August 4, 2010
Kita ,
Bertemu tanpa dipinta
Berkenalan tanpa disangka
Berkawan tanpa dipaksa
Berhubung tanpa bersua
Telah kita,
Cuba sedaya upaya
Untuk tidak melanggar batas
Dan syariat yang digariskan
Agar hubungan yang bakal dibina
Sentiasa di atas landasan
Yang diredhai Ilahi
Kita tahu,
Jodoh pertemuan
Bukan kita yang tentukan
Dalam doa kita berharap
Semoga hubungan ini
Mendapat rahmat
Dan semoga sentiasa utuh
Tautan hati antara kita
Biarkan mereka,
Terus pertikai hubungan kita
Berkata apa yang dirasa
Ini bukan kehendakku
Dan bukan jua keinginanmu
Tapi siapa kita
Untuk melawan takdir
Hidup kita,
Bukan aturan kita
Bukan jua aturan mereka
Tapi aturan Yang Maha Kuasa
Pencipta kita dan mereka
Walau kita,
Terus diluka
Doa itu pengubat segala
Jika diizinkanNya
Saat itu pasti kan tiba
Untuk kita berdua menuju bahagia...
Labels: HATI BERBISIK
6 comments:
ehem..ehem...jiwangnye mak ngah..
ade sedikit terasa dengan kata2 di atas
haha kata2 di atas tiada kaitan dgn yg hidup mahupun yg telah meninggal dunia..
ianya saje2 utk memenuhi hobi yg hampir terkubur..
mungkin si penulis tiada kaitan, tetapi si pembaca ada rasa sipi-sipi kaitan...mcm mana tu....hatiku bagaikan tercarik-carik rasanya...huahuahu
sy pn nk berpuitis gak la...
Kita terlalu hampir,
Namun jarang mesra,
Tiada istilah sempurna,
Jika kita tak bersama,
Tiada istilah nikmat,
Jika aku, aku.. dan engkau, engkau.
oh.. hati dan iman,
ke mana kamu nanti?
yus,
adoi mak aii..mcm mana ni..nmpaknya dh tersalah post entri kali ni..hoho..xde niat papepun sbnrnya..
ampun maaf dipinta sempena nk sambut bln pose ni ye..huhu
mzke,
wah2 beznya ayat die..tdk ku sangka mzke ni jiwang orgnya..hehe
Post a Comment