May 7, 2010

air vs batu


alhamdulillah akhirnya hari ni dpt luangkan masa untuk membuang habuk-habuk di teratak usang ni..[mcm la byk sgt keje pun..hehe..]

em mlm2 sebelum tdo aku suke pandang luar tingkap bilik..nak tgk bulan..konon2 jiwang la..haha..tp sbnarnya nk tgk pintu pagar dh kunci ke belum..ada makhluk2 asing kat luar umah ke x..maklumla kami semua puteri-puteri yg perlu sentiasa menjaga diri..bila bulan x muncul tgk spotlight tiang lampu jalan pun jd la..tetibe teringat kisah zaman kecik2 dulu dan teringin utk menulis pengalaman itu...

masa tu arwah nenek ada lagi..bila tiba bulan ramadhan kami akan ke surau brjalan kaki brtemankan lampu suluh..dlm ramai2 tu hanya aku sorang je heroin..yg lain sume hero2..time balik tu la yg paling aku suke sbb leh main campak2 batu..bila campak seketul batu kecil kat atas jalan yg berbatu [sebelum di tar] akan kuar cahaya dari batu tersebut..dan sepjg perjalanan tu kitorang main campak2 batu..manisnya kenangan itu~~

seketul batu kecil bila dicampak ke atas batu yg lain akan mengeluarkan cahaya atau percikan api..namun jika seketul batu kecil yg sama dicampak ke dalam air akan terhasil suatu percikan yg indah..di sinilah segalanya perlu dirungkai..kekerasan x boleh di lawan dgn kekerasan..kelak akan timbul permusuhan..tp dengan kelembutan akan terhasilnya kedamaian...

untuk menasihati orang kita perlukan kesabaran dan kelembutan..bukan dengan kemarahan..insyaAllah lama kelamaan dia akan tersedar dari lamunannya yg panjang..jika kemarahan dibalas jua dgn kemarahan maka pincanglah suatu perhubungan..dalam kelembutan terselit ketegasan kerana air dicincang tidak akan putus [lari maksud ni..hehe] walau nampak lemah namun ia kuat..tidak seperti batu nampak kasar dan teguh namun mudah pecah bila diketuk..sekeras-keras batu jika air menitik ke atasnya akan lekuk jua ia akhirnya..

Abu Hurairah r.a. berkata, seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan meminta wasiat (nasihat) drpd baginda, lalu Baginda SAW: "janganlah kamu marah! (Baginda mengulangnya beberapa kali dgn pesanan yg sama: Janganlah kamu marah! Janganlah kamu marah! Janganlah kamu marah!" (Riwayat al-Bukhari)


islam itu mudah..mempermudahkannya itu salah ~~

May 3, 2010

di sini terdapat satu cerita yang cukup menyentuh perasaan...ingin dikongsikan buat semua agar kita sama2 muhasabah diri dan mengambil iktibar daripadanya....

kisah seorang wanita...

May 1, 2010

alhamdulillah..hari ni genap 35tahun usia perkahwinan ayahanda dan bonda tercinta..semoga kekal bahagia menyemai kasih dan cinta hingga ke syurga..barakallahulakuma..aminn..

ayah..seorang yang agak tegas namun sarat dengan kasih sayang..suka berjenaka menghiburkan kami walau penat mengulit diri..tempat kami adik-beradik mengadu susah dan senang..sering titipkan pesanan buat kami anak-anak yang terkadang hanyut dibuai kemewahan dunia..yang nyata hanya sementara..

emak..teguh berdiri di belakang ayah tika susah mahupun senang..seorang isteri dan ibu penyayang..sentiasa hadir tatkala kami memerlukan..hilang segala kesedihan dan keresahan kami tatkala emak mengukir senyuman..pernah menerima anugerah Ibu Mithali yang sememangnya berhak dimiliki..


....dan walau kami anak-anak jauh di mata..namun ayah dan bonda sentiasa diingati dan dekat dihati..titipan doa sentiasa mendekatkan kita..dalam sujud kami berharap..semoga kita semua mendapat rahmat..redha Allah matlamat kita..membina mahligai ibarat syurga..


khas buat ayahanda dan bonda tercinta..

DOA KITA BERDUA

Ya Allah,
Kekadang terasa belaian cinta-Mu
Bersama kurnia sekalung hidayah
Tapi kekadang terasa bahang murka-Mu
Seiring patahnya sebuah mujahadah
kami berdua…

Ya Allah,
Walau apa pun kami masih terus di sini …
Mengemis di tepian janji-Mu yang pasti
Di sini kami masih mendamba cinta
Kerna yakin cinta-Mu tak pernah sirna…
selama-lamanya!
… buat kami berdua

Kau dekat terlalu
tanpa senyum
tanpa suara
namun cinta-MU ketara jua!
Dalam doa…
kami berdua!

ilham uztaz pahrol

April 27, 2010

aku vs kucing



tiit tiit, tiit tiit..nokia 3310 aku berbunyi mnandakan ada sms masuk..jam mnunjukkan ke angka 6 petang..sape la plak sms petang2 ni..aku yg sedang brehat2 smbil melayan perasaan terganggu dek bunyi tu..dgn prasaan mlsnya ku capai jua 3310 tu..sms ku baca..
"nor..mu tgh watpe tu?aku tgk kucing tu teringat ke mu nor..hehe" haha tergelak aku baca sms tu..yg dikirim oleh sahabatku ira yg sekarang bkerja di Putrajaya...lantas terimbas segala memori aku dan kucing...em ada apa aku dgn kucing......

