July 17, 2012

Kenapa saya..??


Dah lama tak bercerita di sini..sebetulnya banyak perkara yang ingin dikongsi bersama..tapi entah kenapa jari-jemari terasa kaku untuk menaip sebarang kata-kata..

Kadang-kadang kita bertanya kenapa sesuatu perkara tu berlaku pada kita..??kenapa bukan pada orang lain..dalam ramai orang kenapa kita yang kena..kita salahkan takdir..tapi kita tidak pernah bertanya adakah kita yang salah??

Baru-baru ni saya berkursus di sebuah hotel di utara tanah air..ramai yang hadir dan sebetulnya wanita mengandung tidak dibenarkan hadir ke kursus tersebut..tapi terdapat 3orang wanita mengandung yang turut menyertai kami..mereka dikehendaki menulis surat menyatakan pihak penganjur tidak bertanggungjawab jika ada apa-apa perkara yang berlaku kepada mereka dan mereka juga perlu menyatakan berapa usia kandungan masing-masing..

Di hari kedua kecoh satu hotel tentang kehilangan wang..jumlah keseluruhan hampir RM1000..bukan satu jumlah yang sedikit..mereka yang kehilangan duit menyatakan “pencuri” tersebut mengambil separuh daripada wang yang mereka ada..sebagai contoh, si A mempunyai RM100 di dalam beg duitnya dan duit yang hilang berjumlah RM50 dan begitulah seterusnya..tetapi salah seorang daripada wanita yang mengandung tadi kehilangan kesemua duit yang dia ada iaitu berjumlah RM250..nasib baik makan minum semua ditanggung oleh pihak penganjur..kalau tidak terpaksa la dia keluarkan duit lain atau pinjam daripada sesiapa..

Semiggu selepas tamat berkursus kami dikhabarkan yang wanita mengandung yang kehilangan duit telah pun selamat bersalin..alhamdulillah, nasib baik kursus telah tamat..kami ingatkan dia bersalin tidak cukup bulan rupanya memang dia dah sarat sewaktu kursus tempoh hari..masa berkursus dia nyatakan yang kandungannya baru mencecah 7 bulan walhal dah pun masuk 9 bulan..

Saya terfikir..kadang-kadang Allah terus bagi kita balasan di atas dosa yang kita lakukan..untung lah jika ketika mendapat suatu bencana kita teringat semua yang berlaku adalah sebagai balasan di atas perbuatan kita dan kita menyesal dengan perbuatan tersebut..tapi malangnya jika kita asyik bertanya kenapa saya yang kena??kenapa semua ni berlaku pada saya??

Semoga kita tergolong di dalam golongan orang yang sentiasa ingin perbaiki diri..Salam Ramadhan buat semua..~~

