok..^_*

selamat tinggal umah no 20..byk kenangan yang terukir di sini..kan ku kenang hingga ke akhirnya..~~

July 7, 2010


bahagia itu hadir
persis angin malam
membelai jiwa nan kontang

bahagia itu hadir
bak angin similir
yang membelah lautan

bahagia itu hadir
bagai garisan putih
mewarnai kanvas hitamku

bahagia itu hadir
bagai bulan bercahaya
dan bintang pula meminjam sinarnya

bahagia itu hadir
walau untuk seketika
namun
saya 'rasa' bahagia

July 1, 2010

bagaimana..~~


kata orang takdir penentu segalanya..kalo sudah suratan takdir, apa yang mampu dilakukan..andai itu takdirnya, siapa yang dapat menyangkal..jika itu ketentuannya, terimalah kita dengan hati yang rela..tapi bagaimanakah caranya..

serasa kesedihan enggan lari dari hidup ini..semakin galak menghimpit diri yang terkadang hampir tersungkur..tika melihat insan lain meraih kebahagiaan, yang ku mampu hanya mengukir senyuman dan berdoa agar kebahagiaan itu kan berpanjangan..walau di hati terpalit rasa iri yang pastinya datang dari hati yang tidak suci..

setiap orang pasti berbeza deria rasanya..masakan tidak..makanan yang dimakan pun terasa kelainannya walau dimasak oleh orang yang sama..ada yang merasa terlebih masin, kurang masin, terlalu manis, kurang manis dan pelbagai rasa lagi..begitu jua dengan hidup ini..setiap yang berlaku pada kita tidak sama dengan orang lain..walau kita rasa hidup kita kini susah namun masih ada lagi insan lain yang lebih susah daripada kita..ketahuilah bahawa Allah tidak akan menguji hambaNya andai bebanan itu tidak larat untuk kita tanggung..berdoalah agar Allah tidak membebankan kita dengan bebanan yang tidak larat untuk kita memikulnya..

lihatlah bagaimana Allah mencipta lidah..bagaimana ia berfungsi dan apa peranan lidah pada kita..kita hanya ada satu lidah namun padanya terselit pelbagai deria rasa..manis, masam, masin dan pahit..begitu jua dengan hidup kita..takkan lari daripada pelbagai ujian dan dugaan..setiap daripada kita kan merasai pelbagai peristiwa dengan cerita nan tersendiri..ada yang terlebih manis, tak kurang jua yang terlebih pahit..dan semua itu membuatkan kita terus tabah dan mencari kekuatan yang ada pada diri..

mencoret bukan susah..mengaplikasikan bukan mudah..semoga terus tabah jalani hidup ini~~

 

blogger templates | Make Money Online