September 28, 2009

sekitar raya 2009

...terima kasih pada mereka yg hadir...


Irtiyah dan Insyirah.my niece

September 12, 2009

aku ini siapa..
tidak semulia Siti Khadijah
tidak sepintar Aisyah
tidak setabah Maryam
tidak sekuat Siti Hajar
tidak sekaya Balqis
namun aku ingin
menjadi wanita solehah...
jua bidadari syurga..
peneman suami tercinta
di akhirat sana....

##############################################################

hari ni saya akan pulang berhari raya..naik bas trans pukul 10.00pm kat stesen bas putra(wah detail..hehe) bestnya..dh lm x blk kg ni..teruja..^_^ doakan sy dan kwn-kwn slmat smp ke destinasi kami yer..

dikesempatan ni saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...
buat semua pembaca blog ni....trima kasih di atas kesudian tersebut..tegurlah diri ini krn diri ini perlu sntiasa ditegur..
tidak lupa juga ramadhan kita thun ni..di harap trus konsisten utk melakukan ibadah di mlm2 trakhir ramadhan ini..smoga ramadhan kita thn ini lbh brmakna...dan semua amalan kita diterima oleh Allah..

kad dari aniemz


tq to pn anim..^_*

September 8, 2009

Alhamdulillah, sehingga saat ini kita masih lagi bernafas dan dapat menunaikan ibadah dibulan mulia ni..tak lama lagi kita semua akan mengharungi sepuluh malam terakhir di bulan ramadhan ini..jadi marilah sama-sama kita merebut peluang yang diberikan ini..sama-sama kita mencari malam lailatul qadar..smoga tahun ini kita berjumpa dengannya..di sini saya ingin berkongsi 1 kisah dan diharap kita dapat mengambil iktibar daripadanya...

dalam suatu riwayat diceritakan bahawa satu masa dahulu Nabi Daud a.s. pernah keluar ke suatu tmpt utk beribadah kpd Allah..di tempat itu Nabi Daud beribadah selama setahun..setelah genap setahun ibadah yg dilakukannya lalu ia berdoa,"Ya Allah ya Tuhanku, telah bungkuk rasanya punggungku ini dan telah lemah mataku, kering menangis keranaMu, akan tetapi aku masih blm lagi tahu bagaimanakah keadaan nasibku.."

setelah Nabi Daud berkata demikian, maka Allah menyuruh katak yg berada di tempat itu menjawab doa Nabi Daud itu..kepada katak tersebut Allah berfirman maksudnya: "wahai katak, jawablah pertanyaan hambaKu itu"

dengan izin Allah maka berkatalah katak itu.."wahai Daud utusan Allah, apakah yg menyebabkan kamu mengira-ngira ibadah yg baru setahun kamu kerjakan itu sedangkan aku telah hidup di hutan ini selama lebih kurang 60 tahun dan sentiasa bertasbih, bertahmid kpd Allah..walaupun telah begitu lama aku bertasbih dan bertahmid, sampai saat ini kakiku tetap gementar kerana takut kepada Allah.."

setelah Nabi Daud mendengar kata-kata dari katak tersebut, maka menangislah ia tersedu-sedu krn menyesal dan bertaubat kpd Allah atas kesalahannya itu..

oleh itu marilah sama-sama kita tingkatkan amal ibadah kepada Allah..jangan mengira kebaikan yg telah kita lakukan..sentiasalah melakukan kebaikan dan hendaklah tinggalkan kejahatan..setiap perbuatan kita akan dihitung sama ada baik atau buruk..

p/s: kasihi semua makhluk ciptaan Allah (saya sayang kucing cuma takut nak dekat je..hehe)

September 6, 2009

basuhlah hati..

semalam aku terbaca artikel kat blog kwn psl berwuduk (ambil air sembahyang)..dulu ustazah ada mengingatkan bahawa ketika berwuduk jgn membazir..kebanyakan daripada kita selalu buka pili laju2 ketika ambil wuduk..hbs basah baju dan kain atau seluar..sepatutnya kita kena elakkan membazir..buka prlahan pun bole gak ambil wuduk dan insyaAllah bole sempurna..jangan membazir sbb membazir itu amalan syaitan!!

masa baca entri tu aku tertarik pasal wuduk zahir dan wuduk batin..wuduk zahir ialah membasuh anggota wuduk dengan air seperti mana kelazimannya..wuduk batin pula adalah menyucikan hati kita..antaranya bertaubat, menyesali dosa yang dilakukan, tidak tergila-gilakan dunia, tidak mengharapkan pujian orang, tinggalkan sifat riak, tinggalkan sifat khianat dan menipu serta meninggalkan sifat dengki..

oleh itu marilah sama2 kita menyucikan anggota badan dan hati dengan berwuduk..semoga wuduk yang diambil jua dapat membasuh hati kita dari sifat2 mazmumah..basuhlah hati..buatlah kerana Allah..

Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari akhirat nanti dalam keadaan putih berseri pada anggota wuduk kesan daripada wuduk.




 

blogger templates | Make Money Online