May 26, 2012

Bulan lepas kecoh dengan kejadian gempa bumi..Di luar Negara ada yang cedera dan juga meninggal kerana terkejut dengan kejadian tersebut..di Malaysia tak kurang juga kecohnya..beberapa buah negeri termasuk tempat ku mencari rezeki juga dilanda kejadian yang sama..
Pertama kali dalam hidup saya hadapi kejadian ni..kerusi yang saya duduk bergoncang dengan sendiri..mulanya ingat ada “benda” yang kacau..namun bila jiran dan kawan-kawan kecoh bertanya baru la saya tahu rupanya bumi yang menggoncang kerusi saya..nasib baik berlaku di siang hari..kalau berlaku waktu malam mesti dah fikir macam-macam..hehe..
Petang tu juga saya dan beberapa orang kawan keluar makan jauh di seberang tengah..sebab dah lama rancang nak makan kat tempat tu kami pergi juga..waktu tengah makan hampir semua pelanggan di gerai kecoh dengan berita jambatan akan ditutup pukul 9 malam hingga ke pukul 2 pagi..kami yang sedang makan pun rasa macam tak tertelan makanan..masing-masing dah panik..macam mana nak balik nanti..ada yang nak minta off esok la, nak balik kampung la, nak pergi tidur kat masjid la dan macam-macam lagi..
Tetiba saya teringat untuk telefon seorang kawan..katanya “mengarut lah, mana ada tutup, laluan feri tak tutup..jambatan pun tak tutup..pergi balik tidur!!” haha tak pasal-pasal kena marah..lepas tu kami terus balik..memang tersangat lenggang jambatan waktu kami lalu.. boleh bilang berapa buah je kereta yang lalu kat jambatan tu..memang hampir semua orang percaya yang jambatan akan ditutup..entah angkara siapalah yang sebarkan berita tersebut..kami pun nyaris terpedaya..
Masa perjalanan balik ke rumah kami nampak penuh deretan kereta di tepi jalan di atas bukit..ada yang berbaju tidur dan nampak gelisah.. dulu, beberapa kampung di sini juga pernah dilanda tsunami..mungkin masih terkenang memori lama mereka buat persediaan awal untuk berada di atas bukit..
Rancangan Allah tiada siapa yang tahu..mungkin selama ni kita terlalu alpa dan leka..Allah ingin kita bermuhasabah diri kembali..sedikit peringatan dariNya untuk kita kembali dari terus dibuai mimpi indah..semoga kita sentiasa ingat tujuan hidup kita di sini..insyaAllah..~~

March 11, 2012

al-Ikhlas..~~

minggu lepas boleh dikatakan minggu paling sibuk..semalam (sabtu) pun tetap kena kerja sebab "Food Alert"..slogan KKM "kami sedia membantu"..jadi walau di hujung minggu, tanggungjawab perlu dilaksanakan..bak kata Prof. Dr. Muhaya; daripada kita kata "banyaknya kerja" lebih baik kita kata "banyaknya ibadah"...=)

okay itu cerita hari semalam..ini pula kisahnya hari khamis lepas..waktu pagi saya hanya sempat minum secawan milo..kira okay la kalau nak dibandingkan dengan seteguk milo kan..hehe..lepas tu saya kena buat kerja luar..balik pejabat sekejap dan keluar lagi..nak dijadikan cerita cuaca hari tu sangat la mendung..hujan tersangat lah lebat..kat atas bukit memang berkabus..semua kereta bergerak perlahan je..

dan akhirnya saya tiba jua ke destinasi..dalam keadaan lapar, ditambah lagi dengan hujan sudah pasti berganda-ganda terasa lapar..dengan keadaan yang serba tak kena, saya teringat untuk membaca surah al-Ikhlas..sebelum ni saya ada terbaca (betulkan saya andai saya silap) untuk menahan rasa lapar di bulan puasa, baca surah al-Ikhlas dan niat..insyaAllah akan rasa kurang lapar..sambil berjalan ke dewan saya baca surah tersebut...

setibanya di dewan saya nampak begitu ramai orang..dengan langkah kanan saya masuk ke dalam dewan tersebut..dan tanpa disangka saya nampak ada makanan dihidangkan..nasi minyak+ayam masak merah+dalca+sambal ikan bilis+papadom+dan banyak lagi..ALHAMDULILLAH..tanpa disangka rezeki terbentang luas di depan mata..=)

saya terfikir..mungkin Allah "sengaja biarkan" saya di sini sendirian..jauh dari keluarga dan saudara mara..Allah ingin saya bergantung hanya padaNya..Dia ingin saya berharap dan berserah hanya padaNya..bukan pada manusia atau sesiapa sahaja..

cukuplah Allah sebagai Pelindung, cukuplah Allah sebagai Penolong..terima kasih Ya Allah..~~

March 6, 2012

(Balik Pulau di pandangan Anjung Indah)

"kalau awak takut sampai bila awak nak improve driving skill awak? okay lah kali ni je saya benarkan awak guna kenderaan jabatan."

