September 28, 2009
Labels: INI KISAHKU
September 12, 2009
tidak semulia Siti Khadijah
tidak sepintar Aisyah
tidak setabah Maryam
tidak sekuat Siti Hajar
tidak sekaya Balqis
namun aku ingin
menjadi wanita solehah...
jua bidadari syurga..
peneman suami tercinta
di akhirat sana....
##############################################################
dikesempatan ni saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...
buat semua pembaca blog ni....trima kasih di atas kesudian tersebut..tegurlah diri ini krn diri ini perlu sntiasa ditegur..
tidak lupa juga ramadhan kita thun ni..di harap trus konsisten utk melakukan ibadah di mlm2 trakhir ramadhan ini..smoga ramadhan kita thn ini lbh brmakna...dan semua amalan kita diterima oleh Allah..
Labels: HATI BERBISIK
September 8, 2009
dalam suatu riwayat diceritakan bahawa satu masa dahulu Nabi Daud a.s. pernah keluar ke suatu tmpt utk beribadah kpd Allah..di tempat itu Nabi Daud beribadah selama setahun..setelah genap setahun ibadah yg dilakukannya lalu ia berdoa,"Ya Allah ya Tuhanku, telah bungkuk rasanya punggungku ini dan telah lemah mataku, kering menangis keranaMu, akan tetapi aku masih blm lagi tahu bagaimanakah keadaan nasibku.."
setelah Nabi Daud berkata demikian, maka Allah menyuruh katak yg berada di tempat itu menjawab doa Nabi Daud itu..kepada katak tersebut Allah berfirman maksudnya: "wahai katak, jawablah pertanyaan hambaKu itu"
dengan izin Allah maka berkatalah katak itu.."wahai Daud utusan Allah, apakah yg menyebabkan kamu mengira-ngira ibadah yg baru setahun kamu kerjakan itu sedangkan aku telah hidup di hutan ini selama lebih kurang 60 tahun dan sentiasa bertasbih, bertahmid kpd Allah..walaupun telah begitu lama aku bertasbih dan bertahmid, sampai saat ini kakiku tetap gementar kerana takut kepada Allah.."
setelah Nabi Daud mendengar kata-kata dari katak tersebut, maka menangislah ia tersedu-sedu krn menyesal dan bertaubat kpd Allah atas kesalahannya itu..
oleh itu marilah sama-sama kita tingkatkan amal ibadah kepada Allah..jangan mengira kebaikan yg telah kita lakukan..sentiasalah melakukan kebaikan dan hendaklah tinggalkan kejahatan..setiap perbuatan kita akan dihitung sama ada baik atau buruk..
p/s: kasihi semua makhluk ciptaan Allah (saya sayang kucing cuma takut nak dekat je..hehe)
Labels: TELADAN
September 6, 2009

masa baca entri tu aku tertarik pasal wuduk zahir dan wuduk batin..wuduk zahir ialah membasuh anggota wuduk dengan air seperti mana kelazimannya..wuduk batin pula adalah menyucikan hati kita..antaranya bertaubat, menyesali dosa yang dilakukan, tidak tergila-gilakan dunia, tidak mengharapkan pujian orang, tinggalkan sifat riak, tinggalkan sifat khianat dan menipu serta meninggalkan sifat dengki..
oleh itu marilah sama2 kita menyucikan anggota badan dan hati dengan berwuduk..semoga wuduk yang diambil jua dapat membasuh hati kita dari sifat2 mazmumah..basuhlah hati..buatlah kerana Allah..
Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari akhirat nanti dalam keadaan putih berseri pada anggota wuduk kesan daripada wuduk.

Labels: TELADAN
September 5, 2009
tika sore beradu pulang..
leka dirinya menikmati malam..
jemari pantas menari..
papan kekunci terus menyanyi..
menghilangkan gundah dihati..
gadis itu..
anak gadis ayah
anak manja emak
adik nakal si abang
kakak kesayangan si adik
teman sejati si rakan
gadis itu..
pesan ayah tidak dilupa
nasihat emak tersemat semuanya
ingin baiki peribadi diri
untuk kesenangan insan dihati
jua miliki cinta dari Ilahi
gadis itu..
dirinya ibarat bunga ditaman larangan
dikelilingi kumbang yang sentiasa riang
jua dijaga penuh pedoman
adat dan sopan tidak disiakan
gadis itu..
