July 1, 2010

bagaimana..~~


kata orang takdir penentu segalanya..kalo sudah suratan takdir, apa yang mampu dilakukan..andai itu takdirnya, siapa yang dapat menyangkal..jika itu ketentuannya, terimalah kita dengan hati yang rela..tapi bagaimanakah caranya..

serasa kesedihan enggan lari dari hidup ini..semakin galak menghimpit diri yang terkadang hampir tersungkur..tika melihat insan lain meraih kebahagiaan, yang ku mampu hanya mengukir senyuman dan berdoa agar kebahagiaan itu kan berpanjangan..walau di hati terpalit rasa iri yang pastinya datang dari hati yang tidak suci..

setiap orang pasti berbeza deria rasanya..masakan tidak..makanan yang dimakan pun terasa kelainannya walau dimasak oleh orang yang sama..ada yang merasa terlebih masin, kurang masin, terlalu manis, kurang manis dan pelbagai rasa lagi..begitu jua dengan hidup ini..setiap yang berlaku pada kita tidak sama dengan orang lain..walau kita rasa hidup kita kini susah namun masih ada lagi insan lain yang lebih susah daripada kita..ketahuilah bahawa Allah tidak akan menguji hambaNya andai bebanan itu tidak larat untuk kita tanggung..berdoalah agar Allah tidak membebankan kita dengan bebanan yang tidak larat untuk kita memikulnya..

lihatlah bagaimana Allah mencipta lidah..bagaimana ia berfungsi dan apa peranan lidah pada kita..kita hanya ada satu lidah namun padanya terselit pelbagai deria rasa..manis, masam, masin dan pahit..begitu jua dengan hidup kita..takkan lari daripada pelbagai ujian dan dugaan..setiap daripada kita kan merasai pelbagai peristiwa dengan cerita nan tersendiri..ada yang terlebih manis, tak kurang jua yang terlebih pahit..dan semua itu membuatkan kita terus tabah dan mencari kekuatan yang ada pada diri..

mencoret bukan susah..mengaplikasikan bukan mudah..semoga terus tabah jalani hidup ini~~

6 comments:

yuhazlina said...

suara hati yang hampir menyerah kalah..jgn sekali2 tersungkur dek keadaan sekeliling..setiap orang akan mengecapi kebahagian cuma pada cara yang berbeza dan waktu yang berbeza..

voltox said...

hai nor..nak tanya..tu lidah awk ke?lain macam je sy tgk

jangan tersungkur nor..seperti kata yuhazlina..sebab kalau tersungkur memang susah nak bangun semula..sebab sakit..yela dah tersungkur kan..sakit punggung..

mengenai bahagia pula..awk sebenarnya sedang bahagia nor..cuma awk tak perasan..mungkin awk bukan jenis yang kuat perasan kot..bagus la jikalau begitu..

lupa pula..tajuk awk ialah 'bagaimana'..bagaimana lidah awk jd begitu nor..

sekian utk kali ini

cik gha said...

ingat kte ade ALLAH yg sentiasa membantu hambaNya, kte ade ibu bapa yg sentiasa menyokong kte, kte ade keluarga yg sentiasa memberi galakan kpd kte dan kte ade kawan yg sentiasa memberi dorongan kpd kte. jgn sesekali tewas, andai tersungkur, bangkitlah semula. we not failed if we falling down but failed if we staying down..

en voltox: tersungkur tu jatuh kedepan, cmne leh sakit punggung lak? musykil...musykil...

Anonymous said...

mgkin en voltox mewakili pihak yg kedua..

err... maksud sy, org pertama tersungkur ke depan, kene org kedua dan org kedua jatuh terduduk.. tu yg sakit punggung kot.

kepada insyirah..
kebahagian bkn milik kita.. kita hanya diberi 'rasa'.

cik gha said...

wah en voltox, dh ade jurucakap skrg...

Insyirah said...

yus,
sy x menyerah kalah lagi stakat ni..walau brkali ujian dan dugaan melanda diri..apapun thanx 4 ur support..

voltox,
-tu sy amek dr en. google..bkn hak milik sy..
-sy x pernah tersungkur pun..kalo tersungkur pun maybe lutut n tangan sy yg akan sakit..
-sy mmg sntiasa bahagia dgn hidup ini..nape plak awk ckp sy x prasan?
-itu bukan lidah sy..jd x perlu la sy jwb soalan awk tu

cik gha,
"we not failed if we falling down but failed if we staying down.." thanx for sharing n caring..

Anonymous,
-em btol kot pandangan awk tu..
-"kebahagian bkn milik kita..kita hanya diberi 'rasa'.." thanx..i like it..spatutnya sy lbh mensyukuri dgn nikmat hdup ini..

 

blogger templates | Make Money Online