kata-kata tu masih terngiang-ngiang di telinga saya..kata-kata dari seorang ketua yang agak banyak peraturan dan pantang larangnya..banyak perubahan yang telah dilakukan, dan yang pasti perubahan tersebut adalah untuk kebaikan kami semua..

tidak dinafikan memandu di sini banyak cabarannya..sesiapa yang pernah datang ke Pulau Pinang pasti tahu betapa "dasyatnya" lalu lintas di sini terutamanya di tengah bandar..seingat saya jika ke George Town tidak pernah sekali pun saya tak di "marah" oleh kenderaan lain..=)

Balik Pulau pula lain ceritanya..walau jalan di sini kurang sesak, tapi untuk ke sini perlu melalui bukit..rakan lain selalu cakap "wah hebatlah boleh ulang-alik dari Balik Pulau.." itu apa yang orang kata..walhal dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu..dulu waktu pertama kali menjejakkan kaki ke sini sepupu saya pernah cakap, "nampaknya setahun sekali la baru Nor akan keluar dari Balik Pulau.." itulah kata-kata ikhlas dari dia selepas melihat cara pemanduan saya..hehe

hari bertukar hari..bulan berganti bulan..walau apa cara sekalipun hidup harus diteruskan..kerja perlu disiapkan..pahit, getir, sukar, payah..semua itu harus ditelan sendiri demi sebuah kehidupan..alah bisa, tegal biasa..insyaAllah semoga saya terus diberi kekuatan...~~

February 1, 2012


sehari dua ni saya kembali aktif menerobos facebook..dah agak lama facebook ditinggalkan..rasanya lebih kurang 4 atau 5 bulan jugalah..

facebook.semua orang tahu apa yang ada di dalamnya..tempat untuk kita tahu apa status terkini kawan-kawan..gambar mereka yang bahagia..kata-kata yang bahagia..apa yang mereka buat..pergi ke mana..makan apa..rasanya hampir semua perkara diceritakan di sana..

terkadang terbit jua rasa cemburu di hati..tapi segera dijauhkan agar tidak terus bermukim di hati..saya hanya mampu berdoa agar terus bersyukur dengan apa yang ada dan bersabar dengan apa yang tiada..berkat kesabaran besar manfaatnya..insyaAllah..memang bukan mudah untuk kita melakukannya..namun bukan susah pabila kita menginginkannya..~~

January 29, 2012

waktu...~~


sedar tak sedar tinggal dua hari sahaja lagi kita akan memasuki bulan kedua di tahun dua kosong satu dua..dan kini kita juga dah pun memasuki bulan kelahiran nabi Muhammad s.a.w...

setakat ni macam mana agaknya azam tahun baru kita yer..dah terlaksana atau masih "pending" atau juga masih berusaha untuk menunaikannya..alhamdulillah jika kita tersedar dari terus terleka..niat yang terpasang usah dibiarkan..teruskan berusaha agar terlaksana apa yang dicita..insyaAllah jalannya pasti kan ada..

sebagai manusia kita memang sering alpa..terkadang tatkala leka menonton televisyen atau melayari internet sedar tak sedar waktu solat dah tiba..malahan dah hampir luput waktunya..tika itu barulah kita tergopoh gapah mengerjakannya..walhal solatlah yang harus kita utamakan..bila waktu tidak dimanfaatkan sepenuhnya begitulah kita jadinya..

gunakan waktu sebaiknya..utamakan yang lebih utama dan pentingkan yang lebih penting..gunakan akal sebaiknya..buatlah pilihan yang membawa kebahagiaan dan keuntungan kepada kita tika di akhirat sana..sentiasa perbaiki diri..insyaAllah~~~

ingatan buat diri yang sering terleka..~~

December 12, 2011

penakut~~

saya penakut..ya itu memang saya akui..tapi saya bukan penakut macam lirik lagu yuna..

apa yang saya takut?? saya takut bersendirian, saya takut lintas jalan sorang-sorang, saya takut bawa kereta..tapi kini keadaan memaksa dan saya terpaksa..walau cuba dihindari namun itulah yang harus saya lalui kini..

