August 26, 2010
byk btol perkara yg bersarang kt kepala skrg..mmg tersangat la menyerabutkan..dan mlm td aku mimpi tetibe rambut xde sblh..hoho tersangat la menggerunkan..teruk sgt ke keadaan yg aku alami skrg??? berat je rasa kepala ni..org ckp kalo byk sgt berfikir nanti rambut makin kurang..emm kena ubah persepsi ni..sabar sabar dan teruskan bersabar..sesudah kesulitan pasti ada kemudahan..yakin dan percayalah duhai insan~~
oo lupa nk cerita..ari sabtu lps sblm masuk bulan ramadan aku naik moto g pasar malam..masa tu hujan tapi aku n dayah nk jugak pergi pasar malam tu..masa pergi ok je lagi sbb br stat hujan..tp ms nak balik punyalah kuat angin..mmg rasa terhuyung-hayang je motor..dan tetibe aku terasa mcm nak terjatuh kebelakang sbb helmet berat sgt..jadi kepala aku nak terkebelakang..nasib baik aku sempat pegang dayah..kalo x..nauzubillah..
angin..lembut menyapa dan mendamaikan kita..namun terkadang angin jua mampu memusnahkan harta benda..tanda kekuasaan dan kebesaran Allah~~
Labels: INI KISAHKU
August 25, 2010
yang telah berlalu biarkan ia berlalu..jadikan pengajaran utk menempuhi hari seterusnya..dan hari muka usah terlampau difikirkan..kelak hari yg sedang dilalui kini kan banyak lompangnya..namun lumrah aku sebagai manusia sering terfikir akan masa depan..warna apakah masa depanku nanti..bagaimanakah coraknya..
masa depan boleh difikirkan..tapi usah khuatir..kerana kita ada Allah yg menentukan warna dan coraknya..yg perlu kita buat adalah berusaha dan berdoa..
fikir tapi jgn khuatir~~
p/s: jumlah entri blog berkadar langsung dgn mood aku..kalo mood ok banyakla entri kan menyusul..tp kini mood x berapa ok disbbkan beberapa prkara..hohoho..T_T
Labels: INI KISAHKU
August 23, 2010
aku naik komuter smp bangi je sbb apir n ira dtg amek naik kete baru apir..then kitorang g jalan2 kat nilai..sbb byk barang nak dibeli jadi kami stay smp mlm..buke pose kat restoren nusasa..pastu g tumpang solat kat umah k.chik n melencong ke umah syamsul..sory ye kwn2 kat nilai..x sempat nak jumpa korang sume..hehe..
esoknya kami ke serdang (poh kong kat jusco) utk beli gelang perkahwinan..aku rasa mcm aku je yg nk kahwin ni..haha..pastu g survey kat bangi plak..tp sbb ira x berkenan yg kat bangi kena la patah balik ke jusco..nasib baik la apir tu baik..ditambah plak bulan pose ni..demi bakal isteri tercinta ikutkan jela..aku xdela ikut diorg masuk poh kong tp g tgk2 sandal n handbag utk raya..tp x jd beli pun..tgk je..pastu g bangi blk sbb apir nk blnje bukak pose di restoren kat bangi..
ari isnin ira ponteng keje..tetibe je die EL sbb aku x nak blk TM lg..hehe..disebabkan apir bg tunang die guna kete maka aku n ira pun decide la jln2 ke puchong (tmpat apir keje)..pastu g klinik utk buat ujian HIV..mulanya aku ingt nak buat gak..tp rupanya hanya bole buat 6 bln sblm kahwin je..aku nak kahwin bila pun xtau lagi..hehe
ms bangun sahur pagi selase tetibe aku decide nak blk trg..xnak blk TM..memang aku suke buat keputusan mengejut ni..haha..semalam baru aku smp ke TM ni..puas hati dpt balik pose n terawih kat umah..kpd mzke..jgn jeles ok..^_*
p/s: thn lepas elly n chooi kahwin..thn ni fida n ira..thn dpn mungkinkah cik gha n cik b??
tulang rusuk siapa...
x kira siapa pun kita..walau berbeza warna kulit..berbeza taraf hidup..berbeza pemikiran..namun warna kuku kita ttp sama..hawa dijadikan dari tulang rusuk adam..kita semua adalah sama kerana kita keturunan Nabi Adam a.s..~~
Labels: INI KISAHKU
August 11, 2010
buat diri ini..smoga kisah 4ramadhan dan 8ramadhan lepas tidak lagi berulang..berharap ramadhan kali ni kan membawa sinar yang gemilang..insyaAllah..
berusahalah melakukan ibadat selagi terdaya dan berharap segalanya diterima olehNya..berdoalah agar segala dosa diampunkan oleh Allah dan kita melangkah keluar dari ramadhan dgn diri dan hati yang bersih sesuci embun pagi..
p/s: rindunya nak balik pose kat umah..huhu
Labels: INI KISAHKU
August 8, 2010
Pabila sunyi jemari bergerak mengalunkan suara hati..kala diri letih mengadap kerja..ditambah pula bebanan yang melanda..pelbagai rasa bergelojak di jiwa..ku hanya meminjam idea untuk melakar secebis rasa..dan tanpa sedar hampir membawa malapetaka..seharusnya kalian tahu.. kasihku tak seperti embun dihujung rumput..sayangku tak seperti pelangi sesudah hujan..
