July 29, 2009

tika ini..

anim=iron baju
sha=tgk tv
ijan=berangan+tgk tv
dah=wat esemen
yus=bc paper

dan aku????
aku masih disini..trus memerhatikan skrin laptop yg kaku..menekan kekunci untuk kesekian kali..xtau ape yg perlu dipaparkan..

tp yg pasti.......
aku harus siapkan sesuatu..tp belum dtg mood utk mlakukannya..erm mane la hilangnya mood aku ni...moooooooddddd dtg la..(bkn cikgu mahmood ye, hehe)
ari ni juga UPSI dikuarantin kerana H1N1..tp blum pasti utk brape lm..dan spatutnya ms ni perlu dimanfaatkan olehku utk siapkn keje..

proposal....satu nm yg cukup fmiliar dgnku..tp kini seolah-olah mnjadi sesuatu yg asing..sukar utkku memulakan langkah menyiapkannya..inilah cabaran yg trpaksa ditempuh dek brani beralih bidang dan haluan..namun aku harus tekadkan smangat utk hadapinya..
sains dan pendidikan..2 bidang berbeza..namun ini yg kupilih..di sini segalanya bermula..segalanya berbeza..namun aku harus mencari keserasiannya..akan ku cuba walau rintangan melanda..pelbagai istilah baru yg dipelajari..cognitive, analog, assimilation, constructivism dan pelbagai lg istilah yg perlu aku fahami..utk mnyiapkn proposal bahagian intronya aku sudah lemas..tercungap-cungap ku mencari sedikit udara utk bernafas..namun aku harus menghirup udara yg bersih utk ku trus segar menikmati hidup ini..

cukuplah Allah sebagai Penolong..cukuplah Allah sebagai Pelindung..

July 27, 2009

segenggam tabah

lagu ni didedikasi buat semua teman-temanku...
semoga kita semua tabah...

July 26, 2009

memang aku kurang msa sekarang untuk berblog..tp aku cuba juga untuk memasukkan entry terbaru ni..entry "andai itu takdirnya" terlalu mencipta kontroversi..bukan niatku untuk mencipta kontroversi disini..sekadar untuk berkongsi..bukan untuk meluahkan rahsia hati..sekadar untuk berbicara menghiburkan insan disisi..

jadi entry tu telah ku'blacklist'kan..^_^


Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
(Begitu aturan Tuhan)

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya

Usah mengharapkan ke segalanya
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
(Begitu ajaran Tuhan)

Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah

Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
(Di) dalam jiwamu itu


it may be that you hate something when it is good for you..and it may be that you love something when it is bad for you..

maafkan kekhilafanku....


July 25, 2009

dulu..

sinarku sering menyinari hidupnya..mewarnai setiap kegelapan serta ketakutannya..menenangkan kegelisahannya..memayungi setiap langkahnya..membuatnya tersenyum bahagia..

namun kini..

die telah menemui si pelangi..cantik mewarnai di kaki langit..mealpakannya..membuatnya melupakan diriku yang setia menyinari dirinya yang dulu..

dan masa terus berlalu..dia tetap leka memandang pelanginya yang indah..diriku tidak lagi diendahkan..aku bukan lagi mataharinya yang dulu..

dan aku..kan ku biar dirinya mengejar pelangimya..biarkan ku disini terus menyinari yang lain..yang sudi dipayungi cahayaku..

++++++++++++tiada janji yang sering ditepati melainkan berjanji bahawa mentari kan muncul pada esok hari...namun apakah kita mampu untuk melihatnya???++++++++++++



ni gambar tapai potato..entry sebelum ni xsempat upload...mungkin tiada lagi entry baru buat seketika.......harap bersabar..^_^