"kenapa tak balik, rumah kan dekat je.." hampir setiap hari soalan yang sama diajukan..saya jawab "saya takut lintas jalan.." tapi itu semua dijawab di dalam hati..tak mampu rasanya untuk terlalu berterus-terang..bila ditanya saya hanya mampu tersenyum..dari rumah ke tempat kerja saya cuma perlu melintas jalan..jalan yang agak sibuk dengan kereta, motorsikal, lori, basikal dan segala-galanya..jadi setiap hari saya cuma melintas 2 kali sahaja..datang dan balik kerja..

petang semalam sewaktu saya ingin melintas jalan datang seorang lelaki menghampiri saya.."cik kalau ada kereta baru lintas, tak ada kereta jangan lintas ye.." hahaha..saya hanya tersenyum..mungkin dia nampak saya berdiri terlalu lama di tepi jalan..menunggu jalanraya lenggang untuk saya melintas..teruk kan..tapi itulah saya..
jangan minta hidup yang mudah..tapi pintalah hati yang tabah untuk kita hadapinya..semoga saya lebih berani mengharungi setiap detik..insyaAllah..~~

December 6, 2011

perubahan~~

rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan salam maal hijrah 1433H buat semua umat islam..semoga hidup kita akan lebih terarah..

tahun baru pastinya ada azam dan impian baru walaupun azam yang lalu masih belum terlaksana..tapi alhamdulillah banyak juga impian lalu tercapai..semoga tahun ni banyak azam terlaksana dan banyak impian tercapai..insyaAllah..

perubahan yang saya lakukan sempena tahun baru ni adalah pindah rumah..memang tersangat la penat..hidup sendirian di rantau orang tidak semudah yang difikirkan..harap rumah baru di tahun baru ni akan memberi lebih keselesaan dan lebih menjamin keselamatan..

dunia ibarat ladang..di sinilah tempat untuk kita bercucuk tanam..hasilnya akan dituai di akhirat kelak..andai tanaman kita tidak sempurna maka hasilnya nanti pasti banyak celanya..tanggungjawab itu bukan mudah..di sini kita menanggung di sana akan kita jawab..semoga tahun baru ini diri kita berubah ke arah yang baik dan lebih baik..

nama yang baik ditinggalkan dengan akhlak yang baik..jadi marilah sama-sama kita perbaiki diri..~~

October 10, 2011

tutup aurat

wah dah lama betul tak menjengah ke sini..maaf ye kepada sesiapa yang menunggu warkah seterusnya dari saya (ayat tak boleh blah ;p) emm hari ni terasa nak berkongsi sesuatu je..sudi-sudikanlah menjamu mata anda..

saya bukanlah terlalu baik..juga bukan terlalu alim..juga bukan terlalu pandai..saya cuma insan biasa yang ingin berkongsi sedikit cerita dengan semua..saya tau pasti semua orang tahu menutup aurat itu wajib..tapi mungkin ada sesetengah daripada kita sedikit kurang arif akan hal ini..menutup aurat bukan sahaja wajib dilakukan apabila keluar dari rumah..tapi menutup aurat itu adalah menjaga aurat kita dari pandangan yang bukan muhrim seperti sepupu, kawan lelaki, rakan sekerja lelaki dan ramai lagi..

jadi jika kita ingin menjemur baju di halaman rumah, membasuh kereta di depan rumah, membuang sampah berhampiran dengan rumah, membaca novel di koridor rumah (yang boleh orang nampak)..semua itu juga memerlukan kita untuk menutup aurat..bukan sahaja kita perlu memakai tudung untuk ke tempat kerja, hospital, pasaraya, pasar malam..kalau ada lelaki yang bukan mahram datang rumah sekalipun kita perlu menutup aurat..

