June 2, 2010

lebah atau lalat


dlm hidup ini adakalanya terlalu banyak kebetulan yg ditemui..kebetulan yg tidak disengajakan..ada kebetulan yg membahagiakan dan tak kurang jua yg menyedihkan..namun lumrah kehidupan..perancangan kita x sentiasa seiring dgn perancangan Allah Yang Maha Mengetahui..Pemurah dan Penyayangnya Allah pd kita sering kita alpa dikala kesusahan, keletihan dan kesedihan mengetuk pintu hati..~~

liku hidup ini penuh dgn rintangan dan dugaan..pelbagai kisah yg terjadi membuatkanku terfikir tiada apa yg dinamakan secara kebetulan dlm hidup ini..dengan Kebesaran dan Kehebatan Allah..tiada yg mustahil..telah ditakdirkan sesuatu itu utk kita..tika sukarnya kita utk mnerima sesuatu..tanpa kita sedar sesuatu itulah 'hadiah' yg terbaik dari Allah utk kita..kelak kita akan nampak kesedihan kita dulu adalah satu kebodohan tika 'hadiah' tersebut terungkai..itulah yg dinamakan hikmah yg tersembunyi..~~

jadilah seperti lebah..walau berada di tempat yg busuk sekalipun yg dicari tetap manisnya madu..tidak seperti lalat..walau berada di taman yang indah namun yg busuk jua dihinggapnya..bersyukur dengan ketetapan dariNya kerana itu adalah 'hadiah' yg terbaik utk kita..~~

selamat hari lahir buat diri ini yg senantiasa alpa utk mensyukuri nikmat dari Ilahi..pandanglah hidup ini dgn mata hati..bukan dgn mata semata-mata..semoga hari-hari yg bakal dilalui menjadikan diri ini seseorang..7Jun..~~


[p/s: blog ini akan berhibernasi buat seketika..]

June 1, 2010

kaukah permata~~


Muslimah solehah
Muslimah bertaqwa
Muslimah harapan

Kaukah permata yang menyinari
Medan jihad bersama niat yang suci
Hati mulia akhlak berseri
Dan itulah Mujahidah sejati

Wahai muslimah sedarlah diri
Bangkitnya engkau untuk mentaati
Hadirkah mentari di esok hari
Andai jiwamu lemah tiada bererti

Muslimah ayuh bangkit pertahankan kejujuran
Seperti Khadijah, laksana Fatimah serikandi Islam
Bukan pada jelitanya juga tidak masyhurnya
Tetapi sabar dan ikhlas hatinya tiada ketiga

Penjara istana suamimu darahnya mandian anakmu
Sabar pula mahligai hidupmu dunia jihad kita

Ibu Mithali sedar amanah padamu suci
Suami dan anakmu Ummah sedunia masa depan Islam
Tidak manis paras rupa kedudukan di mata manusia
Yang menggegar singgahsana dunia persada yang fana
Tetapi keimananmu kecekalan sejati
Satu-satunya harapan semua kini esok selamanya

ilham SaifulIslam

 

blogger templates | Make Money Online