September 1, 2009

erti kesedihan


kesedihan..
engkau sering datang tanpa diundang
engkau menjelang tanpa ungkapan salam
engkau menerpa masuk tanpa dijemput
engkau hinggap lekat di berbagai sudut

dengan wajah yang menyimbah resah
dengan lidah yang menempah gundah
dengan cara yang membawa lara
dengan bahasa yang menjelma duka
bagimu rupa yang bermacam warna
hingga ku lupa membezakan nama

kesedihan..
pada awal mengenalimu, aku begitu terkedu
wajahmu nan suram seakan hidup menjadi kelam
aku terdiam dan terbungkam
siang bagaikan malam
cahaya bagaikan kelam
kau cuba palutkan rasa takut dan kalut
sehingga nafas menjadi semput dan susut
lantas kau rampas ceria hidup yang dihirup

kesedihan..
tika ini telah lama ku mengenalimu
apa tidak, sering kau lalu dan bertamu
entah berapa kian kali kau datang ke sini
entah berapa waktu ku kau ganggu
entah berapa medan dah kau ku tentang
entah berapa lama kita berkawan tanpa sayang
datang dan pulangmu sama sahaja
hadir dan pergi tiada bedanya

kesedihan..sejak dulu apa yang ku tahu
setiap kali kulihat rupa sayumu
ku panggil syahdu nama tuhanku
setiap kali ku dengar telapak kakimu bergerak
ku seru tuhanku dengan sebak
setiap kali ku rasa kau mula melangkah
jiwaku pun pasrah, pada Allah ku berserah

kesedihan! kutahu..
kau kan terus datang, sukar dihalang
kau kan terus bertamu, sukar dijemu

namun, pabila kita berjumpa
kau kan ku hambat dengan airmata munajat
kau kan ku lontar dengan esakan istighfar
kau kan ku siaga dengan tangisan doa
kau kan ku gempur dengan rasa syukur

kesedihan..hadirlah jika itu yang kau mahu
moga jelmamu selalu membangunku pilu di malam syahdu
untuk ku basahi pipi dengan meratapi:
"ya rabbi! Kasihi hambaMu ini.."

ilham Dr MAZA

5 comments:

yuhazlina said...

Jangan sedih-sedih (La Tahzan; Janganlah Bersedih; Don't Be Sad) Hidup Mesti Ceria

nurQaseh said...

kekadang hidup ini perlu jua diselitkan duka agar kita tidak leka menikmati bahagia selamanya..

voltox said...

ayat awk kat komen ni mcm pernah sy buat la nor kat buletin sy..tak silap sy balqis pn pernah letak ayat sy tu kat shout out friendster dia..hehe..cuma ayat awk lebih halus la nor..lebih syahdu la kiranya..lebih jiwang..ehehe

nurQaseh said...

yeke voltox..
ayat tu tetibe je trlintas td..so sy rakamkan kat sini..
xde cilok2 ey..^_^

adeqsayang said...

awat sedih2 ni noba..huhu..jgnla gitu..be happy k..kamu jgn sedih2 kula, nabila lg ada..hehe..

Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman
Senyuman...senyuman
Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah
Tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Hati yang gundah terasa senang
Bila melihat senyum hatikan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati
Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

 

blogger templates | Make Money Online