July 23, 2009

titik dan noktah


dua ari lepas aku masuk lab..wat tapai potato..so arini dah dpt resultnya..alhamdulillah menjadi..tp mls la plak nk upload gmbo tapai tu kt cni..hehe..nasib baik gak ada kwn yg tlg..kalo sorang2 susah gak nk wat..bdk math bertukar status jd bdk bio..skali skala ape slhnya kan yus..jd saintis..bkn sng tu..hehe

~~~~~hbs bab tapai potato~~~~~~

erm arini aku dpt brita yg agak mengejutkan..siapa sangka..tgh2 siapkan assg tetibe kwnku bukak 1 cerita..erm perasaanku?? bercelaru dan keliru..sgalanya mnjadi satu..tp hanya utk seketika..kini aku bahagia (biarla aku je yg tau kenapa dan mengapa aku bahagia) aku harus sabar dalam setiap dugaan....sedih dan gembira menjadi rencah kehidupan kita..(thanx ye che sudi gtau psl 'berita' tu..)

terkadang senyuman wanita bukan kerana gembira..bukan jua kerana derita..tapi kerana tiada rasa didalam jiwa..hidup mesti diteruskan walau penuh dugaan dan cabaran..


July 18, 2009

Rahsia solat

Aku terbaca artikel ni semalam dan tertarik dengannya..walaupun agak panjang diharap anda bersabar ketika membacanya ^_^ so meh sama2 kita baca..

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Subuh

alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi, warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar, rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Zuhur

warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zuhur. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya (agak-agak orang yang tengah sakit perut ceria tak)^_^

Asar

warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Maghrib

alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (dalam erti lain, solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Isyak

alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas kita atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai Pencipta..

p/s: kajian perkaitan antara sains & solat..bagi wanita yg mengandung dinasihatkan agar menunaikan solat secara sempurna iaitu malakukan setiap rukun solat seperti biasa. ini dapat mengelakkan daripada sakit pinggang serta memudahkan proses kelahiran. bagi wanita mengandung yg menunaikan solat secara duduk atau 'kurang sempurna', mereka senang untuk mendapat sakit pinggang dan juga menyukarkan proses kelahiran..
jadi buat kaum hawaku..bersabarlah ketika menunaikan segala suruhanNya..ada hikmah disebaliknya..^_^



July 13, 2009

td aku n hosmetku tgh mkn pulasan n rambutan..then tetibe aku brminat nak tau apa beza pulasan n rambutan..pelik dgn soalanku agaknya lg sorang hosmet yg duk 'ralit' tgk video kawin die turut menyampuk..hehe..erm ape agaknya ye..jawapannya mestila isinya je yg sm..(rasanya pn sdikit berbeza) tp kulitnya lain..hehe..org selalu ckp manusia ni "rambut sm hitam tp hati lain-lain"..tp rambutan n pulasan ni plak isi sm, kulitnya lain..

Allah menciptakan manusia dgn berbeza-beza..ada yg rajin, ada yg kurang rajin(malas,hehe..), ada yg pandai, ada kurang pandai dan sebagainya..dengan akal dan ilmu, pandai2 la kita untuk memilih jalan yg terbaik untuk menempuh hidup di dunia yg penuh ranjau berduri dan juga di akhirat yang kekal abadi..^_^

ibarat buah manggis..walau kulitnya purple (mcm purple sweet potato *_~)..tp isinya putih bersih..walau kulitnya cantik tp isinya x elok kita xkan mkn buah tu..tp walau kulitnya x berapa cantik tp isinya elok kita tetap akn mknnya...seperti jua kita...walau luaran tidak secantik mana..tp kita perlu gilapkan hati agar seputih isi manggis...^_^

July 11, 2009

Wanita yang aku sayangi

Adalah pencinta tuhannya

Yang mengalir cinta, takut dan harap

Yang menguasai perjalanan penghidupannya

Dari waktu ke waktu

Dari hari ke hari

Sehingga perjanjian

Di antara jasad dan nyawanya

Berakhir....


Wanita yang aku rindui

Adalah wanita yang dimata dan wajahnya

Terpancar sinar Nur Illahi

Lidahnya basah dengan zikrullah

Di sudut hati kecilnya

Sentiasa membesarkan Allah


Wanita yang aku cintai

Yang menutup auratnya

Dari pandangan lelaki ajnabi

Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya

Disanjung tinggi

Penduduk langit dan bumi


Wanita yang aku impikan

Adalah yang mendekatkan

Hatiku yang telah jauh

Kepada Ar Rahman dan Ar Rahim

Namun aku tidak ada di sana

Kerana aku dilamar kebendaan dunia


Wanita yang aku kasihi

Yang bersyukur pada apa yang ada

Yang bersabar pada apa yang tiada

