March 2, 2011

terkadang menyesal...~~


Orang selalu cakap menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiada gunanya..memang betul dan tepat sekali pepatah tu..kini saya rasa menyesal ..tapi apakan daya..menyesal kemudian tiada gunanya..T_T

Dulu di awal semester saya keliru untuk memilih mod A atau mod B..setelah berbincang dan bertanya dengan beberapa orang rakan dan pensyarah mereka mencadangkan untuk memilih mod B..pelajar mod B dikehendaki membentangkan kertas kerja..kini hampir 5 bulan lamanya saya menunggu untuk membentangkan kertas kerja..terasa masa dibazirkan begitu sahaja..tidak tahu siapa yang harus dipersalahkan..bahagian pengurusan atau pilihan saya sendiri..namun kata orang kita tidak boleh menyalahkan orang lain..dan saya menerima semua ini adalah kesalahan dan kekurangan yang ada pada diri yang lemah ini..mungkin ada hikmahnya..

apa yang membuatkan saya terkadang menyesal?? bila melihat rakan yang memilih mod A kini telah pun menamatkan pengajian dan beralih ke alam pekerjaan..walau dulu berkali dia "dipaksa" untuk memilih mod B namun dia tetap dengan pilihannya..mungkin ini rezekinya..telah tersurat segala-galanya..dan saya harus memikirkan hari ini daripada mengingati kisah semalam yang kelam..

Ustaz Pahrol pernah menulis..jangan kita sombong dengan takdir..

"Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!”

usah bersedih andai tiada kasut..sekurangnya kita masih ada kaki untuk berjalan...~~

4 comments:

yuhazlina said...

usah dikenang perkara yang lepas...apa2pun mungkin ada hikmah disebaliknya....

Insyirah said...

hehe..mmg ada hikmahnya..sy je yg x sabar..

(One) SiTi* said...

suka kata-kata kak nor ni,
kak nor memang ada bakat menulis!

Insyirah said...

kata-kata yg mana tu ijae? anyway tq..hehe

 

blogger templates | Make Money Online