################################################

kucing atau dlm BI disebut cat..sgguh comel...aku rasa dlm banyak2 haiwan kucing adalah antara haiwan yg paling diminati ramai..bole peluk2..main2..tdo skali..kalo ditanya kpd penggemar kucing mcm2 diorang buat utk jaga haiwan kesayangan diorang ni..dan aku pulak sjak azali lagi telah mnjadi "musuh" kucing..huhu

sjak di bangku sekolah dan universiti..aku dikelilingi oleh insan2 yg penyayang kat kucing ni..ira sahabatku mmg penggemar kucing no 1..ntah brape ekor kucing yg dibela kt umh die tu..skali tgk je dh pun tau kucing tu jantan ke betina..dia la antara org terawal yg cuba mendamaikan "permusuhan" antara aku dan kucing..hehe..gha jugak syg kt kucing..sanggup terjun longkang sbb nk selamatkan kucing..mulia sggh hati diorang ni...tp aku..dh nama pun "musuh"..mesti la skali pun kucing x pnh mndapat belaian ksh syg dr aku ni..kena penyepak ada la..huhu kejamnya aku..tp tu waktu aku kcik2 dulu la..skrg xde la aku nk buat mcm tu..dh tau dosa pahala..hehe..tp walaupun kucing "musuh" aku namun aku juga seperti insan lain..x tega utk melihat kucing kelaparan dan dahaga..aku ttp bagi kucing mkn n minum..bila direnung2 blk agaknya faktor2 yg menyebabkan aku "fobia" dgn makhluk yg comel ni sbb kt umah aku sndiri x de kucing..ayah penah cite dulu ada la beberapa ekor kucing kt umah aku..tp sejak arwah abg aku meninggal [aku x lahir lagi waktu tu] terus ayah dh x bela kucing..sbbnya kucing tu pun trut mati beberapa bulan selepas abang aku tu pergi...huhu sadisnya..kucing tu mcm tau2 je tuan die dh xde..dan betol la kata bidalan..x kenal maka x cinta..sbb aku x pnh "dikenalkan" dgn kucing la aku mengisytiharkan "perang" dgn kucing ni..

byk sebenarnya ksh disebalik aku dan kucing..kalo dulu2 time g umah makcik2 ke atau umah orang yg bela kucing secara otometik kaki aku akn naik atas kerusi ble tgk kucing..padahal kucing tu bknnya nk dtg kat aku pun..hehe..skrg ni pun kalo mkn dgn kwn2 kat kedai kalo ada kucing je kwn2 aku dh bg "warning" awal2 dh..sbbnya diorg x nak aku tetibe terbangun dr kerusi sbb kucing trgesel2 kat kaki..huhu..dan pristiwa yg paling aku ingt smp skrg masa pergi Langkawi..masa tu dh final sem n ktorang pergi ramai2 satu batch..tetibe ada la 2 orang mamat ni usik kucing kat aku..dh tau aku "fobia" dgn kucing bole plak diorang buat mcm tu..apalagi time tu jugak aku termenangis..huhu malu btol bila tringat balik..aku bukan sje pn nk menangis tp disebabkan terkejut yg amat sgt secara otometik aku menangis..bkn la mnangis btol2..tp bergenang la jugak dgn air mata..huhu..apa lagi mamat 2 org tu pun cuak la dh tgk aku mcm tu..puas diorng pjuk n minta maaf dgn aku..dan kesudahannya aku sedekahkan secebis senyuman buat diorang sbg tanda aku dh maafkan diorang..em tau pun takut buat anak dara org mcm tu..hehe..tu la antara kisah aku dan kucing..sbb tu la bila kwn2 aku tgk kucing mesti teringat kat aku..[hehe perasan sket..] dan sekarang aku telah mula untuk berjinak2 dgn kucing..namun utkku memeluk kucing bukan la suatu perkara yg mudah..cukuplah aku bole mengusap kepala dan badan kucing..=)


Sesiapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi..(Riwayat al-Bukhari)..dan atas dasar itu jugalah aku cuba mengasihi makhluk ciptaan Allah yang comel ni...

Budi pekerti yang baik mencairkan dosa seperti air mencairkan gumpalan salji..sedangkan perangai buruk merosak amal salih seperti cuka merosak madu

Renungkanlah~~




April 21, 2010


rasa mcm agak lama x update blog ni..kekangan waktu dan kekeringan idea membantutkan jemariku utk mencoretkan sebarang kata di skrin com. ni...dan semakin hari semakin ku pinggirkan blog yg mnjadi peneman setiaku..sekarang ni pun tiada apa yg ingin ku kongsikan..namun jemariku terus menekan kekunci..entah apa yg ingin dicoretkan..terlalu banyak perkara yg berlegar di minda...bergelut di dalam jiwa..banyak harapan dan impian yg belum digapai..

beberapa minggu je lagi masa yg tinggal utk ku siapkan laporan projek..dan lbh kurang 4 bulan aku diberi masa "rehat" sblm mmbentangkan laporan projek..harapan dan impianku agar segalanya berjalan lancar dan aku lulus dengan cemerlang..juga buat teman2 sperjuangan yg sama-sama hadapi segala penat dan jerih..smoga impian kita menjadi kenyataan..sama-sama kita mngecapi kejayaan...itulah salah satu harapan dan impian yg boleh kukongsikan...yang lain biarlah menjadi rahsia..

yakin dengan Allah!!!

 

blogger templates | Make Money Online