April 30, 2011

hati yang kau sakiti..~~

entri ini tak ada kena mengena dengan tajuk di atas ok..tajuk je gempak..hehe..em saya suka warna biru..kenapa? sebab warna biru setenang air di lautan..seluas langit nan terbentang..bila lihat laut dan langit..terasa kebesaran Ilahi dan hilang segala gundah di hati..kerana ada yang Maha Kuasa mentadbir dan mengurus segala apa yang terjadi..walau pahit untuk diharungi..tabahkan hati..pasti ada hikmah yang tersembunyi..

hari ni kawan saya yus akan diijabkabulkan dengan buah hati pengarang jantungnya..semoga berkekalan hingga akhir hayat..sedih juga tak dapat menghadirkan diri ke jengka..huhu..maaf ye yus..

esok hari pekerja..selamat hari pekerja kepada semua yang bergelar pekerja..jadilah pekerja yang berdedikasi dan bertanggungjawab..ingat amanah yang digalas dan ingat ada "yang memantau" segala apa yang kita lakukan untuk dihisab "di sana " kelak..

esok juga hari ulangtahun perkahwinan ibu dan ayah saya..semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke syurga..terima kasih ayah dan mak kerana melahir dan membesarkan kami tanpa kenal erti lelah..segala kerenah kami disambut dengan sabar..doa ayah dan mak sentiasa terukir untuk kami berjaya dan bahagia di dunia dan di akhirat..~~

0 comments:

 

blogger templates | Make Money Online