buat semua kaum hawa..jaga diri hiasi peribadi..~~






July 8, 2011

kisah semalam~~

em semalam genap sebulan ulang tahun kelahiran saya pada tahun ni..alhamdulillah Allah panjangkan usia, sihatkan tubuh badan dan murahkan rezeki..

semalam saya dan cik gha keluar makan-makan di secret recipe..cik gha nak sangat makan kat situ sebab nak makan mushroom soup..padahal mushroom soup saya buat lagi sedap..hehe..tapi memandangkan minggu ni minggu terakhir saya di Upsi dan cik gha kawan yang saya sayang saya turutkan jua..kami makan mushroom soup, 2 set wonton (disebut wantan oke) dan minuman..semuanya rm40..hoho

minggu ni banyak betul duit mengalir..tiket bas pergi balik upsi-terengganu dah seratus..buat hardcover tesis dan cd rm230..yuran konvo seratus..nasib baik tempat tidur free..terima kasih lagi untuk cik gha sebab sudi menumpangkan saya berteduh di teratak taman U ni..^-^

kisah semalam memang manis untuk dikenang..banyak cerita pahit manis, sedih gembira yang terlakar..tapi seingat saya banyak cerita sedih yang terpahat di sini..sampaikan mzke dah bagi amaran pada saya agar tidak lagi mencoretkan kesedihan di sini..tapi segala kesedihan itulah yang membuatkan kita terus kuat..kalau rasa sedih..cubalah untuk menangis..insyaAllah segala kesedihan kan berkurangan sebab dah keluar melalui untaian tangisan..itu hanya pandangan saya..tapi sesiapa pun boleh cuba..^_^

sekian dulu cerita saya..insyaAllah kita akan bertemu lagi..semoga kehidupan kita kan lebih diredhai..ameen...

July 6, 2011

emm hampir dua tahun lamanya blog ini tercipta..waktu pertama kali belajar cara merekacipta blog adalah pada tahun 2009 untuk subjek ICT in Science and Technology..kelas DrSadiah setiap pagi Sabtu..memang agak kelam-kabut kami yang seramai hampir 50 orang membuat itu dan ini pada blog masing-masing..blog tersebut perlulah berkaitan dengan Biologi, Kimia atau Fizik..dan nama blog saya pada waktu itu adalah "Biology The Music of Life"..

hampir setiap hari kami perlu mengemaskini blog tersebut untuk mendapat markah tambahan..bila setiap hari menghadap blog timbul perasaan ingin mencipta blog persendirian..waktu tu housemate saya aniem dah ada blog sendiri..secara tak langsung dia lah yang menjadi penunjukajar tak bertauliah..(jangan marah anim ^-^) maka lahirlah "nurQaseh"..lepas tu sebab dah rasa macam bagus saya ajar yus untuk buat blog sendiri sambil dibantu cikguLan..begitulah serba sedikit riwayat hidup saya dan blog...=)

dulu masa di Usim ada seorang kawan yang memang dah ada blog..nama dia voltox a.k.a adib..tak tahulah sejak bila dia mencipta blog tu..tapi dia selalu juga suruh baca blog dia tu dan memang tak rugi baca sebab banyak manfaatnya^_^ tapi waktu tu saya tak la berapa minat sangat dengan ICT dan sudah pasti kurang ambil tahu pasal blog..sejak belajar merekacipta blog di tahun 2009 saya tahu saya sudah agak ketinggalan..tapi tak apa.."better late than never.."hehe

di awal kelahiran nurQaseh banyak entri dimasukkan..hampir setiap hari nurQaseh dikemaskini..namun semakin hari nurQaseh seolah dipinggirkan..tahun 2011 hanya 9 entri SAHAJA..padahal sudah masuk bulan ke 7..bila difikirkan balik terasa rugi tidak mengemaskini nurQaseh..

begitulah kita..bila tiada sedaya upaya berusaha untuk mendapatkannya..namun bila segalanya berada di depan mata..ia seolah dipinggirkan..bagaikan tiada lagi nilainya..untuk seketika kita perlu menoleh ke belakang agar kita lebih menghargai apa yang ada di hadapan..

