February 3, 2010

penat penat dan penat


assalamualaikum buat semua pembaca setia blog ni..hehe..dan juga buat semua pembaca yang sudi membaca...em selama seminggu aku balik ke kampung halaman...puas hati dapat jumpa mak ayah n famili..sume dah rindukan aku sbb dh lama x balik..tp ikutkan hati aku nak je duk umah tu lama2 lagi..x payah dh datang sini..tapi sape plak nak siapkan aku punye research ni..huhu..

petang semalam dlm pukul 5pm aku n gha smp kat TM ni..sepatutnya kul 2pm dh sampai..tp di sebabkan kitorang lupa diri bershopping sakan kat tesco rawang lambat la sampai..dan hari ni pulak kul 10am aku g skolah methodist nak buat pilot test(kajian rintis)..sebelum ni aku dah buat untuk pelajar Biologi..tp skrg ni buat utk pelajar sains tingkatan 5..mulanya aku cuak juga bila cikgu yang ajar kelas tu bagitahu yg pelajar dlm kelas tu nakal2..lagi nakal dari kls Bio dulu..huhu..yg dulu pun aku rasa mmg dah nakal...

dan tepat kul 10.45am mula la kelas amali..mmg betol la apa yg aku sangka..dah la majoriti pelajar lelaki..sume macam "gengster" je..namun ku kuatkan semangat menghadapi segalanya..memang sakit tekak aku terjerit2 kat diorang..bukan jerit sbb marah tapi sbb nak explain apa yg perlu diorang buat..disebabkan diorang terlalu bising aku kena la kuatkan volume suara aku ni..dah la aku mmg x suke menjerit2 n cakap kuat2 ni..huhu..namun akhirnya berjaya jua aku mengawal kelas tu..kelas tamat kul 11.55am..alhamdulillah akhirnya selesai juga sesi amali untuk hari ni..

kul 12.30pm aku ada temujanji dgn dr. ong pulak..bincang punya bincang x sedar masa berlalu..kul 2pm baru kami selesai berdiskusi..tp mcm besela..lepas jumpa dr mesti banyak lagi yg perlu aku buat..dan tetibe aku rasa mcm sakit tekak je..ni la penangan terjerit2 dlm kelas tadi..huhu..akan ku cuba sedaya yg boleh untuk habiskan sesi pembelajaran di UPSI ni..disebabkan pengumuman dr hasyimah bebaru ni la aku bertungkus lumus menyiapkan segalanya..tarikh kena hantar kajian aku ni di awalkan ke bulan 3..yg sebelum ni sepatutnya bulan 5...

jangan mengalah sebelum mencuba..akan ku cuba sehabis baik untuk siapkan segalanya pada masanya...doa kalian bisa menguatkan diri ku yang kepenatan mengharungi hidup ini..

jangan tangisi nasib diri..pasti ada hikmah yang tersembunyi..Yakin dengan Allah!!!


4 comments:

ANIEMZ said...

tu baru 1 kali masuk kelas, tak lagi 1 hari 3 kelas.. hikhik.. tu la dunia cikgu.. tapi kak nor jadi lecturer nanti, tak pe.. tak perlu berhadapan dengan student 'badan besar' tapi masih mengaku ribena lagi..

yuhazlina said...

berjuang selagi boleh....chaiyok!!!

Insyirah said...

to aniemz,
yup btol2..bile baca cite2 anim sebelum ni mmg gerun gak la..huhu..cikgu kat sekolah tu yg lembut je brcakap dgn kita tp dgn bdk2 tu jd garang semcm je..anim pun kena jd cmtu gak la..xleh senyum2 sokmo..hehe..

tp jgn masam2 sgt nanti brjangkit kat baby..*_^

Insyirah said...

to yus,
chaiyok2..berjuang selagi boleh..=)

 

blogger templates | Make Money Online