October 23, 2010

mari baca..~~


Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?


Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?


Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?


Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.


Maaf andai entri kali ni agak terpanjang..ku ingin sekali mencoretkan pengalaman sepjg berada di bumi permai ini..Hampir dua tahun aku berkelana di bumi tanjung malim..pengalaman yang ku kutip di sini sememangnya tersangat berharga dan tiada nilainya..

Di sini ku kenal erti persahabatan..bertemu dengan kawan2 baru dan memulakan hidup baru bersama mereka..kalau dulu kawan2 ku semuanya hampir sebaya..tapi di sini kutemui mereka dalam pelbagai peringkat usia..sememangnya begitu ketara corak pemikiran aku dan mereka..pengalaman mereka dikongsi bersama agar hidup dilalui dengan jayanya..dan kawan2 sebaya..macam2 perkara dilakukan bersama..kekadang bergelak ketawa bersama, berbalah tak semena-mena dan jua berkongsi kisah suka dan duka..emm pasti ku rindukan kalian semua….

Di sini jua ku kenal perit jerih sebuah kehidupan..serasa baru kini ku kenal dunia yang penuh warna..jika dulu ku begitu gemarkan bihun sup..tidak pedas dan memenuhi seleraku..namun sejak di sini angin ku telah bertukar..aku tidak lagi gemarkan bihun sup yang tidak pedas sebaliknya aku memilih bihun tomyam yang semestinya cukup pedas..aku sendiri pun hairan bagaimana aku boleh bertukar citarasa..kalau dulu aku memang boikot makanan pedas..namun kini segalanya berbeda..aku sanggup menahan pedas dan menghabiskan semangkuk bihun tomyam..

Inilah kehidupan..alah bisa tegal biasa..cabaran hidup di sini menjadikan aku lebih berani..kini aku berjaya mengharungi “kepedasan” hidup..semoga hari-hari mendatang lebih mematangkan diri ini..

Hidup adalah ujian..hadapinya dgn KESABARAN dan KETABAHAN..bersabarlah duhai insan..~~

p/s: di sini ku kenal erti cinta..;)

October 21, 2010

award dari gha =)

terharu rasanya dpt award ni..1st time ada org bg award kat saya ni..hehe..so sape2 yg penah or slalu singgah di sini sila la bg award kat saya ye..haha..ni die award yg cantik dr cik gha...thanx ye gha..


p/s: sory gha x sempat amek tag..maklumla susah nk jmp internet skrg..hehe..award sempat amek la plak..=)

October 7, 2010

perhatian kepada semua pembaca yang sentiasa sudi singgah di sini..alamat blog saya diciplak..jadi saya harap anda semua berhati-hati ketika menulis alamat blog ni..alamat yang diciplak hanya tiada huruf B sahaja..cahaya-nurqaseh.logspot.com..

terima kasih kpd semua yg masih ingin membaca luahan hati saya..sama2 berkongsi apa yang ada..kerana matlamat hidup bukan di dunia semata..~~

October 5, 2010


em pagi2 aku suke gak dgr radio [dah mmg ada radio je kat umah tu..hoho]..pg td kisah psl keputusan peperiksaan..sperti biasa rmai la org hantar sms dan call utk berkongsi kisah masing2..dan aku tertarik dgn 1 kisah ni..cerita die cmni...

dulu time skola "caller" ni mmg hebat la dlm subjek bahasa malaysia..kira sume yg ada bahasa malaysia die la ketuanya..ketua persatuan bahasa malaysia..ketua itu ketua ini..cikgu2 kat sekolah tu pun mmg rujuk kat die la kalo membabitan bahasa malaysia..tp malangnya "caller" ni suke menggelakkan GURU BM die..guru trsebut ada la sedikit kecacatan..biase la manusia tiada yg sempurna..dan bila keputusan spm keluar..tup2 die dapat 7D utk subjek bahasa malaysia..cuba bayangkan..mahunya x nangis die..bila cikgu BM die tau cikgu tu ckp mcm ni.."tula awk suke sgt gelakkan saya.."

hati manusia sukar diduga..mungkin cikgu trsebut cuma trsenyum bila ditertawakan..namun hati die mana kita tahu..ibarat kata bidalan..rambut sama hitam..hati lain-lain..guru insan mulia..mendidik kita hingga berjaya..tegakah kita melukakan hati mereka..balasan dunia..akhirnya diri sndiri yg merana..usah lukakan hati sesiapa..kita pun manusia yg lemah dan hina..manusia mmg tiada yg sempurna..itu hakikat yg harus kita terima..setiap yg Allah jadikan sememangnya istimewa..terimalah dgn hati yg rela..~~

 

blogger templates | Make Money Online