Kalian,
Hadir tika ku memerlukan
Mengerti apa yang terbuku di hati
Fahami apa yang tersirat di jiwa
Sedari apa yang bersarang di dada
Mana mungkin kalian kuhindari
Kalian,
Temanku yang teristimewa
Kita memuji dan mengeji
Kita ketawa untuk benda yang tak pasti
Kita berkongsi rahsia hati
Mana mungkin kalian kulupai
Kalian,
Temanku yang disayangi
Segala kepayahan sama diharungi
Segala kegelisahan sama dirasai
Segala kegembiraan sama dikecapi
Mana mungkin kalian kulukai
Kalian,
Maafkan diriku
Andai lumpuh perilaku ku
Andai terbit rasa hempedu
Kerana kalian telah ku panggil temanku….
Labels: HATI BERBISIK
August 4, 2010
Kita ,
Bertemu tanpa dipinta
Berkenalan tanpa disangka
Berkawan tanpa dipaksa
Berhubung tanpa bersua
Telah kita,
Cuba sedaya upaya
Untuk tidak melanggar batas
Dan syariat yang digariskan
Agar hubungan yang bakal dibina
Sentiasa di atas landasan
Yang diredhai Ilahi
Kita tahu,
Jodoh pertemuan
Bukan kita yang tentukan
Dalam doa kita berharap
Semoga hubungan ini
Mendapat rahmat
Dan semoga sentiasa utuh
Tautan hati antara kita
Biarkan mereka,
Terus pertikai hubungan kita
Berkata apa yang dirasa
Ini bukan kehendakku
Dan bukan jua keinginanmu
Tapi siapa kita
Untuk melawan takdir
Hidup kita,
Bukan aturan kita
Bukan jua aturan mereka
Tapi aturan Yang Maha Kuasa
Pencipta kita dan mereka
Walau kita,
Terus diluka
Doa itu pengubat segala
Jika diizinkanNya
Saat itu pasti kan tiba
Untuk kita berdua menuju bahagia...
Labels: HATI BERBISIK
August 1, 2010
cerita 1: kisah ni berlaku beberapa ari lepas sewaktu bersarapan pagi di sebuah restoren mamak dgn seorang kwn berbangsa cina
mamak: mau minum apa?
wong : teh tarik campur ais
aku : dlm hati aku ckp (wah mcm best je dgr air teh tarik campur ais ni) sy pun sama la.. nak teh tarik campur ais
mamak tu senyum semacam je kat aku..walau aku dh rasa mcm pelik tp aku buat-buat biasa je..then kami order makanan..
lps beberapa ketika datang la air teh tarik campur ais tu..trkejut aku bila yg datang tu rupa2nya hanyalah teh ais..huhu rasa nak nangis pun ada..malu btol..patutla mamak td senyum semacam je..mesti die ckp aku ni main hentam je..pastu aku explain la kat kwn aku tu bahawasanya yg die order tu adalah teh ais..die ckp kenapa sama je warna dgn teh tarik..sbb tu dia ckp teh tarik campur ais..hoho..akukah yg bersalah???
cerita 2: kisah ni berlaku semalam di pasar malam tanjung malim..aku pergi dgn gha, yus dan ct..kami berpecah sbb trlalu ramai org..aku dan gha, yus dan ct..masa dah nk blik tu aku terperasan ct mcm mencari-cari sesuatu..
aku: cari apa ct?
ct : cari dadih..
aku: oo dadih ada jual kat depan sana..
kami pun pergi la gerai yg aku maksudkan tu..tp ct mcm msih tercari-cari juga 'dadih' yg dia nak tu padahal dadih tu mmg ada dpn mata kami..
aku: ct ni la dadih
ct : bukan yang ni..dadih yg campur soya tu..
aku: la..tu bukan dadih..taufufa la..
aku nak tergelak pun ada..kesian pun ada..nak patah balik pun dh ramai sgt org..lagipun dh dkt pukul 7..lagi la ramai org..sesape yg pernah dtg cni mesti tau betapa sesaknya pasar malam kat cni..nak jalan pun ssh..konklusinya kami x jadi la beli 'dadih' yg ct nak tu..
kisah ini kisah biasa..tiada yg luar biasa..lumrah manusia..terkadang sukar menafsir apa yg dirasa..jika tidak kena pada tempatnya huru-hara la jadinya..tanpa gambaran sukar menjelaskan apa yg diinginkan..kita punya rasa yg berbeza..itulah uniknya manusia..
Labels: INI KISAHKU