Cinta pada hidup yang sederhana

Yang tidak bermatakan benda


Wanita yang aku sukai

Menjadi dian pada dirinya sendiri

Menjadi pelita untuk putera-puteri

Yang bakal dilahirkan

Untuk menyambung

Perjuangan di belakang hari


Sesungguhnya

Wanita yang selalu

Berada di dalam doaku

Adalah diriku,dirimu dan seluruh kaum Hawaku

tangan mudah mencoret..lidah lancar berbicara..namun hati sukar mengiya..
tapi kini aku pasti dengan segalanya..kutabahkan hati..aku cuma mampu berdoa agar dikuatkan semangat untuk hadapi segalanya..akan kucuba walau hati sukar diduga..

"Yakin dengan ketentuanNya"

July 10, 2009

ADALAH menjadi tradisi bagi keluarga-keluarga mulia di Mekah untuk menghantar anak mereka ke kawasan pergunungan. Ini bertujuan agar anak mereka dapat menghirup udara yang segar dan membesar dengan sihat. Anak-anak ini akan disusui oleh wanita daripada kaum Bani Sa'ad.

Wanita-wanita yang menyusui biasanya lebih tertarik kepada anak-anak orang kaya. Mereka tidak berminat untuk menyusui anak seorang fakir mahupun yatim.

Halimah merupakan seorang wanita yang selalu menjadi ibu susuan. Pada tahun itu, keluarganya ditimpa kemiskinan. Tanah menjadi tandus dan ternakan mereka menjadi kurus kering. Akhirnya Halimah dan suaminya memutuskan untuk ke Mekah bagi mengambil seorang bayi untuk disusui. Mereka berharap upah yang diberikan akan dapat menampung keperluan hidup mereka pada waktu itu.

Unta yang dinaiki mereka itu sangat lemah. Halimah risau kalau-kalau unta itu mati sebelum sampai ke Mekah.

Anak Halimah selalu menangis kelaparan. Unta yang dibawa juga sudah tidak mengeluarkan susu kerana kekurangan zat. Halimah juga tidak mampu menyusui bayinya lagi.

Akhirnya mereka sampai di Mekah. Semua bayi yang ada sudah diambil oleh wanita-wanita yang lebih dahulu tiba di Mekah. Hanya tinggal seorang bayi lelaki bernama Muhammad. Ayahnya sudah meninggal dunia dan keluarganya miskin. Kedudukan mereka sangat mulia di antara tokoh-tokoh Quraisy, namun wanita-wanita lain enggan mengambilnya kerana dia yatim dan miskin pula.

Halimah melihat Muhammad terbaring dalam keadaan lapar di ranjangnya yang kasar. Tiba-tiba Halimah berasa kasihan terhadap Muhammad. Allah menanamkan rasa kasih dan cinta di dalam hati Halimah. Wanita itu terus jatuh sayang apabila melihat Muhammad.

Halimah pun membawa anak yatim itu pulang ke rumahnya. Dalam perjalanan, Halimah membelai Muhammad dengan penuh kasih sayang. Beliau meletakkan tangan ke dada bayi itu sehingga Muhammad tertawa. Beliau mencium dahi Muhammad. Halimah berasakan seolah-olah Muhammad itu seperti anaknya sendiri.

Halimah pun menyusui Muhammad. Alangkah terperanjatnya Halimah apabila mendapati bayi itu mampu menyusu sehingga kenyang dan tertidur. Anaknya sendiri juga menyusu sehingga kenyang dan tidur. Halimah juga merasa tubuhnya lebih sihat daripada yang sebelumnya.

Tidak berapa lama selepas membawa Muhammad pulang ke perkampungannya, nasib keluarga Halimah berubah. Tanah yang tandus menjadi subur. Binatang ternakan yang kurus menjadi gemuk dan mengeluarkan banyak susu. Hidup Halimah gembira sekali.

Halimah tahu bahawa kebaikan itu telah datang bersama anak yatim yang disusuinya. Cinta Halimah kepada Muhammad semakin bertambah dari sehari ke sehari. Anak yatim itu telah diberkati oleh Yang Maha Esa.


sumber asal: Utusan online

July 8, 2009

Hati menangis..


sampai ari ni dah hampir seminggu aku menunggu jawapan dari seseorang..biarlah aku terus menunggu demi sebuah jawapan..mungkin jawapan yang bakal aku perolehi nanti mampu membuat aku tersenyum bahagia..aku harus menunggu dan terus menunggu..mungkin sampai jumaat nanti aku harus kuat untuk menagih jawapan darinya..lebih dari itu aku pasrah dengan segalanya..aku masih lagi mampu tersenyum ceria dan menghiburkan yang lain..namun jauh disudut hati aku sering memikirkannya..hatiku menangis...

semalam juga kawanku berduka..aku turut bersimpati dengannya..aku cuba untuk menghiburkannya..kutelan segala pahitku demi yang lain..aku masih mampu bertahan..biarlah aku menjadi penawar padanya..masalah kawanku berkenaan dengan bloggers..terkadang apa yang kita lakukan tanpa disedari telah melukakan hati yang lain..kawanku telah terbaca satu blog yang menulis tentang dirinya..walaupun namanya tidak terpampang namun jelas sekali ia ditujukan untuk dirinya..aku terfikir haruskah menulis segalanya disini..seolah-olah blog menjadi satu diari..memang hak masing-masing untuk mencoret segala rahsia hati..tiada yang mampu menghalang..namun siapa sangka bisa mengguris hati insan lain..nasihatku untuk diri sendiri dan juga yang lain..berhati-hati ketika sedang menekan papan kekunci..mungkin tanpa disedari ada hati yang sedang menangis..

