October 20, 2009

Bicara Wanita

Wanita
Walau tampak lemah
Langkah teratur beralas
Tutur penuh kesopanan
Namun hatinya cekal melawan
Segala kesusahan yang datang

Wanita
Walau dimana berada
Jadikan al-quran dan sunnah sebagai pegangan
Agar dirimu tidak terjatuh
Ke lembah hinaan

Wanita
Jagalah dirimu
Sayangilah dirimu
Dikau adalah contoh dan tauladan
Buat anak yang bakal dilahirkan

Wanita
Jangan mudah terpedaya
Dengan godaan dunia
Tetapkan hatimu
Melawan segala kemodenan
Agar dirimu berjaya peroleh kejayaan
Di dunia dan di akhirat sana

Wanita
Bangkitlah
Walau sesukar mana halangan
Teruskan perjuangan
Kerana matlamat hidupmu
Memperoleh rahmat dari Tuhan

~~ Yakin dengan Allah ~~

0 comments:

 

blogger templates | Make Money Online