October 29, 2009

erti syukur

kesempatan dalam kesempitan yg ada ni ku gunakan untuk memasukkan entri baru..trasa mcm dah lama je aku x post..yeke..hehe..ku bersyukur dengan masa yang Allah kurniakan kepadaku untuk ku terus bernafas dan berada di bumi ini demi sebuah perjuangan..mggu ni mmg mggu yg paling penat dan letih sepanjang ku berada di bumi UPSI ni..terkejar ke sana ke mari dan sebagainya..penat ku memikirkan segalanya sampai menjejaskan kesihatan diri..terkadang ku mengeluh dengan setiap ujian dariNya (astaghfirullah)..begitu banyak nikmat yg Allah kurniakan kepadaku namun ku mengeluh jua atas sedikit kesusahan yg hanya sebesar mikrob (ayat saintifik sket=p)..

peristiwa petang td betul2 menginsafkan diri ini yg terkadang alpa untuk bersyukur dengan nikmat Allah..td masa tggu ain dan che kat bus stop dpn pintu timur tetibe ada seorg hamba Allah datang dan duduk di sebelahku..x pernah pulak aku melihat dia sebelum ni..atau mmg aku sendiri yg kurang sensitif dgn setiap individu di sini..tetibe terasa nak menangis je tgk die..(mggu ni aku asyik bazirkan air mata je T_T)..die tergolong dlm golongan OKU..hanya menggunakan sebelah tangan utk berjalan dan mengangkat barang..kedua-dua kakinya xde..tangan yg sebelah lagi hanyalah setakat siku org normal je..aku menghadiahkan senyuman jua padanya walaupun ku sedih melihatnya..begitu tabahnya die meniti hidup ini sehingga berjaya menjejakkan kaki ke universiti..walaupun aku ni trgolong dlm golongan org yg bukan peramah trutamanya dgn lelaki namun ku cuba juga untuk berbual dgnnya..aku xnk dikatakan sombong dan die merasa rendah diri dgn keadaannya..

lama ku berfikir..selama ni begitu byk nikmat yg Allah berikan dan aku gagal untuk mensyukurinya..walau begitu payah hidup ini buatku namun masih ramai lagi insan yg mengalami kesusahan yg lebih hebat berbanding diri ini..walau ketinggianku x seberapa namun aku dilahirkan normal walaupun ada yg mengata..Allah Maha Adil..setiap kesusahan yg diberikan sesuai dgn kemampuan setiap hambaNya..Dia tahu setakat mana kemampuan kita..bersyukurlah dengan apa yg Allah kurniakan kpd kita..kerana itulah yg terbaik untuk kita.......

Yakin dgn Allah~~~

4 comments:

adeqsayang said...

setiap insan ade kekurangan dan kelebihan masing2..cume penilaian org yg kdg2 berlainan..wahhhhhh..cam jiwang plak..jangkit sket..haha..

caiyok2 noba..all da besh utk ptg ni..i'll alwiz pray 4 u..insyaAllah..^_~

Sharifah Hassan said...

http://www.macee.org.my/05_14_content.html

layari laman ini jika berminat utk belajar di USA selama 6 bulan. semua ditanggung beres!

nurQaseh said...

thnx adeqsayang...
at last..alhamdulillah..=)

wah k.sharifah..mcm best jer offer tu..
tq tlg sebarkan..=)

Anonymous said...

elakkan ditipu http://www.terjah.com/v2/news.php?readmore=490&c_start=10

 

blogger templates | Make Money Online