September 6, 2009

basuhlah hati..

semalam aku terbaca artikel kat blog kwn psl berwuduk (ambil air sembahyang)..dulu ustazah ada mengingatkan bahawa ketika berwuduk jgn membazir..kebanyakan daripada kita selalu buka pili laju2 ketika ambil wuduk..hbs basah baju dan kain atau seluar..sepatutnya kita kena elakkan membazir..buka prlahan pun bole gak ambil wuduk dan insyaAllah bole sempurna..jangan membazir sbb membazir itu amalan syaitan!!

masa baca entri tu aku tertarik pasal wuduk zahir dan wuduk batin..wuduk zahir ialah membasuh anggota wuduk dengan air seperti mana kelazimannya..wuduk batin pula adalah menyucikan hati kita..antaranya bertaubat, menyesali dosa yang dilakukan, tidak tergila-gilakan dunia, tidak mengharapkan pujian orang, tinggalkan sifat riak, tinggalkan sifat khianat dan menipu serta meninggalkan sifat dengki..

oleh itu marilah sama2 kita menyucikan anggota badan dan hati dengan berwuduk..semoga wuduk yang diambil jua dapat membasuh hati kita dari sifat2 mazmumah..basuhlah hati..buatlah kerana Allah..

Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari akhirat nanti dalam keadaan putih berseri pada anggota wuduk kesan daripada wuduk.




0 comments:

 

blogger templates | Make Money Online