July 11, 2009
Wanita yang aku sayangi Adalah pencinta tuhannya Yang mengalir cinta, takut dan harap Yang menguasai perjalanan penghidupannya Dari waktu ke waktu Dari hari ke hari Sehingga perjanjian Di antara jasad dan nyawanya Berakhir.... Wanita yang aku rindui Adalah wanita yang dimata dan wajahnya Terpancar sinar Nur Illahi Lidahnya basah dengan zikrullah Di sudut hati kecilnya Sentiasa membesarkan Allah Wanita yang aku cintai Yang menutup auratnya Dari pandangan lelaki ajnabi Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya Disanjung tinggi Penduduk langit dan bumi Wanita yang aku impikan Adalah yang mendekatkan Hatiku yang telah jauh Kepada Ar Rahman dan Ar Rahim Namun aku tidak ada di sana Kerana aku dilamar kebendaan dunia Wanita yang aku kasihi Yang bersyukur pada apa yang ada Yang bersabar pada apa yang tiada Cinta pada hidup yang sederhana Yang tidak bermatakan benda Wanita yang aku sukai Menjadi dian pada dirinya sendiri Menjadi pelita untuk putera-puteri Yang bakal dilahirkan Untuk menyambung Perjuangan di belakang hari Sesungguhnya Wanita yang selalu Berada di dalam doaku Adalah diriku,dirimu dan seluruh kaum Hawaku
Labels: HATI BERBISIK
3 comments:
wanita ni sebenarnya awk ke nor..
of course la saya wanita..
dah nama pun nurQaseh@insyirah..
Post a Comment