July 23, 2010

Ada hikmahnya


Tok penghulu dgn anaknya membela seekor kuda. Mereka amat menyayangi kuda itu. Satu hari, kuda itu terlepas dan trus lari ke dlm hutan berhampiran. Orang kampung yg mengetahui hal trsebut brkata kpd Tok penghulu:

“Kami simpati atas kehilangan kuda kesayangan Tok. Tentu Tok sedih..” sebaliknya, Tok penghulu trsenyum lalu berkata, “Tak apalah, mesti ada hikmahnya.”

“Apa hikmahnya Tok?”

“Tok pun x tahu. Tapi pasti ada hikmahnya.”

Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok penghulu pulang semula dgn membawa beberapa ekor kuda liar. Orang kampung sgt kagum kerana skrg bilangan kuda kepunyaan Tok penghulu bertambah secara tiba-tiba. Sudah rezekinya.

“Tok bertuahlah, untung”, begitulah kata mereka. Tok penghulu sebaliknya berkata, “Belum tentu lagi. Tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya.”

Anak lelaki Tok penghulu begitu gembira dgn kuda-kudanya. Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil menggembala kuda-kuda liar yg lain. Begitu sibuk dan tangkas sekali. Entah bagaimana pada satu petang, anak Tok penghulu itu jatuh daripada kudanya lalu patah tangan kanannya. Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan Tok penghulu. Mereka datang menziarahi anak Tok penghulu yang terlantar.

“Malang benar nasib Tok. Baru dapat nikmat sekarang ditimpa musibah pula,” kata mereka. Tok penghulu tersenyum dan berkata: “Ini ujian Allah. Tentu ada hikmahnya.”

Tidak lama kemudian, kampung mereka didatangi oleh pegawai-pegawai atasan tentera negara itu. Orang kampung semuanya bimbang krn raja mereka memang trkenal zalim dan tdk berperikemanusiaan.

“Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan! Negara memerlukan tentera tambahan utk dihantar berperang!” arah ketua tentera.

Semua ibu bapa kampung itu risau dan sedih terpaksa berpisah dgn anak-anak lelaki mereka. Para remaja lelaki dibariskan di hadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki Tok penghulu yang patah tangan itu.

“Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa org yang patah tangan!” kata ketua tentera sambil menuding jarinya kepada anak lelaki Tok penghulu. Pada ketika itu, dalam hati orang kampung terngiang-ngiang kata-kata dari mulut penghulu mereka, “Mesti ada hikmahnya.”

Petikan majalah Solusi, Musibah: Pahit di dunia manis di akhirat.

Setiap apa yg berlaku ada buruk dan ada baiknya. Orang yang beriman sentiasa melihat sisi baik daripadanya. Mereka menerima yang buruk dgn sabar, namun di dalam hati sentiasa mengharap kebaikan di sebaliknya daripada Allah.

Hati itu umpama magnet. Ia mempunyai kuasa menarik sesuatu yg berada di luar diri ke dalam diri. Apa yang hati rasakan itulah yang akan diterima sebagai pantulan. Justeru, penting sekali bersangka baik, agar kebaikan dapat “ditarik” ke dalam diri. Berdoalah seperti yg dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w:

“Ya Allah, berilah pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti bagiku yang lebih baik daripadanya.”

(Riwayat Muslim no.2165).

Jauhi drpd prasangka dan dendam,krn itu jua yg akan diterima sebagai balasan. Hati umpama magnet, semaikan rasa yang baik-baik, pasti akan menuai kebaikan. Jangan sekali-kali menyemai badai, nanti terpaksa pula kita menuai taufan!

2 comments:

aku mozu said...

bagusnye post kali ini.. sehingga sy xtau nk kate ape selain bagus2 sahaja.

err, boleh ke ckp.. "tah pape org yg komen slps sy"??

haha =P

Insyirah said...

mzke,
mmg la bagus sbb cilok majalah punye..hehe

mana bole ckp mcm tu..tgk??effect die xde org brani komen..haha

 

blogger templates | Make Money Online