May 5, 2011

apa nak jadi..~~

apa nak jadi..apa nak jadi..sampai sekarang tak kahwin lagi..(ditujukan kepada sesiapa yang belum kahwin..hehe)

apa nak jadi ni..tadi baru saya perasan tahun 2011 ni saya baru masukkan 6 entri SAHAJA..hoho..busy sangat ke sampai tak sempat nak update..ni dah masuk bulan 5..dah hampir setengah tahun..emm rasa macam rugi je..

apa kan daya..sekarang susah nak guna internet..kalau dulu memang 24jam boleh guna internet..jadi bila ada idea je mesti terus update..tapi sekarang bila ada idea terpaksa tangguhkan dulu..dan bila dah jumpa internet terus lenyap pulak apa yang nak ditulis..huhu..itulah sebabnya entri di sini makin berkurangan..apa nak jadi....

emm nampaknya kena beli broadband la lepas ni..bila la nak dapat kerja tetap ni..sabar sabar..Allah bersama orang yang bersabar..saatnya pasti kan tiba..insyaAllah..~~

April 30, 2011

entri ini tak ada kena mengena dengan tajuk di atas ok..tajuk je gempak..hehe..em saya suka warna biru..kenapa? sebab warna biru setenang air di lautan..seluas langit nan terbentang..bila lihat laut dan langit..terasa kebesaran Ilahi dan hilang segala gundah di hati..kerana ada yang Maha Kuasa mentadbir dan mengurus segala apa yang terjadi..walau pahit untuk diharungi..tabahkan hati..pasti ada hikmah yang tersembunyi..

hari ni kawan saya yus akan diijabkabulkan dengan buah hati pengarang jantungnya..semoga berkekalan hingga akhir hayat..sedih juga tak dapat menghadirkan diri ke jengka..huhu..maaf ye yus..

esok hari pekerja..selamat hari pekerja kepada semua yang bergelar pekerja..jadilah pekerja yang berdedikasi dan bertanggungjawab..ingat amanah yang digalas dan ingat ada "yang memantau" segala apa yang kita lakukan untuk dihisab "di sana " kelak..

esok juga hari ulangtahun perkahwinan ibu dan ayah saya..semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke syurga..terima kasih ayah dan mak kerana melahir dan membesarkan kami tanpa kenal erti lelah..segala kerenah kami disambut dengan sabar..doa ayah dan mak sentiasa terukir untuk kami berjaya dan bahagia di dunia dan di akhirat..~~

April 7, 2011


dulu zaman kanak-kanak dan remaja saya cukup manja..walau tampak agak kasar tapi hakikatnya saya seorang yang manja..maklumla anak perempuan tunggal..=p zaman kanak-kanak saya diisi dengan permainan budak lelaki..memang saya bermain bola sepak, berbasikal, masuk hutan, dan memiliki beberapa laras senapang dan pistol mainan..namun disebalik semua itu saya tetap anak yang manja..bila di rumah semua kerja yang agak 'berat' dibuat oleh abang-abang saya..hatta membuka penutup botol minuman pun saya 'tak mampu' lakukannya sendiri..bila dikenang kembali saat itu pasti tersenyum sendirian..

dan masa terus berlalu..semakin hari saya semakin kenal erti hidup ini..dugaan, ujian, kepedihan yang dilalui mematangkan diri ini..kini saya telah mampu membuka penutup botol minuman sendiri..dulu saya tidak pernah untuk mencuba membuka sendiri..bila keadaan memaksa, saya cuba membukanya..dan akhirnya saya berjaya..yang pedih telah pun menjadi penawar..~~

begitulah hidup ini..jika kita tidak pernah mencuba untuk melakukan sesuatu..kita tidak akan tahu setakat mana kemampuan kita..jangan berputus asa dan terus berusaha selagi terdaya..dugaan yang hadir adalah sebagai ujian untuk kita terus hadapi hidup ini dengan tabah..sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar..

March 4, 2011

March 2, 2011


Orang selalu cakap menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiada gunanya..memang betul dan tepat sekali pepatah tu..kini saya rasa menyesal ..tapi apakan daya..menyesal kemudian tiada gunanya..T_T

Dulu di awal semester saya keliru untuk memilih mod A atau mod B..setelah berbincang dan bertanya dengan beberapa orang rakan dan pensyarah mereka mencadangkan untuk memilih mod B..pelajar mod B dikehendaki membentangkan kertas kerja..kini hampir 5 bulan lamanya saya menunggu untuk membentangkan kertas kerja..terasa masa dibazirkan begitu sahaja..tidak tahu siapa yang harus dipersalahkan..bahagian pengurusan atau pilihan saya sendiri..namun kata orang kita tidak boleh menyalahkan orang lain..dan saya menerima semua ini adalah kesalahan dan kekurangan yang ada pada diri yang lemah ini..mungkin ada hikmahnya..

apa yang membuatkan saya terkadang menyesal?? bila melihat rakan yang memilih mod A kini telah pun menamatkan pengajian dan beralih ke alam pekerjaan..walau dulu berkali dia "dipaksa" untuk memilih mod B namun dia tetap dengan pilihannya..mungkin ini rezekinya..telah tersurat segala-galanya..dan saya harus memikirkan hari ini daripada mengingati kisah semalam yang kelam..

Ustaz Pahrol pernah menulis..jangan kita sombong dengan takdir..

"Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!”

usah bersedih andai tiada kasut..sekurangnya kita masih ada kaki untuk berjalan...~~

 

blogger templates | Make Money Online