kini semakin dewasa
teringat kata emaknya
dirinya racun dirinya jua penawar
kerana hanya dia sekuntum bunga
di teratak bondanya
gadis itu..
terkenang memori semalam
penuh rentetan duka dan luka
namun dia tahu
itu tanda Allah sayang
gadis itu..
harungi cabaran dengan kematangan
sekali dulu dirinya tersungkur
kini kembali mengecap kebahagiaan
berharap sinar itu berpanjangan
gadis itu..
pemilik cintanya selepas Allah dan Rasul
sukar dicari
semoga bertemu dengan yang tulus sejati
membawa hingga ke syurga menanti........
Labels: HATI BERBISIK
September 4, 2009
Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.
Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah)
Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.
Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.
Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.
Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu." Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?" Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.
Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah. Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?" "Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan. Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah.
Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya.
Buat renungan semua: Orang yang berfikiran besar banyak memperkatakan ilmu. Orang yang berfikiran sederhana banyak memperkatakan peristiwa. Orang yang berfikiran rendah banyak memperkatakan manusia. Orang yang berfikiran cetek banyak memperkatakan diri mereka.
dari ummu rifaie
Labels: WANITA
September 2, 2009
mangga
epal
bawang
halia muda
bunga kantang
cili padi
cili merah
sotong kering direndam
gajus
cuka epal
garam
gula
kicap sotong
resepi diatas disalin ketika aku menonton wanita hari ini beberapa hari lepas..sesiapa yang ingin mencuba selamat mencuba yer..^_^
Labels: DAPUR RAHSIA
ada ketika hidup ini perlu jua diselitkan duka agar kita tidak lemas mengecapi bahagia..sentiasa bersyukur dengan anugerah dari Allah..
Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman
Senyuman...senyuman
Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah
Tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Hati yang gundah terasa senang
Bila melihat senyum hatikan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati
Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
lagu diatas diberi oleh adeqsayang..thanx ye nab!!!
Allah yang maha penyayang tetap akan mencukupkan keperluan kita..
yang rasa tidak cukup itu apabila ada sifat tamak.....
Labels: TELADAN
September 1, 2009
kesedihan..
engkau sering datang tanpa diundang
engkau menjelang tanpa ungkapan salam
engkau menerpa masuk tanpa dijemput
engkau hinggap lekat di berbagai sudut
dengan wajah yang menyimbah resah
dengan lidah yang menempah gundah
dengan cara yang membawa lara
dengan bahasa yang menjelma duka
bagimu rupa yang bermacam warna
hingga ku lupa membezakan nama
kesedihan..
pada awal mengenalimu, aku begitu terkedu
wajahmu nan suram seakan hidup menjadi kelam
aku terdiam dan terbungkam
siang bagaikan malam
cahaya bagaikan kelam
kau cuba palutkan rasa takut dan kalut
sehingga nafas menjadi semput dan susut
lantas kau rampas ceria hidup yang dihirup
kesedihan..
tika ini telah lama ku mengenalimu
apa tidak, sering kau lalu dan bertamu
entah berapa kian kali kau datang ke sini
entah berapa waktu ku kau ganggu
entah berapa medan dah kau ku tentang
entah berapa lama kita berkawan tanpa sayang
datang dan pulangmu sama sahaja
hadir dan pergi tiada bedanya
kesedihan..sejak dulu apa yang ku tahu
setiap kali kulihat rupa sayumu
ku panggil syahdu nama tuhanku
setiap kali ku dengar telapak kakimu bergerak
ku seru tuhanku dengan sebak
setiap kali ku rasa kau mula melangkah
jiwaku pun pasrah, pada Allah ku berserah
kesedihan! kutahu..
kau kan terus datang, sukar dihalang
kau kan terus bertamu, sukar dijemu
namun, pabila kita berjumpa
kau kan ku hambat dengan airmata munajat
kau kan ku lontar dengan esakan istighfar
kau kan ku siaga dengan tangisan doa
kau kan ku gempur dengan rasa syukur
kesedihan..hadirlah jika itu yang kau mahu
moga jelmamu selalu membangunku pilu di malam syahdu
untuk ku basahi pipi dengan meratapi:
"ya rabbi! Kasihi hambaMu ini.."
ilham Dr MAZA
Labels: HATI BERBISIK