July 31, 2010
lidahku kelu
deria membeku
hanya hati yang mampu
mengatakan sesuatu
tuk sahabat tersayang,
tabahkan hatimu
pasti kan sembuh luka itu
walau pahit bak hempedu
kan hadir madu
mengubati hirisan pilumu
angin,
hadirlah dirimu
bawa pergi
segala luka dihati temanku
mendung kelam itu
serasa berat
untuk dipikul
sahabatku,
walau kini dirimu derita
ketahuilah
aku kan sentiasa ada
untukmu
hingga akhir waktu...
Labels: HATI BERBISIK
July 23, 2010
“Kami simpati atas kehilangan kuda kesayangan Tok. Tentu Tok sedih..” sebaliknya, Tok penghulu trsenyum lalu berkata, “Tak apalah, mesti ada hikmahnya.”
“Apa hikmahnya Tok?”
“Tok pun x tahu. Tapi pasti ada hikmahnya.”
Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok penghulu pulang semula dgn membawa beberapa ekor kuda liar. Orang kampung sgt kagum kerana skrg bilangan kuda kepunyaan Tok penghulu bertambah secara tiba-tiba. Sudah rezekinya.
“Tok bertuahlah, untung”, begitulah kata mereka. Tok penghulu sebaliknya berkata, “Belum tentu lagi. Tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya.”
Anak lelaki Tok penghulu begitu gembira dgn kuda-kudanya. Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil menggembala kuda-kuda liar yg lain. Begitu sibuk dan tangkas sekali. Entah bagaimana pada satu petang, anak Tok penghulu itu jatuh daripada kudanya lalu patah tangan kanannya. Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan Tok penghulu. Mereka datang menziarahi anak Tok penghulu yang terlantar.
“Malang benar nasib Tok. Baru dapat nikmat sekarang ditimpa musibah pula,” kata mereka. Tok penghulu tersenyum dan berkata: “Ini ujian Allah. Tentu ada hikmahnya.”
Tidak lama kemudian, kampung mereka didatangi oleh pegawai-pegawai atasan tentera negara itu. Orang kampung semuanya bimbang krn raja mereka memang trkenal zalim dan tdk berperikemanusiaan.
“Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan! Negara memerlukan tentera tambahan utk dihantar berperang!” arah ketua tentera.
Semua ibu bapa kampung itu risau dan sedih terpaksa berpisah dgn anak-anak lelaki mereka. Para remaja lelaki dibariskan di hadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki Tok penghulu yang patah tangan itu.
“Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa org yang patah tangan!” kata ketua tentera sambil menuding jarinya kepada anak lelaki Tok penghulu. Pada ketika itu, dalam hati orang kampung terngiang-ngiang kata-kata dari mulut penghulu mereka, “Mesti ada hikmahnya.”
Setiap apa yg berlaku ada buruk dan ada baiknya. Orang yang beriman sentiasa melihat sisi baik daripadanya. Mereka menerima yang buruk dgn sabar, namun di dalam hati sentiasa mengharap kebaikan di sebaliknya daripada Allah.
Hati itu umpama magnet. Ia mempunyai kuasa menarik sesuatu yg berada di luar diri ke dalam diri. Apa yang hati rasakan itulah yang akan diterima sebagai pantulan. Justeru, penting sekali bersangka baik, agar kebaikan dapat “ditarik” ke dalam diri. Berdoalah seperti yg dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w:
“Ya Allah, berilah pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti bagiku yang lebih baik daripadanya.”
(Riwayat Muslim no.2165).
Jauhi drpd prasangka dan dendam,krn itu jua yg akan diterima sebagai balasan. Hati umpama magnet, semaikan rasa yang baik-baik, pasti akan menuai kebaikan. Jangan sekali-kali menyemai badai, nanti terpaksa pula kita menuai taufan!
Labels: TELADAN
July 19, 2010
bersabarlah tika diri dilanda musibah, masalah dan segala kerenah dunia..Allah tahu derita kita..kita tak pernah bersendirian kerana kita ada teman..Allah sentiasa menemani kita walau seringkali kita mengabaikan Dia..
yakin dengan Allah~~
Allah tahu derita kita
Labels: TELADAN
July 14, 2010
yg aku ingt aku naik motor kat USIM dl masa ktorg g program anak angkat di johor..family angkat tu ada motor je..so aku naik la motor..tu pun dlm kawasan felda tu je..then masa praktikal kat kelantan..duk umah member..kebetulan umah dia pun mmg ada motor je..dari umah dia nak ke jalan raya tunggu teksi agak jauh..jadi kena naik motor dulu..itulah antara pengalaman aku naik motorsikal..
tp skrg ni sjak berpindah umah baru..housemate aku hanya ada
skrg ni dh 3 ari aku membiasakan diri dgn keadaan baru..dayah pun slalu ingatkan aku jgn tinggal 'kepala'..rasanya skrg ni aku dh alert dgn barang yg perlu ada utk naik motor..dan sebenarnya naik motor ni xdela seteruk yg aku pernah sangka..cuma kadang2 aku cuak gak tetibe ada lori besar kat sbelah..huhu..part yg paling best naik motor ni mlm2..mmg best dpt menikmati suasana di waktu mlm yg sejuk dan nyaman..