jadi nurQaseh akan terus dikemaskini..insyaAllah...^-*

July 5, 2011

bukan pintaku~~

terkadang manusia sering merasa tidak cukup dengan apa yang ada..sedangkan nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita tak terhitung banyaknya..Allah menyuruh kita agar sentiasa bersyukur dan nescaya Allah akan tambahkan nikmatnya pada orang-orang yang bersyukur..

terkadang apabila kita telah mula mengenal untuk bersyukur namun ada sahaja orang lain yang merobek untaian kasih kita padaNya..apa yang ada pada kita adalah kurniaan dari Yang Maha Esa..Dia Maha Sempurna dan sudah pasti kita dijadikan dengan cukup sempurna..pandangan manusia tidak sama dengan "pandangan" Allah..di mata manusia ada sahaja yang kurang..orang itu terlalu kurus..orang ini terlalu gemuk..dia terlalu tinggi..dia terlalu rendah..orang itu cantik..dia tidak cantik..dan pelbagai lagi ukuran-ukuran yang telah dibuat oleh mata kita yang bernama manusia..

namun semua itu tidak boleh dijadikan ukuran untuk kita menilai seseorang..kalau dia tidak dikurniakan tangan..kalau dia tiada mata..kalau dia dilabel orang kurang upaya..tidak bolehkah dia berjaya..sempurna atau tidak bukan pilihan kita..tapi berjaya atau tidak memang pilihan kita..andai kita berusaha kejayaan itu pasti menjadi milik kita..

dan hakikat yang pasti semua kita dikurnikan sekeping hati..jagalah ia sebaiknya kerana hanya itu yang memandu kita ke mana arah yang kita inginkan..

May 5, 2011


alhamdulillah..sekarang dah rasa tenang dan senang sikit..segala kerungsingan dan "keserabutan" yang menjengah kian hilang..terasa segala penat lelah selama ni terbalas..harap tahun ni saya berjaya ke "situ"..insyaAllah..=)

namun masih ada lagi beberapa impian yang belum tercapai..insyaAllah masanya kan tiba nanti..sesudah kesulitan pasti ada kemudahan..bersabarlah duhai insan..~~

emm tetibe teringat bait-bait lirik lagu hampir ke situ..kalau dulu waktu zaman "muda" Ira kawan saya suka nyanyi lagu tu..kalau semangat kami hampir hilang, bila dengar lagu tu rasa macam semangat muncul kembali..dan walau kini kami berjauhan..namun dia antara orang yang sentiasa ada di saat saya susah dan senang..ni antara bait-bait yang kami suka..


Jika halangan menduga
Perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Kerna ku ada di sisi
Setia menemani
Andai semangat mu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ


insyaAllah saat itu pastikan tiba...^_^

apa nak jadi..~~

apa nak jadi..apa nak jadi..sampai sekarang tak kahwin lagi..(ditujukan kepada sesiapa yang belum kahwin..hehe)

apa nak jadi ni..tadi baru saya perasan tahun 2011 ni saya baru masukkan 6 entri SAHAJA..hoho..busy sangat ke sampai tak sempat nak update..ni dah masuk bulan 5..dah hampir setengah tahun..emm rasa macam rugi je..

apa kan daya..sekarang susah nak guna internet..kalau dulu memang 24jam boleh guna internet..jadi bila ada idea je mesti terus update..tapi sekarang bila ada idea terpaksa tangguhkan dulu..dan bila dah jumpa internet terus lenyap pulak apa yang nak ditulis..huhu..itulah sebabnya entri di sini makin berkurangan..apa nak jadi....

emm nampaknya kena beli broadband la lepas ni..bila la nak dapat kerja tetap ni..sabar sabar..Allah bersama orang yang bersabar..saatnya pasti kan tiba..insyaAllah..~~

