May 26, 2012

peringatan buat kita..~~

Bulan lepas kecoh dengan kejadian gempa bumi..Di luar Negara ada yang cedera dan juga meninggal kerana terkejut dengan kejadian tersebut..di Malaysia tak kurang juga kecohnya..beberapa buah negeri termasuk tempat ku mencari rezeki juga dilanda kejadian yang sama..
Pertama kali dalam hidup saya hadapi kejadian ni..kerusi yang saya duduk bergoncang dengan sendiri..mulanya ingat ada “benda” yang kacau..namun bila jiran dan kawan-kawan kecoh bertanya baru la saya tahu rupanya bumi yang menggoncang kerusi saya..nasib baik berlaku di siang hari..kalau berlaku waktu malam mesti dah fikir macam-macam..hehe..
Petang tu juga saya dan beberapa orang kawan keluar makan jauh di seberang tengah..sebab dah lama rancang nak makan kat tempat tu kami pergi juga..waktu tengah makan hampir semua pelanggan di gerai kecoh dengan berita jambatan akan ditutup pukul 9 malam hingga ke pukul 2 pagi..kami yang sedang makan pun rasa macam tak tertelan makanan..masing-masing dah panik..macam mana nak balik nanti..ada yang nak minta off esok la, nak balik kampung la, nak pergi tidur kat masjid la dan macam-macam lagi..
Tetiba saya teringat untuk telefon seorang kawan..katanya “mengarut lah, mana ada tutup, laluan feri tak tutup..jambatan pun tak tutup..pergi balik tidur!!” haha tak pasal-pasal kena marah..lepas tu kami terus balik..memang tersangat lenggang jambatan waktu kami lalu.. boleh bilang berapa buah je kereta yang lalu kat jambatan tu..memang hampir semua orang percaya yang jambatan akan ditutup..entah angkara siapalah yang sebarkan berita tersebut..kami pun nyaris terpedaya..
Masa perjalanan balik ke rumah kami nampak penuh deretan kereta di tepi jalan di atas bukit..ada yang berbaju tidur dan nampak gelisah.. dulu, beberapa kampung di sini juga pernah dilanda tsunami..mungkin masih terkenang memori lama mereka buat persediaan awal untuk berada di atas bukit..
Rancangan Allah tiada siapa yang tahu..mungkin selama ni kita terlalu alpa dan leka..Allah ingin kita bermuhasabah diri kembali..sedikit peringatan dariNya untuk kita kembali dari terus dibuai mimpi indah..semoga kita sentiasa ingat tujuan hidup kita di sini..insyaAllah..~~

2 comments:

aku mzke said...

post ni dah bace lame, tp bru ada kesempatan meninggalkan komen.

tak sangka, beruntung awk dpt bergoyang kat sana. Kalau la awk bergoyang dekat tempat gempa, mungkin dah banyak ustaz awk panggil untuk 'membersihkan' kawasan.

Cerita pasal jambatan tutup tu dah mcm movie hollywood. Bila alien datang attack bumi jer, manusia mula gelabah.

Bezanya, alien itu awk sebab berada di tempat asing hanya untuk makan. Nasib baik jambatan boleh lalu, kalau tak awk ngan kawan-kawan mesti naik sampan semata-mata nak balik tido.

nurqaseh said...

mzke,

time kasih sbb bg komen di sini..komen awk buat saya tersenyum..haha

 

blogger templates | Make Money Online