July 4, 2009


semalam masa dlm kelas lecturer kami ada problem..kesian juga..dari awal2 kls lagi beliau sudah minta kami settlekan problem ni..beliau ada 2 problem yg mesti disetelkan hari tu juga..erm terfikir2 juga aku apa masalahnya agaknya ye..

selesai je lecture ptg tu trus dibgtau masalah tersebut..pertama beliau teringin nak mkn telur tp xtau nak masak.."half cook" n "soft cook"...sebelum ni bila nak makan isterinya yg buatkan..tp sekarang isterinya balik kampung..beliau dah try masak tapi x menjadi..jadi utk menolong beliau maka keluar la bermacam-macam idea dari kami..tapi hampir kesemua cadangan kami ditolak..ada yg ckp masukkan beras la..masak smp 10minit la..tapi ada juga yg diterima dan dipertimbangkan..ok selesai 1 masalah....

masalah kedua pulak ada sebiji limau di dalam peti ais dan telah menjadi rebutan antara anak bongsu dan anak perempuan tunggal beliau..maka persoalannya siapa yg perlu mendapat limau tersebut..kedua-dua anaknya x mahu mengalah..jadi idea2 yg dikeluarkan adalah potong limau kepada dua..buat jus dan bahagi dua..dan sebagainya..seperti masalah pertama tadi, masalah kedua ni juga sukar untuk beliau menerima pendapat2 kami...

terfikir juga aku..betul ke masalah prof. ni..seperti agak tidak masuk akal..masakan seorang profesor betol2 tidak tahu cara menangani masalah seperti ini..betol ke anaknya "selfish"..takkan tidak sanggup beralah demi sebiji limau..akhirnya segala persoalan terungkai jua..

masalah pertama..bukannya beliau tidak tahu langsung cara memasak telur..tapi ingin melihat cara kami menjawab soalan tersebut..tidak ada seorang pun yg menjawab secara saintifik cara-cara untuk memasak telur..sebagai contoh; masukkan air kedalam periuk sehingga telur tenggelam..sampai takat didih perlahankan api..dan sebagainya..semuanya dijawab secara biasa..tidak ada jawapan yang menggambarkan seseorang yg telah mempelajari sains dan mengaplikasikannya..huhu agak malu juga aku waktu itu..so, kesimpulan yang aku bole buat adalah setakat mana kita mempraktikkan apa yang telah dipelajari dalam kehidupan..adakah melakukan sesuatu kerana orang lain melakukannya begitu atau sebaliknya..ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah..sama-sama kita renungkan..

erm berbalik kepada masalah kedua pula..anaknya tidaklah sebegitu "selfish"..kita hanya melihat secara luaran..yang direbutkan adalah sebiji limau..fokusnya hanya tertumpu kepada sebiji limau..tapi adakah kita terfikir apa yang sebenarnya yang diinginkan..sebenarnya si kakak hanya inginkan kulit limau untuk dibuat kek manakala si adik teringin untuk menikmati jus limau..tetapi kerana fokus kita hanya kepada memberi nasihat kepada siapa limau itu harus diberi maka terselindung segala yang lain..kesimpulannya, dalam sesuatu perkara..kita mampu untuk memberi seribu satu nasihat tetapi sukar untuk mendalami apa sebenarnya yang diinginkan..

terungkai jawapan..tiada lagi persoalan..

1 comments:

yuhazlina said...

Manusia mudah lupa. Itu yang paling senang untuk diungkapkan...Kita jarang mempratikkan apa yang telah kita pelajari. Hanya mengambil jalan mudah tanpa memikirkan sebab dan akibat serta kesahihan sebabnya.

 

blogger templates | Make Money Online