sekian dl cerita motorku utk kali ni..banyak lg cerita best pengalaman aku naik motor yg akan dikongsi..alah bisa tegal biasa=)
Labels: INI KISAHKU
July 9, 2010
begitulah indahnya ciptaan Tuhan..andai bumi ini sentiasa malam..andai bumi ini penuh tanah yang gersang..andai bumi ini tanpa lautan..indahkah hidup kita..dongaklah ke langit..malamnya ditemani bulan dan bintang..pandanglah ke bumi..tanahnya dipenuhi bunga dan taman..lihatlah ke dasar lautan...cantik dihuni pelbagai hidupan..
dengan adanya pasangan..dunia kelihatan indah dan sesungguhnya kejadian Allah ini tersangat indah..bersyukurlah kita dengan segala nikmat kurniaanNya..Subhanallah alhamdulillah Allahuakbar..memujaMu begitu indah..~~
Labels: TELADAN
July 8, 2010
owh ni bkn cite psl aku nk bukak blog baru ye..blog yg ada ni pun kdg2 berhabuk x sempat nak update..mana mungkin aku akan tambah blog baru lagi..hehe
sbnarnya x lama lagi aku akan pindah umah..huhu sadis je rasa..maklumla sjak2 aku merantau kt TM ni umah ni jela yg aku diami smp ke saat ni..dh ramai ahli umah bertukar2..hanya aku yg msh setia di sini..org 1st yg aku knl adalah anim..pastu ahli umah yg lain..ijan, dah, yus, k.tiah, ct, sha, ida..dan yg terakhir gha..gha ni sbnrnya dh lm aku knl..sjak kt USIM dl lg..aku dtg cni pun die dtg cni gak..dl pun ktorang rumet..hehe...
namun panas yg ku sangka hingga ke petang rupanya hanyalah mimpi indah belaka..mggu dpn aku dh stat duk umah baru..sblm ni kalo nk g kampus je leh jln kaki x smp 5min pun..tp skrg kalo xde transport jgn hrp la leh g kampus..dan yg paling x beznya umah tu x de internet..huhuhuhuhu....bosannya hdup tanpa internet [ayat yg bese gha guna..hehe] ..em nmpaknya lagi la berhabuk dan bersesawang blog ni nt..tp jgn bimbang..demi pembaca setia blog ni..akan ku usahakan utk mengupdate blog seberapa kerap yg mungkin ok..^_*
selamat tinggal umah no 20..byk kenangan yang terukir di sini..kan ku kenang hingga ke akhirnya..~~
Labels: INI KISAHKU
July 7, 2010
persis angin malam
membelai jiwa nan kontang
bahagia itu hadir
bak angin similir
yang membelah lautan
bahagia itu hadir
bagai garisan putih
mewarnai kanvas hitamku
bahagia itu hadir
bagai bulan bercahaya
dan bintang pula meminjam sinarnya
bahagia itu hadir
walau untuk seketika
namun
saya 'rasa' bahagia
Labels: HATI BERBISIK
July 1, 2010
serasa kesedihan enggan lari dari hidup ini..semakin galak menghimpit diri yang terkadang hampir tersungkur..tika melihat insan lain meraih kebahagiaan, yang ku mampu hanya mengukir senyuman dan berdoa agar kebahagiaan itu kan berpanjangan..walau di hati terpalit rasa iri yang pastinya datang dari hati yang tidak suci..
setiap orang pasti berbeza deria rasanya..masakan tidak..makanan yang dimakan pun terasa kelainannya walau dimasak oleh orang yang sama..ada yang merasa terlebih masin, kurang masin, terlalu manis, kurang manis dan pelbagai rasa lagi..begitu jua dengan hidup ini..setiap yang berlaku pada kita tidak sama dengan orang lain..walau kita rasa hidup kita kini susah namun masih ada lagi insan lain yang lebih susah daripada kita..ketahuilah bahawa Allah tidak akan menguji hambaNya andai bebanan itu tidak larat untuk kita tanggung..berdoalah agar Allah tidak membebankan kita dengan bebanan yang tidak larat untuk kita memikulnya..
lihatlah bagaimana Allah mencipta lidah..bagaimana ia berfungsi dan apa peranan lidah pada kita..kita hanya ada satu lidah namun padanya terselit pelbagai deria rasa..manis, masam, masin dan pahit..begitu jua dengan hidup kita..takkan lari daripada pelbagai ujian dan dugaan..setiap daripada kita kan merasai pelbagai peristiwa dengan cerita nan tersendiri..ada yang terlebih manis, tak kurang jua yang terlebih pahit..dan semua itu membuatkan kita terus tabah dan mencari kekuatan yang ada pada diri..
mencoret bukan susah..mengaplikasikan bukan mudah..semoga terus tabah jalani hidup ini~~
Labels: TELADAN