July 4, 2009


semalam masa dlm kelas lecturer kami ada problem..kesian juga..dari awal2 kls lagi beliau sudah minta kami settlekan problem ni..beliau ada 2 problem yg mesti disetelkan hari tu juga..erm terfikir2 juga aku apa masalahnya agaknya ye..

selesai je lecture ptg tu trus dibgtau masalah tersebut..pertama beliau teringin nak mkn telur tp xtau nak masak.."half cook" n "soft cook"...sebelum ni bila nak makan isterinya yg buatkan..tp sekarang isterinya balik kampung..beliau dah try masak tapi x menjadi..jadi utk menolong beliau maka keluar la bermacam-macam idea dari kami..tapi hampir kesemua cadangan kami ditolak..ada yg ckp masukkan beras la..masak smp 10minit la..tapi ada juga yg diterima dan dipertimbangkan..ok selesai 1 masalah....

masalah kedua pulak ada sebiji limau di dalam peti ais dan telah menjadi rebutan antara anak bongsu dan anak perempuan tunggal beliau..maka persoalannya siapa yg perlu mendapat limau tersebut..kedua-dua anaknya x mahu mengalah..jadi idea2 yg dikeluarkan adalah potong limau kepada dua..buat jus dan bahagi dua..dan sebagainya..seperti masalah pertama tadi, masalah kedua ni juga sukar untuk beliau menerima pendapat2 kami...

terfikir juga aku..betul ke masalah prof. ni..seperti agak tidak masuk akal..masakan seorang profesor betol2 tidak tahu cara menangani masalah seperti ini..betol ke anaknya "selfish"..takkan tidak sanggup beralah demi sebiji limau..akhirnya segala persoalan terungkai jua..

masalah pertama..bukannya beliau tidak tahu langsung cara memasak telur..tapi ingin melihat cara kami menjawab soalan tersebut..tidak ada seorang pun yg menjawab secara saintifik cara-cara untuk memasak telur..sebagai contoh; masukkan air kedalam periuk sehingga telur tenggelam..sampai takat didih perlahankan api..dan sebagainya..semuanya dijawab secara biasa..tidak ada jawapan yang menggambarkan seseorang yg telah mempelajari sains dan mengaplikasikannya..huhu agak malu juga aku waktu itu..so, kesimpulan yang aku bole buat adalah setakat mana kita mempraktikkan apa yang telah dipelajari dalam kehidupan..adakah melakukan sesuatu kerana orang lain melakukannya begitu atau sebaliknya..ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah..sama-sama kita renungkan..

erm berbalik kepada masalah kedua pula..anaknya tidaklah sebegitu "selfish"..kita hanya melihat secara luaran..yang direbutkan adalah sebiji limau..fokusnya hanya tertumpu kepada sebiji limau..tapi adakah kita terfikir apa yang sebenarnya yang diinginkan..sebenarnya si kakak hanya inginkan kulit limau untuk dibuat kek manakala si adik teringin untuk menikmati jus limau..tetapi kerana fokus kita hanya kepada memberi nasihat kepada siapa limau itu harus diberi maka terselindung segala yang lain..kesimpulannya, dalam sesuatu perkara..kita mampu untuk memberi seribu satu nasihat tetapi sukar untuk mendalami apa sebenarnya yang diinginkan..

terungkai jawapan..tiada lagi persoalan..

July 1, 2009

erti hidup

erm alhamdulillah akhirnya berjaya juga aku create blog baru ni..
dulu blajar wat blog ni utk subjek ICT sem lps..tu pun ada sorang hamba Allah yg sanggup ssh payah tlg..thanx a lot ye...=)

tp skrg ni rs mcm nk ada blog lg 1 je..gatal je tgn ni nk menaip..hehe..so wujudla nurQaseh..utk semua..

nurQaseh..ni sbnrnya dpt idea dr cerita nur kasih yg sedang hangat ditayangkn di tv3 stiap ari jumaat pukul 9pm..(promote plak..hehe) ntah mcmmana aku suke dgn jln crita tu..mmg ssh nk cari cerita melayu yg diselitkan dgn kisah2 agama skrg ni..dgn adanya crita ni secara tak langsung dpt membawa penonton ke satu destinasi yg berlainan..nak tau lebih lanjut ikuti la cerita ni yer..br je ditayangkan..

ari ni ari 1st aku msuk kls utk sem 2 ni..prof madya dr abdul wahab..mmg kelakar orgnya..tp td die wat lawak n xde sorang pun yg gelak..then die ckp.."hanya org genius yg tahu erti lawak"..hbs sume org tergelak dgn ayat die tu..erm mcm2 la..tp mmg enjoy la kls die td..

setakat ni dl pembuka bicara..jmp di lain lembaran..insyaAllah..


 

blogger templates | Make Money Online