April 30, 2011

entri ini tak ada kena mengena dengan tajuk di atas ok..tajuk je gempak..hehe..em saya suka warna biru..kenapa? sebab warna biru setenang air di lautan..seluas langit nan terbentang..bila lihat laut dan langit..terasa kebesaran Ilahi dan hilang segala gundah di hati..kerana ada yang Maha Kuasa mentadbir dan mengurus segala apa yang terjadi..walau pahit untuk diharungi..tabahkan hati..pasti ada hikmah yang tersembunyi..

hari ni kawan saya yus akan diijabkabulkan dengan buah hati pengarang jantungnya..semoga berkekalan hingga akhir hayat..sedih juga tak dapat menghadirkan diri ke jengka..huhu..maaf ye yus..

esok hari pekerja..selamat hari pekerja kepada semua yang bergelar pekerja..jadilah pekerja yang berdedikasi dan bertanggungjawab..ingat amanah yang digalas dan ingat ada "yang memantau" segala apa yang kita lakukan untuk dihisab "di sana " kelak..

esok juga hari ulangtahun perkahwinan ibu dan ayah saya..semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke syurga..terima kasih ayah dan mak kerana melahir dan membesarkan kami tanpa kenal erti lelah..segala kerenah kami disambut dengan sabar..doa ayah dan mak sentiasa terukir untuk kami berjaya dan bahagia di dunia dan di akhirat..~~

April 7, 2011


dulu zaman kanak-kanak dan remaja saya cukup manja..walau tampak agak kasar tapi hakikatnya saya seorang yang manja..maklumla anak perempuan tunggal..=p zaman kanak-kanak saya diisi dengan permainan budak lelaki..memang saya bermain bola sepak, berbasikal, masuk hutan, dan memiliki beberapa laras senapang dan pistol mainan..namun disebalik semua itu saya tetap anak yang manja..bila di rumah semua kerja yang agak 'berat' dibuat oleh abang-abang saya..hatta membuka penutup botol minuman pun saya 'tak mampu' lakukannya sendiri..bila dikenang kembali saat itu pasti tersenyum sendirian..

dan masa terus berlalu..semakin hari saya semakin kenal erti hidup ini..dugaan, ujian, kepedihan yang dilalui mematangkan diri ini..kini saya telah mampu membuka penutup botol minuman sendiri..dulu saya tidak pernah untuk mencuba membuka sendiri..bila keadaan memaksa, saya cuba membukanya..dan akhirnya saya berjaya..yang pedih telah pun menjadi penawar..~~

begitulah hidup ini..jika kita tidak pernah mencuba untuk melakukan sesuatu..kita tidak akan tahu setakat mana kemampuan kita..jangan berputus asa dan terus berusaha selagi terdaya..dugaan yang hadir adalah sebagai ujian untuk kita terus hadapi hidup ini dengan tabah..sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar..

March 4, 2011

March 2, 2011


Orang selalu cakap menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiada gunanya..memang betul dan tepat sekali pepatah tu..kini saya rasa menyesal ..tapi apakan daya..menyesal kemudian tiada gunanya..T_T

Dulu di awal semester saya keliru untuk memilih mod A atau mod B..setelah berbincang dan bertanya dengan beberapa orang rakan dan pensyarah mereka mencadangkan untuk memilih mod B..pelajar mod B dikehendaki membentangkan kertas kerja..kini hampir 5 bulan lamanya saya menunggu untuk membentangkan kertas kerja..terasa masa dibazirkan begitu sahaja..tidak tahu siapa yang harus dipersalahkan..bahagian pengurusan atau pilihan saya sendiri..namun kata orang kita tidak boleh menyalahkan orang lain..dan saya menerima semua ini adalah kesalahan dan kekurangan yang ada pada diri yang lemah ini..mungkin ada hikmahnya..

apa yang membuatkan saya terkadang menyesal?? bila melihat rakan yang memilih mod A kini telah pun menamatkan pengajian dan beralih ke alam pekerjaan..walau dulu berkali dia "dipaksa" untuk memilih mod B namun dia tetap dengan pilihannya..mungkin ini rezekinya..telah tersurat segala-galanya..dan saya harus memikirkan hari ini daripada mengingati kisah semalam yang kelam..

