August 13, 2009

Wanita Pembakar Roti

Diriwayatkan dari sebuah kitab, terdapat seorang wanita pembakar roti di zaman Nabi Isa (A.S.). Suatu hari sedang wanita tersebut membakar roti maka berkumandanglah panggilan untuk menyembah ALLAH SWT. Wanita tersebut dengan bingkas bangun dan meninggalkan roti yang sedang dibakar semata2 untuk mengadap ALLAH SWT yang Maha Besar.

Dengan hati yang penuh bimbang dan mengharap, wanita itu telah menyembahkan diri di hadapan Tuhan yang Agung. Ketika itu datanglah syaitan yang menyamar seperti seorang perempuan dan berkata kepada wanita itu "Sudah hangus agaknya roti engkau di tempat pembakaran."

Jawab wanita itu "Tuhan lebih baik dari roti itu." Syaitan berasa sangat putus asa kerana tidak berjaya menggoda wanita itu. Lalu syaitan itu mengambil anak wanita tersebut dan dicampakkannya ke dalam bara api. Tidak lama kemudian, suami wanita itu masuk dan didapatinya anaknya sedang bermain main dengan bara api. Melihatkan kejadian yang pelik itu, suami wanita itu terus pergi berjumpa Nabi Isa (AS) dan menceritakan segala yang terjadi. Nabi Isa (AS) berkata "Bawa daku kepada anakmu". Setelah Nabi Isa (AS) melihat kanak kanak tersebut sedang bermain main dengan bara api maka beliau berasa amat takjub.

Lebih lebih lagi di celah celah bara api itu tumbuh sebatang pohon delima dengan buahnya dan kanak kanak itu menghisap buahnya. Bara api itu pun bertukar menjadi batu batu permata iaitu aked dan lukluk. Kanak kanak itu bermain main dengan gembira dengan batu batu permata itu.

Lalu Nabi Isa (AS) menyuruh membawa isteri lelaki itu untuk mendapat kepastian. "Apakah pekerjaan yang kamu telah lakukan sehingga ALLAH SWT memuliakan kamu dengan kemulian ini?"

Jawab wanita itu "Aku selalu mengamalkan tiga perkara di dalam hidupku.

Pertama, wuduk tidak pernah hilang daripada diriku melainkan aku memperbaharuinya kembali apabila batal.

Kedua, aku selalu memikirkan orang mati diusung oleh orang hidup di kubur. Aku juga akan menemui nasib seperti mereka suatu hari nanti.

Ketiga, hajat manusia akan aku cuba capaikan sedaya upayaku semata mata untuk mencapai keredhaan di sisi ALLAH SWT."

Setelah Nabi Isa (A.S.) mendengar kata kata wanita tersebut, maka beliau berkata "Inilah warisan para anbiya dan jikalau kamu lelaki nescaya aku akan naik saksi bahawasanya kamu adalah seorang Nabi. Tapi tidak ada nabi untuk perempuan.

dipetik dari ummu rifaie

0 comments:

 

blogger templates | Make Money Online