August 15, 2009
cuti hari tu baru je aku jmp die..duk borak+gelak+gurau bersama..die mmg close ngan aku coz die ank bongsu dan aku plak sorang2nya kakak yg die ada..mmg terkejut gak aku dgr cite die..nasib baik ada abg kat kl leh tlg anto g hospital..mulanya die dh pergi klinik tmpt die blajar tp Dr ctu just bg ubat tahan sakit je..sbb dh x tahan sakit sgt die call abg aku..then trus abg bw g hospital..maka bersimen la kaki die n bertongkat..
sekarang die ada kt umahku di kg..dapat m.c. 3minggu..mak la yg jaga die..org tua jaga org muda..erm aku terfikir plak..spatutnya yg muda mnjaga yg tua..tp hakikatnya sebaliknya..kita mmg xtau apa akan jadi di masa depan..takdir kita semua di tangan Allah..jangan ingat kita yg muda xkan sakit dan lambat smp ajal..kalo dh ditakdirkan..x kira siapa, dimana dan bagaimana semuanya bakal terjadi..jadi sentiasa la kita bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan..
sekarang sbb dh guna tongkat n kaki bersimen maka sshla die nk bergerak..nk g blk air ssh, nk solat ssh..mak ckp die dh jd nurse skrg..
doakan smoga adikku cepat smbuh..dan bole jalani hidup sperti biasa..smoga dia tabah n sabar harungi segalanya..ameen..
Labels: TELADAN
August 13, 2009
Dengan hati yang penuh bimbang dan mengharap, wanita itu telah menyembahkan diri di hadapan Tuhan yang Agung. Ketika itu datanglah syaitan yang menyamar seperti seorang perempuan dan berkata kepada wanita itu "Sudah hangus agaknya roti engkau di tempat pembakaran."
Jawab wanita itu "Tuhan lebih baik dari roti itu." Syaitan berasa sangat putus asa kerana tidak berjaya menggoda wanita itu. Lalu syaitan itu mengambil anak wanita tersebut dan dicampakkannya ke dalam bara api. Tidak lama kemudian, suami wanita itu masuk dan didapatinya anaknya sedang bermain main dengan bara api. Melihatkan kejadian yang pelik itu, suami wanita itu terus pergi berjumpa Nabi Isa (AS) dan menceritakan segala yang terjadi. Nabi Isa (AS) berkata "Bawa daku kepada anakmu". Setelah Nabi Isa (AS) melihat kanak kanak tersebut sedang bermain main dengan bara api maka beliau berasa amat takjub.
Lebih lebih lagi di celah celah bara api itu tumbuh sebatang pohon delima dengan buahnya dan kanak kanak itu menghisap buahnya. Bara api itu pun bertukar menjadi batu batu permata iaitu aked dan lukluk. Kanak kanak itu bermain main dengan gembira dengan batu batu permata itu.
Lalu Nabi Isa (AS) menyuruh membawa isteri lelaki itu untuk mendapat kepastian. "Apakah pekerjaan yang kamu telah lakukan sehingga ALLAH SWT memuliakan kamu dengan kemulian ini?"
Jawab wanita itu "Aku selalu mengamalkan tiga perkara di dalam hidupku.
Pertama, wuduk tidak pernah hilang daripada diriku melainkan aku memperbaharuinya kembali apabila batal.
Kedua, aku selalu memikirkan orang mati diusung oleh orang hidup di kubur. Aku juga akan menemui nasib seperti mereka suatu hari nanti.
Ketiga, hajat manusia akan aku cuba capaikan sedaya upayaku semata mata untuk mencapai keredhaan di sisi ALLAH SWT."
Setelah Nabi Isa (A.S.) mendengar kata kata wanita tersebut, maka beliau berkata "Inilah warisan para anbiya dan jikalau kamu lelaki nescaya aku akan naik saksi bahawasanya kamu adalah seorang Nabi. Tapi tidak ada nabi untuk perempuan.
dipetik dari ummu rifaie
Labels: WANITA
August 12, 2009
Lupakan budimu terhadap yang lain..Lupakan kesalahan yang lain terhadap dirimu
Labels: INI KISAHKU
Senja seusai sore
Terlayar kembali lipatan memori
Membuat diri ini tersenyum sendiri
Dulu…
Kurentas belukar yang rimas
Kurempuh liku yang berlopak
Kuredah badai yang mengganas
Walau berkali ku rebah
Namun kubangkit jua
Demi mengejar dongenan cinta
Yang dikhabar indah belaka
Rupanya hanyalah alpa
Baru kini kumerasa
Baru kini kuterasa
Baru kini kuterjaga
Dari lena yang panjang
Merantai hatiku yang kelam
Telah ditakdirkan untukku
Segala rentetan duka
Buat ku tabah harungi segala
Di hari muka
Kini….
Ku hanya impikan sebuah cinta
Walau dulu jauh kutinggalkannya
Tegar kulukakannya
Namun cinta itu tetap ada
Setia disisi iringi diri
Tenang kudalam cinta ini
Tiada yang perlu disangsi
Cinta ini cinta hakiki
Cinta pada si Pencipta diri
Pencipta diriku, dirinya dan si pelangi……
YAKIN DENGAN ALLAH
Labels: HATI BERBISIK
July 29, 2009
sha=tgk tv
ijan=berangan+tgk tv
dah=wat esemen
yus=bc paper
dan aku????
aku masih disini..trus memerhatikan skrin laptop yg kaku..menekan kekunci untuk kesekian kali..xtau ape yg perlu dipaparkan..
tp yg pasti.......
aku harus siapkan sesuatu..tp belum dtg mood utk mlakukannya..erm mane la hilangnya mood aku ni...moooooooddddd dtg la..(bkn cikgu mahmood ye, hehe)
ari ni juga UPSI dikuarantin kerana H1N1..tp blum pasti utk brape lm..dan spatutnya ms ni perlu dimanfaatkan olehku utk siapkn keje..
proposal....satu nm yg cukup fmiliar dgnku..tp kini seolah-olah mnjadi sesuatu yg asing..sukar utkku memulakan langkah menyiapkannya..inilah cabaran yg trpaksa ditempuh dek brani beralih bidang dan haluan..namun aku harus tekadkan smangat utk hadapinya..
sains dan pendidikan..2 bidang berbeza..namun ini yg kupilih..di sini segalanya bermula..segalanya berbeza..namun aku harus mencari keserasiannya..akan ku cuba walau rintangan melanda..pelbagai istilah baru yg dipelajari..cognitive, analog, assimilation, constructivism dan pelbagai lg istilah yg perlu aku fahami..utk mnyiapkn proposal bahagian intronya aku sudah lemas..tercungap-cungap ku mencari sedikit udara utk bernafas..namun aku harus menghirup udara yg bersih utk ku trus segar menikmati hidup ini..
cukuplah Allah sebagai Penolong..cukuplah Allah sebagai Pelindung..
Labels: INI KISAHKU