Ustaz Pahrol pernah menulis..jangan kita sombong dengan takdir..

"Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!”

usah bersedih andai tiada kasut..sekurangnya kita masih ada kaki untuk berjalan...~~

February 28, 2011

ambik cakne..~~

setelah agak lama menyepikan diri dari dunia blog ni terasa jari jemari kaku untuk memulakan bicara..jika dulu kala ilham menjelma jemari pantas mencoretkan rasa di sini..namun kini segalanya berubah..

ambik cakne atau dalam bahasa melayu mengambil berat..ambik cakne tu bahasa orang terengganu..terkadang tanpa kita sedari kita hanya ambil tahu perihal orang yang rapat dengan kita sahaja..atau hanya orang yang kita kenal..walhal kita perlu berbaik dengan semua makhluk di muka bumi ni..namun itulah kita..manusia yang sering terleka dan tidak sempurna..

bebaru ni saya pergi ke sebuah restoren untuk membeli sedikit juadah..sebelum ni emak tercinta yang pergi ke restoren tu..dan emak sempat berpesan untuk minta kuah lebih sedikit..tapi bila saya yang minta terus kena marah..huhu..akukah yang bersalah?? kalau la orang tu tahu saya anak kepada emak saya sudah pasti lain jadinya..

itu adalah salah satu senario biasa yang berlaku dalam hidup kita sehari-hari..kita memberikan senyuman pada orang yang kita kenal tapi tidak sebaliknya..kita hanya bertegur sapa dengan orang yang kita kenal dan kita juga hanya berbuat baik dengan orang yang kita kenal..saya akui diri ini juga begitu..namun selagi kita masih bernyawa dan bergelar hamba Yang Maha Esa..kita perlu merubah diri agar menjadi insan yang lebih baik berbanding hari semalam..pabila terkena pada diri sendiri baru kita mengerti perasaan orang yang pernah terkena..

Prof. Dr Muhaya pernah berpesan..pastikan hari mereka lebih bahagia setelah berjumpa kita berbanding sebelum berjumpa kita...saya harap hari anda semua lebih bahagia setelah melewati di sini..~~

February 11, 2011

Alhamdulillah akhirnya hari ni dapat juga saya memasukkan entri baru di sini..maafkan saya andai ada sesiapa yang ternanti-nanti entri terbaru dari saya..terima kasih juga kepada follower2 baru yang sudi menjadi follower di sini walaupun dah berbulan tidak di ‘update’..hoho..entah mengapa, siapa atau apa yang menghalang saya dari mencoretkan sepatah dua ayat di sini..

emm cepat benar masa berlalu..sekarang dah masuk minggu ke dua di bulan dua di tahun dua kosong satu satu..pantas betul masa berlalu meninggalkan kita semua kan..tidak perlu menoleh ke belakang..teruskan melangkah..biarkan semalam yang kelam menghilang..walau sesekali ia datang jangan dilayan..kuatkan semangat..hadapi hari esok dengan ketabahan dan kesabaran..lumrah kehidupan..tanpa kesakitan tidak mungkin kita mengerti manisnya kebahagiaan..

sesaat demi sesaat..masa terus bergerak..gunakan setiap ruang dan peluang yang ada sebaiknya..kelak bila ianya hilang tidak mungkin kita dapat menggapai ia kembali..begitulah masa..tanpa tanda harga..namun tersangatlah berharga..~~

Rasulullah s.a.w pernah berpesan kepada Ali 3 perkara yang tidak boleh dilengah-lengahkan untuk melakukannya..pertama solat, kedua mengebumikan jenazah dan yang ketiga mengahwinkan anak dara yang telah dipinang..salam maulidur rasul..~~

 

blogger templates | Make Money Online